Nikmati Kebaikan Minuman Ubi Bit Merah JoyMix | Ubi bit merah
atau dalam bahasa Inggeris; beetroot (beta vulgaris) merupakan jenis
sayuran dalam kategori tumbuhan perubatan. Terdapat banyak kebaikan ubi bit
merah yang mempunyai tinggi kandungan nutrisi, vitamin, zat besi dan
mineral berkhasiat pada sayur beetroot ini. Kalau sekali tengok beetroot ini
memang sama rupa bentuknya dengan lobak radish. Bezanya, saiz lobak radish
lebih kecil, warna dan juga berbeza dari segi rasanya. Lobak radish berwarna
merah fushia (juga ada dalam pelbagai warna) dan beetroot mempunyai warna
merah-unggu dengan saiz sebesar bola golf atau softball. Dari segi rasa bit
berwarna merah lebih manis, ada rasa earthy (seperti rasa tanah) manakala
rasa lobak radish mirip kepada rasa lobak. Daun ubi bit merah juga boleh
dimakan, dijadikan ulam dan tekstur rasanya seperti sayur bayam. Begitulah
sedikit pengenalan dan info tentang ubi bit merah.
JoyMix Beet Root Concentrated Juice Powder
JoyMix Beet Root Concentrated Juice Powder ini merupakan produk keluaran
syarikat JoyMix yang beroperasi di Rawang. JoyMix merupakan salah sebuah
pengeluar produk makanan tambahan sihat yang mempunyai sijil HALAL dan
sijil ISO22000/HACCP.
Kebiasaanya, beetroot atau ubi bit merah ini perlu kupas kulit dan
dikisar terlebih dahulu untuk dijadikan jus. JoyMix memperkenalkan produk
ini di dalam bentuk serbuk untuk pengguna menyediakan minuman ubi bit merah
dengan lebih mudah dan cepat. Selain dijadikan minuman kesihatan, serbuk ubi
bit ini juga boleh dijadikan pewarna dalam makanan. Anda boleh gunakan
serbuk Beetroot Concentrated Juice Powder JoyMix sebagai pengganti pewarna
dalam makanan dengan lebih sihat kerana bahannya yang semulajadi dan tidak
mendatangkan kesan sampingan. Bagi yang sukakan kek red velvet, bolehlah
cuba gunakan Beetroot Concentrated Juice Powder JoyMix kerana teksturnya
yang halus, mudah larut dalam air dan tidak akan menyebabkan campuran tepung
berketul. Amat sesuai dicampurkan ke dalam tepung penaik kek dan
pastri.
Kurang Bau 'Earthy'
Serbuk minuman beet root dari JoyMix ini berwarna merah hati dan setelah
dibancuh ianya tidak menghasilkan sebarang bau yang tidak disenangi seperti
minuman jus bit merah yang mempunyai bau dan rasa tanah. Jika disimpan di
dalam bekas, minuman ini juga tidak akan meninggalkan kesan bau yang tidak
enak.
Kebaikan Minuman Ubi Bit Merah JoyMix
Ubi bit merah terkenal dengan pelbagai khasiat dari sudut kesihatan.
Berikut adalah di antara kebaikan dan khasiat minuman ubi bit merah keluaran
JoyMix.
• 8X Lebih BETAINE
Beet Root Concentrated Juice Powder JoyMix mengandungi 8X lebih banyak
betaine berbanding jus ubi bit segar. Kandungan Betaine ini penting bagi
menggalakkan kesihatan kardiovaskular dengan mengurangkan tahap homocysteine
dalam badan. Ia juga meningkatkan fungsi hati dan membantu untuk
mengatasi masalah penghadaman. Nutrien yang terkandung juga lebih banyak
berbanding jus biasa.
• 5X lebih NITRAT
Terdapat 5X lebih kandungan nitrat di dalam serbuk ubi bit merah JoyMix
daripada ubi bit berwarna merah segar. Kandungan Nitrat ini dapat
mengurangkan proses tekanan oksidatif pada sel badan. Penghasilan nitrik
oksida akan bertindak sebagai agen antioksida kuat dan bertindak balas
dengan radikal bebas dalam badan bagi meminimumkan kerosakan pada sel-sel
dan tisu-tisu badan.
• 1 Kalori Setiap Hidangan (kalori yang rendah).
• Meningkatkan fungsi kognitif otak bagi pelajar
• Meningkatkan pencapaian sukan dan kesihatan kardiovaskular dan aliran
darah
• Membantu masalah dementia, penghadaman
• Baik untuk fungsi hati
• Mengurangkan masalah tekanan darah
• Mencegah kanser
My Verdict
JoyMix Beet Root Concentrated Juice Powder ini datang dengan kandungan
berat 250gram dijual pada harga RM110. Buat masa ini, ada extra sebanyak
50gram bagi setiap pek jualan. Pembungkusannya datang dengan seal mudah
untuk penyimpanan. Fakta nutrisi makanan juga ada dinyatakan di bahagian
bungkusan.
Serbuk ubi bit dari JoyMix ini berwarna merah hati dan mempunyai bau manis.
Serbuknya tidak terlalu kering dengan tekstur sangat halus dengan
free overflow. Tiada bau yang tidak menyenangkan seperti bau tanah.
Kak Bell sukakan rasa minumannya yang manis semulajadi dan amat sesuai
diminum untuk semua peringkat umur.
Penyediaannya juga mudah. Hanya perlu membancuh satu sudu teh serbuk Beet
Root Concentrated Juice Powder JoyMix dengan 120 ml air suam atau air sejuk.
Kak Bell lebih suka bancuh dengan sedikit air suam sebelum menambah air
sejuk. Kepekatan warna merah minuman memang tinggi dan Kak Bell gunakan
lebih banyak air ketika penyediaan.Untuk rasa lebih segar, anda juga boleh
perahkan sedikit jus limau jika suka. So far, so good dan Kak Bell boleh
nikmati minuman ubi bit setiap hari.
Selain daripada kelebihan yang dinyatakan di atas, serbuk ubi bit merah Joymix ini juga kaya dengan Vitamin A, C, B1 (thiamin) dan juga B2 (riboflavin). Memang sesuai untuk dijadikan minuman kesihatan sebagai diet yang sihat. Buat pembaca yang ingin cuba minuman ubi bit merah ini boleh dapatkannya di sini > JoyMix Beet Root dan boleh gunakan promo code di bawah untuk discount 20%!
Selain daripada kelebihan yang dinyatakan di atas, serbuk ubi bit merah Joymix ini juga kaya dengan Vitamin A, C, B1 (thiamin) dan juga B2 (riboflavin). Memang sesuai untuk dijadikan minuman kesihatan sebagai diet yang sihat. Buat pembaca yang ingin cuba minuman ubi bit merah ini boleh dapatkannya di sini > JoyMix Beet Root dan boleh gunakan promo code di bawah untuk discount 20%!
BEETROOTJOY