Zaman sekarang memang ramai orang sanggup mengambil pelbagai jenis
'supplement' disebabkan obsesi hendak cantik, mulus dan sebagainya.
Tetapi perlu diingat, pengambilan produk yang tidak mendapat kelulusan boleh
mengakibatkan kerosakan organ dalam badan yang memudaratkan kesihatan.
Kadangkala terpengaruh juga dengan iklan dan testimoni pengguna yang meluas
di media sosial. Cuma perlu diingatkkan, perlulah selidiki dahulu sebelum
mengambil apa jua jenis supplement dan ubatan untuk cantik untuk mengelak
sebarang komplikasi kesihatan.
Kredit photo by Marcus Osmand Official
Bercerita tentang kecantikan, diantara rawatan kecantikan segera adalah
dengan mendapatkan rawatan estetik. Rawatan estetik
(aesthetic treatment) bagi meningkatkan penampilan kosmetik atau
wajah sememangnya jalan pintas untuk menyerikan wajah. Walaubagaimanapun,
sebelum melakukan rawatan hendaklah kita memastikan bahawa setiap rawatan
yang bakal dilakukan adalah selamat, berkesan dan mendapatkan perkhidmatan
estetik daripada klinik yang berlesen dan bertauliah.
Terdahulu pada bulan Mei 2018, Kak Bell ada menghadiri demonstrasi secara
langsung rawatan aestetik yang telah dianjurkan oleh pihak Toscana Medi
Clinic di Publika Solaris Dutamas. Boleh klik sini >>LIVE DEMO BYE BYE SCAR & VAMPIRE BLOODY<< jika nak ketahui lebih lanjut. Kak Bell juga telah berkesempatan
berkunjung kali kedua ke Toscana Medi Clinic untuk mendapatkan rawatan
Resurfacing Laser dan Intravenous Glowhite. Jom ikuti selanjutnya untuk
ulasan dan langkah rawatan di sana.
Semasa kunjungan tersebut, Kak Bell telah mendapatkan khidmat konsultasi
rawatan dari Dr. Kanwall Gill yang merupakan doktor astetik dan pengarah di
Toscana Medi Clinic. Beliau juga dibantu oleh Dr. Lashela Dharmadass, juga
merupakan doktor astetik dan pengarah bersama di Toscana Medi Clinic. Pada
sesi konsultasi, Dr Kanwall Gill terlebih dahulu memeriksa kondisi wajah dan
masalah kosmetik yang Kak Bell alami. Untuk sesi tersebut, Dr Kanwall
mencadangkan rawatan CO2 Fractional Laser dan Intravenous Glowhite untuk
mengatasi masalah kulit kusam dan kesan parut jerawat di wajah Kak Bell.
Nampak sahaja Dr Kanwall ni macam ganas, but he is very friendly and
open-minded. Tak perlu untuk segan untuk dapatkan perkhidmatan dari beliau.
I should say it's very professional, good info & knowledge been
shared for my own skin type and problems.
Sesi konsultasi dengan Dr. Kanwall Gill
CO2 Fractional Laser
Rawatan ini merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk meremajakan
kulit tanpa proses pembedahan. Proses skin resurfacing ini menggunakan
kaedah fractional photothermolysis dimana pancaran laser CO2 yang digunakan
akan berpecah kepada ribuan sinaran kecil mikroskopik yang akan
menyingkirkan lapisan tisu kulit bermasalah. Pancaran laser tersebut akan
menjejaskan tisu kulit melalui epidermis ke dalam dermis dan seterusnya
proses penyembuhan semula jadi badan akan menghasilkan tisu baru yang sihat
untuk menggantikan kawasan tisu yang terjejas di zon rawatan. Kaedah ini
selamat dan berkesan dengan masa downtime yang kurang bagi memudarkan kesan
parut dan membuat tekstur kulit menjadi lebih sekata.
Terlebih dahulu, krim kebas akan disapukan ke seluruh muka bergantung
kepada zon rawatan sebelum rawatan laser. Tempoh masa penggunaan krim kebas
adalah selama 30 minit untuk mendapatkan kesan kebas. Selepas langkah
pertama, muka akan dicuci sebelum proses rawatan dimulakan. Semasa rawatan
dilakukan berdebar juga dibuatnya, maklumlah bila laser dipancarkan ke muka.
Waktu rawatan akan terasa seperti renjatan elektik pada muka dan akan berbau
hangit. Ada sedikit rasa sakit but still bearable. Kalau tak tahan,
boleh beritahu dan doktor akan sesuaikan kekuatan laser tersebut. Kak Bell
juga mendapatkan rawatan laser pada bibir untuk kawasan bibir yang
gelap.
Kesan selepas pancaran laser
Selepas selesai sesi CO2 Fractional Laser, sesi penyejukan kulit muka akan
dibuat. Zon rawatan akan disapukan aloe vera gel dan dipakaikan mask. Untuk
langkah ni, muka akan terasa pedih dan berdenyut-denyut. Rasa keseluruhan
muka mencucuk-cucuk macam kena simbah air cili! Terus terang memang sakit
dan rasa macam nak pengsan. Terus muka jadi macam nenek disebabkan bengkak.
Inilah harga yang perlu dibayar kalau nak cantik. Hehe.
Adoi terbuka pula mulut kita. Hahaha
Kesan bengkak telah berkurangan
Sebelum ini memang Kak Bell jarang menggunakan sunscreen/sunblock. Kalau
pakai pun hanya semasa bercuti ke pantai. Sebenarnya, penggunaan tabir suria
perlu dipakai secara rutin untuk perlindungan kulit wajah. Boleh gunakan
tabir suria asas air (water base) dengan SPF30 atau SPF50 dan gunakan
gel aloe vera untuk proses pemulihan. Untuk tempoh 3-4 hari boleh mengenakan
make-up tipis. Sepanjang tempoh tersebut, akan kelihatan kotak-kotak halus
pada wajah kesan pancaran laser tersebut.
Zoom untuk lihat kesan laser pada wajah
Intravenous Glowhite
Rawatan Intravenous Glowhite merupakan rawatan drip vitamin untuk kesihatan
kulit wajah. Rawatan popular ini memang menjadi pilihan kerana kesannya
lebih cepat berbanding pengambilan vitamin secara oral. Kombinasi bahan yang
digunakan adalah seperti Vitamin C, Vitamin B, Magnesium, Biotin, CoQ10 dan
Glutathione untuk memberi kesan glowing dan meremajakan kulit.
Walaubagaimanapun kesannya bukan untuk selama-lamanya. Rawatan susulan perlu
dilakukan jika hendak mengekalkan kesan penggunaannya pada wajah.
Selepas seminggu rawatan, memang ada perubahan pada kulit wajah. Kulit baru
yang tumbuh lebih sihat, licin dan muka lebih cerah. Paling seronok bila
pujian diberikan kerana terdapat perubahan ketara pada wajah. Terima kasih
atas perkhidmatan Dr Kanwal dan juga staf Toscana Medi Clinik yang ramah dan
mesra terutamanya Mercus Osmand yang memperkenalkan rawatan astetik di sini.
Rawatan pun dilakukan dalam suasana santai dan seronok. Tak sabar untuk
berkunjung untuk sesi lawatan yang akan datang. Bagi yang ingin mendapatkan
rawatan perkhidmatan estetik di sini bolehlah hubungi dan mendapatkan
maklumat lanjut di bawah.
Toscana Medi Clinic
No 1 & 2 Block D5 Level G4,
No 1 Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas,
50400, Kuala Lumpur
Telefon: 03 6143 8866
Email: info@toscanamed.com