The SQUARE : Ruang Komersil Yang Menawarkan Ruang Kerja, Tempat Makan Dengan Ruangan Mesra Haiwan Perliharaan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal The SQUARE : Ruang Komersil Yang Menawarkan Ruang Kerja, Tempat Makan Dengan Ruangan Mesra Haiwan Perliharaan

Trending

The SQUARE : Ruang Komersil Yang Menawarkan Ruang Kerja, Tempat Makan Dengan Ruangan Mesra Haiwan Perliharaan

The Square merupakan projek pembangunan bersepadu terkini yang terdiri daripada unit pejabat, ruang makan dan galeri hiburan dibawah pemaju Bina Tetap Tiara Sdn. Bhd, yang telah dilantik oleh pihak Jaya One, Petaling Jaya. Ruang komersil yang terletak bersebelahan dengan The School Jaya One ini bakal mengubah persepsi ruang komersial dengan memperkenalkan 'pet-friendly space' dimana pengunjung boleh membawa binatang kesayangan ke sini sambil berlibur.



Sebelum ini ianya dikenali sebagai 'Palm Square' di Jaya One kini masih di dalam proses pengubahsuaian menjadi sebuah pusat komersil 'The Square'. Projek yang bermula sejak Mac 2018 lalu, dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Disember 2018 nanti dengan kos sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan bagi mengubahsuai tapak 75 ribu kaki persegi ini. Dahulunya, tapak ini merupakan tapak 8 buah baglo kediaman. Bangunan 2 tingkat ini bakal menyediakan 45% ruangan pejabat, 40% lot kedai/restoran dan 15% lagi akan dilengkapi dengan Galeri PJ Live Arts.


Ilustrasi bahagin hadapan The Square

Berikut merupakan video persembahan 'The Square' oleh Jaya One semasa majlis sidang media 4 Oktober lalu yang berlangsung di Ted Boy Bakery, Jaya One.


Bangunan The Square mempunyai ciri reka bentuk perindustrian yang lebih moden dan terkini yang terdiri daripada 3 astaka utama (pavilion) atau bahagian utama yang dibina dengan kepingan logam beralun berwarna biru (seperti IKEA) dan kepingan PVC/plastik lutsinar untuk bahagian dinding dan bumbung bagi membolehkan cahaya menembusi bahagian dalam bangunan.


Menurut Charles Wong, Pengarah Eksekutif Bina Tetap Tiara Sdn Bhd; "Berikutan proses pembangunan kawasan sekitar Seksyen 13 telah giat berlangsung sejak 2015, mereka juga turut mahu tampil relevan dengan membangunkan semula kawasan Palm Square di Jaya One selaras dengan perubahan landskap perusahaan dan kediaman di sekitar mereka"

(L-F) Tiara Teh, Jaya One Management Sdn Bhd Head of Leasing; Charles Wong dan William Wong, Executive Directors of Bina Tetap Tiara Sdn. Bhd.

The Square akan beroperasi dengan 4 matlamat utama iaitu:
1) Entrepreneurial lead
2) late-night dining option
3) Pet-friendly space
4) Urban farming

The Square menyediakan ruang pejabat berkeluasan 21,000 sq.ft untuk Common Ground dengan 15 unit lot kedai runcit/restoren di bahagian tingkat bawah dan 13 unit lot pejabat di tingkat atas (tidak termasuk Common Ground) dengan keluasan saiz lot di antara 500 sq.ft-3,600 sq.ft.


The Square turut menawarkan pelbagai restoran yang akan dibuka lewat malam buat pengunjung dengan konsep al-fresco, dimana pihak restoren perlu menyediakan 30% tempat makan ala al-fresco (ruang makan terbuka) selain ruang makan berhawa dingin. Paling menarik, pengunjung boleh membawa haiwan perliharaan (pet) untuk berada di ruangan makan luar yang disediakan tadi. Selain itu, majlis dan acara korporat juga boleh diadakan di sini.

Common Ground

Lot pejabat

Tambahan, The Square juga mengenengahkan projek pertanian bandar (urban farming) bagi membantu home growers untuk memasarkan hasil tani di pasar tani yang akan diadakan pada waktu hujung minggu. Inisiatif ini diharapkan dapat membuka peluang berkerjasama dengan pihak NGO dan juga kerajaan tempatan dalam masa terdekat bagi membantu membangunkan projek ini secara mampan.

Buat masa ini, proses renovasi telah mencapai kadar 65% siap. Nantikan pembukaan The Square pada bulan Disember 2018 ini nanti.



Bangunan The Square kini telah dibuka untuk sewaan. Lot pejabat sebahagiannya telah dilengkapi dengan lantai siap, pencahayaan dan penyaman udara bagi memudahkan para usahawan yang hanya memerlukan ubahsuai minimum sebelum beroperasi. Harga sewaan adalah seperti berikut:

Lot Kedai (Tingkat 1)- RM8.00-RM10.00 per sq.ft
Lot Pejabat (Tingkat 2)- RM4.00-RM5.50 per sq.ft
*sewaan tingkat 1 dan lot pejabat bermula Disember 2018


Untuk keterangan lanjut mengenai sewaan dan sebagainya, boleh hubungi:

Telefon: +6012-3233563

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post