Jim Jum Pertama Di Malaysia Tanpa MSG dan Pork Free Di Baan109 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Jim Jum Pertama Di Malaysia Tanpa MSG dan Pork Free Di Baan109

Trending

Jim Jum Pertama Di Malaysia Tanpa MSG dan Pork Free Di Baan109

Selain Tom Yam, Khao Pad dan Som Tam, Jim Jum merupakan antara makanan khas enak dari Thailand. Jim Jum ini adalah sup sihat ala Thailand. Kebiasaannya, menu ini rata-rata tidak halal kerana menggunakan daging babi. Kini peminat hidangan Thai boleh menikmati Jim Jum pertama tanpa MSG dan pork-free di Malaysia.


Baan109 yang baru dibuka di 3 Damansara (dahulunya dikenali sebagai Tropicana City Mall) telah menyediakan hidangan Jim Jum pertama dengan versi pork-free. Baan109 diinspirasikan daripada SOI19 yang merupakan pengasas kepada Non-MSG Jim Jum pertama di Malaysia. Kak Bell telah berkesempatan hadir pada hari pembukaan Baan109 baru-baru-baru ini untuk merasa dan menikmati sendiri menu Jim Jum dan juga beberapa hidangan menarik yang lain. Terima kasih di atas jemputan dan tahniah sempena pembukaan Baan109 buat pemiliknya, Racheal Loh dan juga En. Simon.


Jim Jum
Jim Jum adalah sup sihat ala Thailand yang dimasak dan disajikan di dalam pot berukuran kecil yang diperbuat dari tanah liat. Kebiasaanya Jim Jum merupakan makanan non-halal dan pihak Baan109 telah memperkenalkan menu ini dengan menggunakan bahan rebusan asas sayuran, daging ayam dan seafood sahaja. Semua bahan-bahan ini direbus atau dimasak macam konsep steamboat. Pengunjung boleh memilih samaada untuk mencuba Set Jim Jum Ayam atau Set Jim Jum Ayam+Seafood. Lauk tambahan juga boleh dipilih seperti black fungus, udang dan lain-lain untuk direbus di dalam Jim Jum.


Harga untuk set Jim Jum adalah seperti berikut:

Set Jim Jum Ayam (RM46.90)
Untuk set ini terdiri dari 300gm hirisan daging ayam, scallop dan campuran beberapa jenis sayur.

Set Jim Jum Ayam + Seafood (RM56.90)
Bagi set ini pula, terdiri dari 300gm hirisan daging ayam, seafood dan campuran beberapa jenis sayur.

Jim Jum ayam + seafood


Menariknya, Jim Jum ini tidak menggunakan sebarang MSG tambahan dan rasa kuah atau supnya lebih autentik hasil penggunakan herba seperti basil dan serai. Rasanya tidak tawar dan flat, lebih kurang rasa masam yang sederhana macam hidangan tom yam putih. Turut disediakan 2 jenis sos pedas cili bagi menambah rasa pedas masam menu ini. Bagi yang sukakan hidangan sihat dan gemar akan sayur-sayuran bolehlah cuba menikmati Jim Jum disini.


Menu Starter & Snacks
Selain hidangan Jim Jum sebagai menu utama, turut ada hidangan sampingan yang sangat menarik di sini. Ada 6 menu pembuka selera dan 5 menu snek goreng. Kak Bell sempat mencuba beberapa menu dan kesemuanya sedap. Lepas ni akan mencuba menu lain terutamanya chicken skin!

Starter
  • Yam Seafood (Thai seafood salad) RM16.90
  • Yam Voonsen (Thai Glass noodle salad) RM12.90
  • Goong Cher Nam Pla (Prawn salad + Thai sauce) RM16.90
  • Thai Spring Roll (Vege + Minced Chicken) RM10.90
  • Nam Tok Kai Yang (BBQ Chicken + Basil Leaf) RM16.90
  • Kai Yang (BBQ Chicken) RM16.90

Yam Seafood
Ada peminat kerabu seafood? Istimewa menu ini sebab adanya snow fungus dan semua bahan laut yang digunakan adalah bahan segar. Pertama kali mencuba hidangan fungus. Daun ketumbar yang digunakan menambah perisa dan memberi bau segar kepada Yam Seafood. Diantara menu patut cuba di Baan109.


Thai Spring Roll
Popia Thai ini memang padat dengan sayuran, black fungus dan daging ayam cincang. Dilengkapi juga dengan sos sebagai pencicah. Bagi yang mengamalkan diet yang sihat, boleh cuba Thai Spring Roll yang berkhasiat dengan sayur-sayuran ini.


Deep Fried Snack
Untuk semua menu goreng ini berharga RM9.90 sahaja.
  • Nang Kai Tod (chicken skin)
  • En Kai Tod (chicken soft bone)
  • Kai Ded Deow (chicken meat)
  • Lab Kai Tod (minced chicken)
  • Nam Kai (fried chicken)


En Kai Tod
Hidangan tulang putih ayam ini juga enak. Tidak pernah terfikir untuk dijadi menu gorengan. Recommended untuk anda cuba. 


Nam Kai
Untuk menu ini, ketulan ayamnya digoreng dengan soy sauce. Kebiasaannya, Kak Bell selalu gunakan sos tiram sebagai perapan. One of my favourite too. 


Mama Special
Baan109 juga turut menyediakan hidangan mi bagi pengunjung yang sukakan menu lebih berat. Terdapat 5 variasi mi berbeza yang boleh anda cuba.
  • Mee Mama Big Prawn RM10.90
  • Mee Mama BBQ Chicken RM12.90
  • Mee Mama Seafood RM9.90
  • Mee Mama Scallops RM10.90
  • Mee Mama Nam Chicken (ketulan ayam goreng) RM12.90


Hidangan dari Thai memang kita ketahui mempunyai rasa masakan enak dan unik. Keseluruhan menu yang Kak Bell cuba memang memenuhi citarasa. Untuk minuman Kak Bell cuba Thai Tea dan air minuman serai. Thai Tea di sini seriously memang sedap sebab rasanya tidak terlalu manis dan pekat. Tak sabar untuk berkunjung lagi dan mencuba menu yang lain.



Bagi yang berkesempatan ke 3 Damansara, jangan lupa singgah di sini untuk mencuba sendiri rasa asli Jim Jum Thailand. xoxo.

Baan109
Unit L1-K2, 3 Damansara, No. 3 Jalan SS 22/27
47400 Petaling Jaya, Malaysia



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post