First time ever menonton filem Melayu, Munafik 2 dan pertama kali juga datang menonton di TSR Cinemax, Shah Alam. Meriah dengan manusia. Sebaenarnya Kak Bell tak tengok lagi cerita Munafik 1. Adalah menonton trailernya. Mungkin kena tonton dahulu baru dapat bandingkan diantara kedua-dua movie garapan Syamsul Yusof ni. Sekarang ni filem tempatan yang cecah kutipan meriah, filem Hantu Kak Limah. Rasanya tiada filem tempatan yang dapat saingi kutipan filem ini yang sudah mencecah 32juta! Nampak penerimaan untuk filem Munafik 2 agak baik dan mungkin boleh cecah box office juga but mungkin tak dapat menyaingi Hantu Kak Limah kot.
Munafik 2 mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) yang berhadapan dengan kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh Abuja (Nasir Bilal Khan) dan menyelamatkan seorang ibu tunggal, Sakinah (lakonan Maya Karin) dari kejahatan Abuja. Abuja ni menyebarkan ajaran agama sesat kepada penduduk kampung. Penduduk kampung yang tak ikut ajaran dia akan dibakar, dibunuh. Bapa Sakinah, Imam dikampung tersebut telah disihir kerana beri tentangan kepada Abuja. Dalam movie ni juga ada imbasan filem Munafik 1, dimana Ustaz Adam masih dihantui oleh kematian isteri dan anaknya, dan juga kematian Maria.
Umum tahu bahawa filem Munafik 2 bergenre seram. Btw, diselitkan dengan elemen keagamaan. Dah baca juga beberapa review dan ulasan tentang filem ni. Rata-rata memang berikan rating tinggi dan pujian melangit untuk filem ni. Satu je tak paham, tetap ada komen dan ulasan yang menghentam penulis yang memberikan ulasan. Habis tu dah pendapat dia berbeza, tak kan nak ikut pendapat dia aje yang betul kan! Malas nak komen lebih-lebih.
Bagi Kak Bell, filem ni oklah. Ada babak yang seram, jump-scare scene yang akan membuatkan korang terkejut tapi tak adalah sampai Kak Bell terjerit-jerit. Dari awal cerita pun dah terkejut. Walaubagaimanapun plotnya sarat dan ceritanya lebih tertumpu kepada elemen agama. Sinematografi filem ni memang bagus, cantik. Shoot gambar paya pun cantik dan nampak lah skill dan penggambaran filem ni sangat baik. Pencahayaan suram gelap je sepanjang masa untuk naikkan mood seram sampaikan dalam rumah Ustaz Adam pun tak buka lampu! Untuk geng Abuja pula, nampak macam mereka ni tinggal di kawasan kampung terpencil gila sampaikan masih pakai obor dan pakaiannya pula memang nampak macam orang Arab zaman dahulu. Nampak tidak kena pula dengan setting pada zaman moden.
Dalam filem ni, pengarah macam nak menterjemahkan sangat apa itu Munafik sampai Kak Bell rasa dah tak macam cerita hantu seram. Walaupun tak menonton Munafik 1, tetap Kak Bell boleh faham jalan ceritanya but ada perasaan tidak kena. Macam perjalanan cerita Munafik 2 ni lari dari tema horror tu sendiri. Plot twist Ustaz Azman pula tidak disangka-sangka pada akhir cerita. So korang nanti tengoklah siapa yang Munafik! Tiberr.
Pujian boleh diberikan kepada Syamsul Yusof, Maya Karin, Fizz Fairuz, Nasir Bilal Khan, dan Mawi kerana berjaya membawa watak dengan sangat baik. Watak antagonis Nasir Bilal Khan sebagai Abuja memang menjadi seperti kebiasaan lakonannya. Kehadiran hantu yang bertutur bahasa Indonesia pun agak menarik, tampak lebih seram yang dilakonkan oleh pelakon Indonesia, Wedi Panca. Diantara scene yang Kak Bell suka ialah masa Sakinah dirasuk oleh jin dan berdebat dengan Adam dalam bahasa Arab. Kebanyakan dialog berdebat dengan jin memang menjadi penarik dalam filem ini.
So for filem ni baik, sangat berlainan dari filem-filem tempatan yang ada. Asyik cerita cinta je sampai naik bosan. Kalau best tak apa lah juga kan. Munafik 2 masih dapat berikan kejutan dan debaran seram ketika menonton. Habis movie, nampak ada pop corn tumpah sampai tak makan. Takut sangat agaknya. Huhu. Btw, bagi Kak Bell tak seram sangat. Maaflah ye kalau tak sependapat.
Kak bell bagi 6.5/10 bintang ⭐