Cara Main Bowling | Kak Bell Dapat High Score 233 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Cara Main Bowling | Kak Bell Dapat High Score 233

Trending

Cara Main Bowling | Kak Bell Dapat High Score 233

Pendahuluan

Cara Main Bowling | Several years back, memang suka sangat dengan permainan boling. Sampai sekarang pun masih lagi ada minat, tetapi disebabkan kesuntukkan masa dan komitmen kerja yang lain membuatkan Kak Bell jarang beriadah di bowling alley. Dahulu setiap minggu pastinya ke Cosmic Bowl Mid Valley bermain bowling dan sekarang dah tutup pun tempat boling tu. Disebabkan minat dan tak puas menggunakan bowling house ball, gigihlah Kak Bell beli bola sendiri. Sebiji sahajalah. Nak beli 3,4 bijik, bukannya professional pun. Just untuk kepuasan berboling. Hajat dihati nak berboling semula, tetapi mungkin dah tak larat gamaknya nak menghayun bola. Dah tahap kena minum susu Anlene dah sekarang nampak gayanya. Kebetulan mengemas almari, ternampak pula bola boling yang dah naik berabuk. So, abadikanlah kat entri ni, manalah tau nak jual bola tu nanti. Huhu.

Cara Main Bowling | Kak Bell Dapat High Score 233


Actually, terdapat beberapa kelebihan dalam memiliki bola boling sendiri. Antaranya tak perlu berebut house ball di pusat boling dan keselesaan bola ketika bermain berikutan lubang bagi jari pada bola ditebuk mengikut saiz jari dan lebar tapak tangan kita sendiri. Bola boling pun perlu dipilih mengikut kesesuaian berat badan dan kekuatan tangan. Untuk membeli bola bowling sendiri mesti ambil kira tentang berat bola, stail balingan dan juga kos wang.

Apa Itu Boling Sepuluh Pin, Ten-Pin Bowling?

Boling sepuluh pin atau ten-pin bowling (tenpin bowling) adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang dibuat dari kayu atau sintetik (polyurethane) dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin.

Berat Bola Bowling

Perlu pilih bola bowling yang bersesuaian dengan berat badan dan kekuatan tangan. Jangan membeli bola boling yang terlalu berat dan terlalu ringan. Jika terlalu ringan, balingan bola memang laju tetapi kurang momentum tenaga untuk menjatuhkan pin. Berat bola bowling dikira dalam paun (pound, lb) bukan kg ye. Kebiasaannya, berat bola bowling yang disaran adalah 10% dari berat kita sendiri (1 lb = 0.45kg). Btw, terpulang lah. Kalau mampu pakai 15 pound, mungkin dia mempunyai balingan badang. Untuk Kak Bell, bola yang digunakan adalah 10 paun, lebih kurang 4.54kg.

Stail/Jenis Balingan

Ada 4 jenis balingan dalam permainan boling iaitu straight ball, hook ball, curve ball dan back up ball. Kak Bell pakai bola plastik je sebab guna balingan lurus/tegak dengan gaya kupu-kupu. Hahaha. Untuk stail lain tak pandailah nak cerita. Tapi setakat nak habiskan spare, bolehlah. Kecuali kalau bola tu terkangkang spare pada pin no 7 dan 10. Pernah sekali dua la kot berjaya jatuhkan. Masa ni fefeling Zandra Azila uolss, selain Shalin dan Lai Kin Ngoh!

Cara Main Bowling | Kak Bell Dapat High Score 233
Gaya Kupu-kupu digunakan untuk menjatuhkan pin!


Kos Wang

Biasa yang selalu main dan profesional mesti ada 2 biji bola untuk bola hook dan bola straight. Biasanya dijual pakej bola bowling, kasut dan 1 beg untuk 1 bola. Harga sekarang Kak Bell tak tahulah. Dulu beli pun dekat RM300. Bergantunglah kepada tahap kewangan kita untuk beli bola bowling yang mana. Setakat nak bergembira bola biasa pun dah ok.

