Tempe Dan Tauhu Goreng - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tempe Dan Tauhu Goreng

Trending

Tempe Dan Tauhu Goreng

Memasak ni memang perlukan kreativiti. Nak gambarkan makanan yang sedap pun perlukan kemahiran juga. Tapi, tak boleh nak judge juga kadang-kadang rupa bentuk masakan yang hina pun rasanya sedap. Hidangan yang biasa pun kalau diolah boleh manjadi resepi yang bagus dan sedap. Kalau Kak Bell lebih suka melihat gambar masakan yang cantik, diolah menarik. Barulah hati tertarik nak mencuba. Soal sedap atau tidak memang kena rasa dahululah.


Entri kali ni bukanlah nak kongsi resepi apa pun. Cuma teringatkan tauhu Sumedang, so Kak Bell buat tauhu goreng dengan tempe goreng. Kalau tempe dengan tauhu ni memang orang kenal sebagai masakan Jawa. Dari pembacaan, rupanya Tauhu Sumedang ni diperbuat dari kacang kedelai. Kalau kat Malaysia kita panggil kacang soya. Jika di Indonesia, tauhu Sumedang ni dibuat dari kacang kedelai asli yang diolah dengan cara tradisional, tanpa sentuhan bahan pengawet. Pernah lah rasa tauhu yag dijual di sini, tapi rasanya macam tauhu biasa aje. Dah teringin, goreng ajelah letak cili api, siap.


Kalau suka, boleh gaulkan tempe dan tauhu dengan tepung dan telur. Ranggup bila goreng. Btw, jangan potong tauhu terlalu nipis sebab nanti mudah hancur dan pastikan salutan tepung jagung nipis sahaja. Next time nak cuba buat tauhu telur dan tofu sos tiram lah.


Walaupun gambar tauhu kita ala-ala je, kalau dah tempe dengan tauhu goreng mesti sedap punyalah. Hahaha. Kay Bye.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post