ZV Beauty Collection Memperkenalkan Koleksi Make-Up Precision - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal ZV Beauty Collection Memperkenalkan Koleksi Make-Up Precision

Trending

ZV Beauty Collection Memperkenalkan Koleksi Make-Up Precision

Solekan sudah menjadi satu kemestian demi memastikan penampilan diri tampak yakin dan menawan. Tidak hairanlah dari seawal umur remaja, secalit gincu telah pandai dioles. Jika bertanya tentang produk kosmetik yang bagus, pastinya terpacul di fikiran dengan jenama terkemuka seperti M.A.C, Bobbi Brown, Nars dan sebagainya. Lambakan produk kosmetik dari luar negara di pasaran tempatan juga memang banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan, sampaikan tidak tahu produk mana yang hendak dicuba. Walaupun terdapat kebanjiran produk kosmetik luar masuk ke negara kita, produk tempatan juga turut memberi saingan yang positif dalam pasaran kosmetik negara.


Baru-baru ini, Kak Bell berkesempatan menghadiri majlis pelancaran satu produk kecantikan di bawah jenama ZV Beauty Collection. Sebenarnya agak skeptikal dengan produk tempatan lantaran banyak isu tentang produk 'timbang' di pasaran. Untuk entri kali ini, Kak Bell akan kongsikan tentang produk tempatan setanding kualiti produk kosmetik antarabangsa iaitu Precision, di bawah jenama ZV Beauty Collection.


ZV Beauty Collection
Ditubuhkan pada tahun 2018 dan merupakan jenama hasil gabungan nama  adik-beradik Zihan dan Vian selaku pengasas produk. Mereka percaya bahawa kulit wajah perlu diberi penjagaan yang rapi tanpa mengabaikan kesihatan kulit melalui penghasilan produk yang berkualiti. Seiring dengan falsafah kecantikan mereka, koleksi kosmetik bernama Precision telah ditampilkan pada majlis pelancaran rasmi ZV Beauty Collection yang telah diadakan di TPC Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis telah dihadiri oleh rakan media, selebriti dan make-up artis terkenal tanahair.


Bagi memperkenalkan koleksi Precision, sesi tutorial make-up menggunakan produk ZV Beauty Collection telah dipersembahkan oleh 3 orang jurumekap artis iaitu Ady Razak, Sahir Sabri & Razzi Musa. Kesemua mereka menampilkan 3 cara solekan berbeza disamping perkongsian tips untuk penggunaan bahan kosmetik. Majlis turut dihoskan oleh selebriti yang tidak asing lagi di Malaysia, Sazzy Falak.



Boleh rujuk tip-tips solekan di dalam video di bawah.


Precision Collection
ZV Beauty Collection telah mengeluarkan 4 jenis produk di bawah label ini iaitu Precision Face Base Primer, Precision Treatment Foundation, Precision Loose Powder dan Precision Eye Shadow. Kesemua produk ini diformulasi dengan Argan Oil dan Marula Oil yang mempunyai manfaat dan khasiat tersendiri untuk penjagaan kecantikan disamping kandungan Vitamin C dan Vitamin E.

Precision Face Base Primer
Primer digunakan sebagai dasar foundation untuk melembapkan sekaligus menghaluskan kulit. Selain itu, foundation akan tahan lebih lama. Diformulasi dengan minyak Argan dan minyak Marula serta mengandungi Vitamin C & E. Dalam primer base ini ada bahan 'glitter' dan memberi kesan shining/glow pada solekan. Primer ini membantu untuk melindungi solekan selama 24 jam dan kulit muka masih bebas bernafas dibawah solekan. Seterusnya ianya melembapkan kulit muka dan melindungi wajah dari radikal bebas serta sesuai untuk merawat jerawat dan masalah tona kulit tidak sekata.

RM67.90

Kak Bell sukakan kombinasi bau Agran Oil dan Marula Oil pada produk ZV Beauty. Pemakaian pun mudah, ringan dan cepat meresap ke dalam kulit. Cukup sekadar 2 pump dan ratakan keseluruh muka termasuk kelopak mata. Untuk anda yang mempunyai kulit berminyak pilih primer dengan label mattifying, no sebum atau oil control. Jika untuk kulit kering, sebaiknya pilih primer dengan label hydrating, soothing, mooisturizing, water-based (aqua). Primer jenis ini akan memberi kelembapan ekstra dan mencegah foundation retak akibat kulit yang terlalu kering.

Precision Treatment Foundation
Diformulasi dengan minyak Argan dan minyak Marula yang mengandungi Vitamin C yang bertindak sebagai pencerah dan Vitamin E. Baunya seakan sama dengan base primer tadi. Foundation ini juga ada SPF35 bagi memberi pelindungan dari sinar UV selama 24 jam dan dapat mencerahkan wajah. Penggunaan fondation ini juga dapat melembapkan kulit muka, melindungi wajah dari radikal bebas serta dapat merawat masalah jerawat dan pigmentasi. 

RM65.90

Kebanyakan foundation yang senang teroksida akan menyebabkan warna solekan menjadi lebih gelap dari masa ke masa (oxidation). Penggunaan produk ini dapat memerangi oxidation dan kulit tidak akan menjadi kering. Datang dalam 3 jenis rona Fair, Medium dan Dark. Tekstur foundation ZV ini halus, ringan dan tidak likat. Memang senang disapukan pada seluruh wajah.

Precision Loose Powder
Diformulasi dengan minyak Argan, minyak Marula dan mengandungi Vitamin C (mencerahkan kulit) dan Vitamin E. Penggunaannya dapat meratakan tona muka, memudarkan garisan halus pada wajah, dan mengecilkan liang pori pada wajah. Penggunaannya pada waktu akhir solekan dapat memberi efek lebih 'matte' dan natural pada solekan.

RM66.90

Precision Eye Shadow
Datang dengan 4 rona earth color palet dengan nama Medina, Hattie, Dan & Owen. Nama palet warna ini dinamakan dengan nama anak-anak kepada founder ZV Beauty. Turut diformulasi dengan Argan Oil, Marula Oil, Vitamin C dan juga Vitamin E. 

RM70.90

Setelah mencuba sendiri koleksi Precision, ternyata produk ini mempunyai kelebihan tersendiri. Ulasan dari juru make-up profesional juga rata-rata menyukai produk ZA Beauty. Berikut diantara gambar sekitar majlis pelancaran. Ekslusif dan elegan dengan rona unggu.

 


Bersama host Sazzy Falak

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk Precision dan ZA Beauty Collection, boleh layari laman rasmi mereka di bawah.



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post