Ok. Matlamat permainan bowling ini sebenarnya adalah untuk mendapatkan markah maksimum dengan menjatuhkan 10 pin dalam 1 atau 2 balingan bagi setiap frame. Satu permainan bowling dibahagikan kepada 10 frame. Bagi setiap frame, pemain dibenarkan melakukan 2 balingan. Sekiranya balingan pertama tidak berjaya menjatuhkan 10 pin, ada balingan kedua iaitu balingan spare. Markah maksimum bagi 1 perlawanan adalah 300 yang dikenali sebagai permainan sempurna. Perfect Game gittew!

Cara Main Bowling | Kak Bell Dapat High Score 233
Sumber Google


Kalau balingan pertama berjaya jatuhkan kesemua 10 pin dipanggil 'Strike'. Balingan kedua sekiranya berjaya menjatuhkan semua baki pin dari balingan pertama dipanggil 'Spare'. Jika kali ke-2 pun tak jatuh semua pin, frame itu dikira 'Open'. Pada frame ke-10, terdapat balingan bonus ke-3, jika pemain berjaya melakukan strike atau spare pada 2 balingan pertama. Boleh rujuk table bawah untuk nama berapa kali jatuhan strike pin.

STRIKES NAME
2 Double
3 Turkey/triple
4 Four bagger or hambone
5 Yahtzee or five bagger
6 Six pack, or six bagger
7 Front seven, seven bagger
8 Front eight, eight bagger
9 Front nine, nine bagger
10 Front ten, ten bagger
11 Front eleven, eleven bagger
12 300, perfect game!

Gigih ye Kak Bell cari gambar simpanan lama masa main boling dahulu. Ni kira jatuhan pin paling banyak la pernah Kak Bell buat. Walaupun tak sehebat mana kira oklah kan. Pernahlah buat Four Bagger! Dulu masa main, kalau sebelah lane budak jantan memang suka sangat dorang ni kutuk-kutuk Kak Bell kan. Sekali keluar gaya butterfly baru lah kita keji dia balik. After all, you have to know how to keep score if you want to know what you need to bowl to beat your opponent for either competition or just for fun!! Harap badan je besar dengan mulut besar! Hahaha.

Cara Main Bowling | Kak Bell Dapat High Score 233
233 je pown


Cara Main Bowling | Kak Bell Dapat High Score 233

Tip Bermain Boling

Berikut adalah beberapa tip bermain boling:

  1. Fokus - Pemain harus fokus setiap kali membuat balingan untuk mendapatkan jatuhan pin yang banyak ataupun melakukan strike.
  2. Lengan - Lengan dirapatkan dengan badan, bola dipegang antara paras pinggang dan dada, bahagian siku ke pergelangan tangan perlu lurus, tidak boleh bengkok, kemudian gunakan tangan sebelah untuk menyokong berat bola.
  3. Posisi badan - Sebelum melakukan balingan, pemain perlu berada dalam posisi berdiri dan badan dalam keadaan lurus sebagai persediaan untuk membuat sasaran dan balingan.
  4. Bengkokkan lutut sedikit - Sebelum melepaskan bola, pemain perlu membengkokkan lutut sedikit bagi memastikan kelancaran balingan yang akan dilakukan.
  5. Lihat sasaran - Sasaran adalah antara perkara penting untuk menentukan sama ada balingan yang akan dilakukan itu sempurna ataupun sebaliknya. Pemain perlu melepaskan bola menggunakan cara sama ada balingan lurus, minimum spin atau maximum spin.
  6. Hanyunan - Apabila hendak membuat balingan, cuba tetapkan sasaran pada anak panah kedua dari kanan/kiri yang terdapat atas lorong. Selepas itu, lakukan hayunan dan lepaskan balingan.
  7. Tapak kaki meluncur lurus - ‘Kaki meluncur’ pemain perlu berada di depan sedikit daripada kaki sebelah, ia juga perlu berlawanan dengan tangan yang digunakan untuk melepaskan bola (pemain tangan kanan akan meluncur dengan kaki kirinya).
  8. Follow through selepas balingan - Selepas melepaskan bola, pemain harus melakukan follow through iaitu gerakan tangan yang lurus ke arah atas.

So sekarang ni looking forward nak pergi melawat balik bowling alley. Tapi malu pulak rasanya nak membawa bola tu. Kalau buat sports day blogger pun best jugak kan. Mesti skill dah berkarat. Tu je pun nak cerita. XoXo

Rujukan Sinar Bestari


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post