Hikayat Rakyat Mahsuri Dalam Muzik Video Terbaru NJWA Dan MonoloQue - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Hikayat Rakyat Mahsuri Dalam Muzik Video Terbaru NJWA Dan MonoloQue

Trending

Hikayat Rakyat Mahsuri Dalam Muzik Video Terbaru NJWA Dan MonoloQue

“Darah putih Mu ini sebagai bukti, Bahawa kau seorang yang suci,
Darah mu ku abadikan menjadi besi, Smoga suara Mu bergetar shingga kini....”
Chinta merupakan salah satu lagu daripada album 'Lagu Perang' (Bunyi-Bunyian Gamelan Malaysia Abad ke-21) yang telah pun dimuat naik secara visual di Youtube. Muzik video Chinta dibuat dalam bentuk filem pendek, yang mengisahkan sebuah adaptasi daripada cerita rakyat “Mahsuri” yang semakin dilupakan kerana peredaran zaman. Uniknya, MonoloQue menceritakan filem pendek ini dalam bentuk 'stop-motion'. Percanggahan dan kelainan muzik video ini adalah sebagai sebuah penghayatan modus operandi tradisional dunia animasi walaupun kita kini berada di zaman yang semakin canggih. Ianya dianggap sebagai jambatan yang menghubungkan seni zaman silam dan tradisional dalam bentuk masakini yang berbeza.


Gamelan Bintang Utama ‘CHINTA’
Kesemua boneka patung dalam muzik video ini dihidupkan olah Zyin, animator/pereka seni set stop-motion #Chinta. Boneka yang dihias dengan busana tradisional Melayu tersebut turut dibantu pembikinannya oleh Mamal dan Ghaz yang menjadi tulang belakang dan minda kepada projek ini. Dimaklumkan mereka mengambil masa lebih 4 bulan di dalam studio dan lebih dari 4000 kali shot telah diambil bagi menghasilkan animasi tersebut. Lirik lagu > Chinta


Merupakan sebuah adaptasi cerita rakyat #Mahsuri yang digubal untuk tatapan generasi kini agar tidak lapuk ditelan zaman. Bintang utama muzik video ini bukanlah watak Dang Merdu, bukan Long Pungguk mahupun Sultan tetapi bintang utama di dalam 'Chinta' adalah muzik gamelan itu sendiri. Disebabkan hasad dengki, iri hati tebal dalam masyarakat Melayu, Mahsuri menjadi mangsa. Kebenaran terbukti bila darah Mahsuri mengalir berwarna putih. Pada akhir video muzik ini, Pungguk leburkan perhiasan Dang Merdu dalam instrumen alat muzik gamelan sebagai 'Chinta'.



Dititahkan Sultan,
Pungguk ke negeri jiran,
Menuntut ilmu gamelan shingga terkesan,
Dua tiga purnama berlalu,
Hasad dengki, iri hati tebal dalam masyarakat Melayu.

Sejajar dengan nama album itu sendiri, ‘Chinta’ juga dimainkan dengan bunyi-bunyian gamelan sebagai instrumen pilihan yang dimainkan oleh Orkes Gamelan DiRaja Pahang. Menurut Dato' Ahmad Farid yang merupakan Penaung Perbadanan Muzium Negeri Pahang, usaha ini adalah untuk menaikkan martabat gamelan dan mengembalikan ingatan kita kepada kesenian lampau yang pernah memenuhi ruang-ruang Istana Kesultanan Pahang yang penuh bersejarah. Ianya merupakan satu inisiatif yang patut dibanggakan apabila instrumen muzik tradisional diterapkan dalam muzik abad ke-21 ini.


Menurut LoQue, “Muzik video ‘Chinta’ adalah cita-cita saya untuk membawa kesedaran Gamelan Melayu supaya ia relevan di mata masyarat Malaysia. Baik dari segi penceritaan, seni animasi dan paling penting seni bunyi di abad ke-21 ini. Stop-motion adalah satu medium animasi yang sangat leceh pembikinannya tetapi hasilnya amat memuaskan hati. Apatah lagi ia menceritakan sebuah cerita rakyat yang sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia. Tetapi, sayang seribu kali sayang, cerita-cerita rakyat ini semakin ditelan globalisasi. Jadi menjadi naluri semula jadi kami semua yang terlibat dalam pembikinan dan penerbitan filem pendek ini untuk mengadaptasi dan menurunkan cerita-cerita rakyat ini melalui medium yang diharapkan lebih senang untuk generasi sekarang memahami, menghargai, diserap dan diterap oleh acak cucu cicit kita sampai ke generasi seterusnya, insya-Allah,”.

Paling istimewa, amanat untuk membawa ‘suara’ kepada Chinta, dibawakan oleh NJWA sebagai pelengkap bagi menjayakan perancanagan filem pendek Chinta ini. Pemilihan NJWA adalah pilihan paling tepat kerana ciri-ciri nyayiannya serta pembawaan lagu-lagu dia sebelum ini yang amat bersesuaian. Seolah-olah lagu ‘Chinta’ ini dikarang khas buat NJWA sendiri.


Najwa Mahiaaddin juga telah menjenamakan semula namanya kepada NJWA, sejak pelancaran lagu duetnya Sentiasa Merinding bersama penyanyi Imran Ajmain pada tahun lalu. Menurut NJWA, lagu tersebut sebenarnya telah dirakam pada 2015 tetapi kerana Loque mahu memastikan lagu-lagu itu dihasilkan dengan baik selain mahu mendalami dan memahami gamelan itu sendiri jadi ia mengambil masa agak lama untuk diterbitkan. Ketika Loque memberitahu mahu bekerjasama dengan dalam lagu Chinta ini, NJWA berada di New York. Berikutan beliau memang meminati muzik Nusantara sejak dulu. Lagu Chinta yang menampilkan elemen dan sentuhan muzik gamelan Melayu membuatkan NJWA terus bersetuju terbang ke Kuala Lumpur untuk penerbitan lagu ini.


Demi memartabatkan semula muzik gamelan dan hikayat rakyat yg semakin dilupakan, usaha dr Perbadanan Muzium Negeri Pahang ini turut dibantu oleh pihak Warner Muzik Malaysia dan Penerbitan Pancasona. Video muzik Chinta telah dimuat naik ke sesawang YouTube dan dijual secara digital dan dalam bentuk piring hitam.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post