Susu sememangnya terkenal sebagai minuman yang sihat. Sejak kecil lagi, kita telah diberikan susu kerana kepentingannya untuk tumbesaran tubuh. Walaubagaimanapun, amalan minum susu boleh dikatakan kurang menjadi tradisi dalam masyarakat kita ketika meningkat usia. Kebanyakkannya sudah tidak mengamalkan amalan minum susu. Umum mengetahui tentang fungsi susu yang dapat menguatkan tulang, membantu pencernaan atau membantu mendapatkan tidur dengan lebih nyenyak. Pengambilan susu dalam diet seharian merupakan cara terbaik untuk memenuhi keperluan kalsium dan protein bagi tubuh badan.
Di pasaran memang terdapat pelbagai jenama susu UHT diantaranya Fernleaf. Kebaikan susu yang dihasilkan oleh lembu tenusu Fernleaf ini, penghasilan susu lembunya adalah secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Kenapa ianya lebih baik, jom ikuti lebih lanjut!
Fernleaf merupakan 100% susu dari New Zealand dan lembu tenusu mereka adalah jiwa dalam industri tenusu di New Zealand. Mereka mengusahakan ladang tenusu tersebut secara semulajadi dengan memberikan kebebasan kepada lembu yang dijaga untuk meragut rumput di padang rumput yang subur secara bebas. Keadaan tanah yang subur, kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikan New Zealand sebagai salah satu tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu yang terbaik.
Lembu tenusu yang tidak terkurung dalam kandang, bebas meragut rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya lembu-lembu tenusu ini dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi. Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu-lembu tenusu Fernleaf secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Sebab itulah susu Fernleaf mengandungi vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu yang terkurung di dalam ladang. Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu mereka menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Oleh itu, susu yang dihasilkan kaya dengan sumber semulajadi seperti kalsium yang mudah diserap badan, protein berkualiti tinggi, kaya Vitamin A dan juga Vitamin D.
Fernleaf mempunyai lebih 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu. Sebagai pakar tenusu, mereka sangat dedikasi dalam memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula dengan sumber air yang bersih, rumput segar berkualiti dan sehinggalah ke produk akhir untuk pengguna. Terbukti bahawa warisan dan kepakaran Fernleaf menjadikan New Zealand sebagai peneraju utama dunia dalam industri tenusu hari ini.
Sebab 100% Mmmmm, dia pun nak rasa!
Fernleaf UHT ini terdapat dalam pilihan perisa Coklat, Full Cream dan Low Fat. Kesemuanya sedap dan memang 100% Mmmmm.....Walau berapa pun usia anda, pengambilan susu yang mengandungi kandungan kalsium serta pelbagai lagi nutrisi memang penting untuk tubuh dan perlu diambil dengan secukupnya. Jom hidupkan semula amalan minum susu!
Tags:
100% Susu New Zealand
Fernleaf
Fernleaf UHT 100% Mmmmm Terbaik Dari New Zealand
Pakar Tenusu
Santai