Penjagaan Dan Merawat Kucing Luka - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Penjagaan Dan Merawat Kucing Luka

Trending

Penjagaan Dan Merawat Kucing Luka

Hi Korang! Lama sudah tak bercerita tentang anak-anak bulus Kak Bell, samalah juga dengan resepi masakan. Sampai ada yang tanya bila nak hapdate resepi? Huhu. Maaflah korang, lately sibuk semacam je dan balik kerja dah penat. Somemore kene siapkan kerja bloging yang terbengkalai supaya tak lebih due date. Hehe. Ok, hari ini nak bercerita tentang si Muezza, Cik Zaza Kak Bell ni luka kakinya. Perkongsiaan ni dari pengalaman Kak Bell menjaga kucing luka, bukanlah langkah sebenar macam vet buat nak cukur bulu semua bagai. Sedikit sebanyak mungkin boleh jadikan panduan. Sekadar berkongsi pengalaman menjaga dan merawat anak yang luka kakinya! Hehe.


Di rumah ni ada 2 ekor kucing jantan. Kucing jantan pertama si Sky dan cucunya Sky, Si Dexter. Lately, si Sky ni asyik berentam je dengan si Dexter, biasalah sesama jantan nak tunjuk hero lah memasing. Btw, si Sky ni dah disunatkan tapi entah kenapa masih nak bergaduh. Kebetulan pula dah memang musim mengawan, kalau kat luar tu, memang banyaklah kes kucing luka bergaduh. Si Muezza ni pula memang dari dulu jenis kekwat, jenis Diva! semua orang dia tak suka. Ada je yang tak kena. Dan si Sky pun suka sangatlah teasing Cik Zaza ni. Baru je Kak Bell nak lelap mata, terdengar jeritan Muezza dengan pitching tinggi nak mampos. Bila dah sorang start, yang lain pun mulalah naik angin juga memasing. Dahla ada 2 ekor betina Lucy dan Combi baru beranak. Sebab takut anak dia kena ancam, dengan dorang ni pun sama pergi bergaduh. Berkejar lah Kak Bell nak leraikan pergaduhan. Yang lain semua ok, cuma Muezza je nampaknya jadi mangsa sebab nampak dia jalan terhencut-hencut.

 Dexter VS Sky

Bawa masuk bilik, perasan ada darah tapi Kak Bell tak dapat nak check kat mana luka tu sebab dia ni jenis agresif, tak suka orang pegang-pegang. Kalau masa mood dia manja barulah ok nak dukung ke peluk. Rasa macam luka kat tapak kaki tapi bila tengok ok tak ada darah. Jadi, tak delah rasa risau sangat sebab darah pun dah tak ada. Masuk hari ke-3 tengok Muezza jalan bertambah teruk, sampaikan dia angkat kaki lebih tinggi dari biasa. Mulalah risau fikir kaki dia ni patah ke? Kemudian, barulah nampak yang kesan luka pada kaki dia dah besar.


Asalnya luka adalah kecil dan memang dah jadi tabiat kucing ni akan menjilat dan menyebabkan luka tu bertambah besar. Sampai vet, doktor ambil sampel pada luka untuk tengok samaada ada maggot/ulat atau tak. After checked, tak ada ulat dan cuma luka biasa sahaja. Cabaran bermula sebab nak cukur bulu, nak cuci luka and so on. Bayangkan sampai 3 orang pegang si Zaza, sebab suara dia menyinga kuat sangat! Habis semua dicakarnya. Supaya nak senang vet buat kerja, Kak Bell duduk luar bilik rawatan. Sakan anak aku menjerit kat dalam, tak kisahlah asalkan dapat rawatan.

20/10/18

Gambar pada 20hb ni, hari pertama selepas dapatkan rawatan (actually luka dah 3 hari sebelumnya) dan begitulah keadaanya. Vet cuma bagi antibiotik Clavamox (amoxicillin trihydrate/clavulanate potassium) untuk 11 hari, 1 tablet x 2 kali sehari selepas makan dan ubat sapu gel Solcoseryl. Vet suruh dressing 2x sehari sebelum sapu ubat. Jawapannya memang tak mampulah nak buat sebab dorang pun sampai 3 orang nak rawat dia kan. Apatah lagi Kak Bell seorang. So decide, lepas 2 hari pergi semula vet untuk dressing luka. So sepanjang masa, kenalah kurung dan pakaikan collar pada Muezza. Kesian juga tengok sampai bulu pun kusam, nak makan pun susah, sedih je menengoknya. So dapat makanan special lah makan wet food. Habislah anak-anak yang lain jeles nak jugak. Haha.


Pitam tak? Lagi mahal dari kita jumpa doktor. Hehe

Lepas hari ke-4, baru Kak Bell bukakan kolar tapi sekejap je untuk dia grooming nak garu-garu mana yang patut. Gambar pada 24/10 tu, luka tu dia jilat. Disebabkan tak buat dressing, Kak Bell biar dia jilat but pastikan jangan over sampai terluka balik lah. Then baru pakaikan semula kolar dan sapu gel. Seterusnya tu, buat rutin macam biasa makan antibiotik sampai habis, sapu gel dan nampak luka pun dah bertambah baik. Penggunaan minyak gamat pada kucing Kak Bell tak galakkan lah. Kata vet, keadaan berminyak pada luka menyebabkan kotoran dan bakteria lebih mudah merebak. Setakat 1st aid sebelum ke klinik vet, ok lah kot.

 24/10/18

  24/10/18

Kalau dah nampak kucing korang tak selesa sangat, buka ajelah sekejap kolar tu but pantau la keadaan masa tu sebab takut luka balik dan ada jangkitan semula. Pengajarannya, kalau ada apa perubahan pada kucing, lain dari biasa, cepat-cepatlah bawa berjumpa vet. Observe dulu apa yang patut, ianya penting supaya memudahkan juga pihak vet nak bantu. Walaupun luka kecil dan biasa, kena gigih juga nak menjaga pun.

 25/10/18

 28/10/2018

Harini Kak Bell tak ada bukakan kolar. Tengok luka pun dah kering. Rasanya tak ada apa-apa masalah semasa menjaga. Bab makan ubat agak senang pula semasa dia pakai kolar. Ngangakan je mulut terus je dia telan. Lepas ni, yang mana behaviour tu kena kurung bergilir-gilir. Si Sky dah kena bantai pun dia buat tak paham je. Time dia nak manja dia pedulikkan aje mama dia marah, sebab dia tau malam-malam memang dia je teman bawak tidur. Si kecik ni pulak, baru sebulan. Sibuk nak melawat great grand mother dia!


Esok-esok kita cerita pasal Lucy yang kali ke-2 beranak dan Combi yang pertama kali melahirkan. Sekarang ada 6 ekor cicit kecik-kecik. Masa ni seronoklah. Tunggu dah besar nanti! 

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post