Ulasan Filem Bleach (2018)| Bagi
penggemar manga dan anime, pasti tertunggu-tunggu filem live action anime
Bleach. Memang banyak siri anime yang ada sampai tak tertengok. Kak Bell
sendiri pun layan jugak. Diantara siri yang ditonton seperti Bleach, Dragon
Ball dan tak lain tak bukanlah siri Sailormoon (Usagi Tsukino)! Yakin sangat
lah mesti korang pun feeling-feeling nak jadi Sailor Mercury bagai. Tak pun
jadi kucing, si Luna. Haha. Teringat masa zaman belajar Matrikulasi dulu,
hujung minggu je berebut depan TV awal-awal sebab nak tengok Dragon Ball kat
TV2! Masa sekolah pulak, hujung minggu kalau outing gigih pergi beli komik
Dewata Raya (feling watak Dewi Biru), Pedang Setiawan. Siap sorok la komik
ni kat rumah sebab takut kena bantai kan! Kalau ditanya orang seusia atau
sezaman pasti tahu dan menonton, baca siri-siri anime manga komik ni kan.
Pastilah korang di luar sana tu lebih arif tentang selok-belok anime
Bleach.
Actually, Kak Bell bukanlah peminat tegar sangat anime, tapi still gigih
juga menonton siri Bleach. Bayangkanlah mangga Blech dari tahun 2004-2012
ada 16 siri dengan 366 episod! Memang tak habis tonton semua pun sebab masa
tu tak pandai lagi nak streaming kat anime online. Kebetulan beberapa hari
lepas, rakan di office bagitahu filem adaptasi dari manga Bleach dah keluar.
So, Kak Bell pun balik kerja gigihla menonton. Teringin juga nak tahu macam
mana bila dah diadaptasi ke dalam filem.
Setelah digarap selama kurang lebih dua tahun, filem live action Bleach
telah ditayangkan pada 20 Julai 2018 di Jepun. Filem ini diterbitkan oleh
Warner Bros dan telah diedar dan ditayangkan di Netflix. Tayangan Malaysia
mungkin tahun depan lah agaknya. Siri Bleach merupakan siri anime yang sukar
nak diadaptasi ke filem. Macam mana lah produksi nak terjemahkan bangkai tu
dalam filem. Mesti kenal bankai Tensa Zangetsu (Ichigo Kurosaki),
Senbonzakura Kageyoshi (Byakuya Kuchiki) atau Daiguren Hyorinmaru (Toshiro
Hitsugaya) kan? Korang suka bankai yang mana? Hahaha.
Filem Bleach arahan Shinsuke Sato ini menampilkan Sota Fukushi (Ichigo
Kurosaki) dan Hana Sugisaki (Kuchiki Rukia) sebagai watak utama dan turut
juga menampilkan Taichi Saotome (Renji Abarai), Ryo Yoshizawa (Uryu Ishida),
Miyavi (Byakura Kuchiki), Erina Mano (Orihime Inoue), Seiichi Tanabe (Kisuke
Urahara) dll watak.
Bercerita tentang Kurosaki Ichigo, seorang pelajar yang memiliki kemampuan untuk melihat roh, bertembung
dengan Rukia Kuchiki, seorang shinigami (soul reaper/grim reaper) yang
sedang memburu roh jahat, Hollow. Rukia yang bertarung melawan hollow dan
cedera terpaksa memindahkan kuasa shinigami kepada Ichigo. Bermulalah
cerita dorang melawan Hollow. Dalam movie ni ada ditunjukkan kuasa Quincy,
Uryu Ishida dan Chad (Yasutora Sado) tapi kuasa Orihime Inoue tidak
ditampilkan. Adegan dalam filem ni, memang mirip dan sama macam manganya.
Kebanyakan scene diambil dari siri pertama Bleach The Substitute
(2004–2005). Korang layanlah gambar, tengok puas hati ke tidak bila dah
diadaptasi ke filem.
Ichigo Kurosaki is a High School student, living in Karakura town. He has
ability to see ghosts, as well as Shinigami and hollows. Later, he meets
up with Rukia Kuchiki, a Death God or Soul Reaper (Shinigami in Japanese)
to protect town from hollows.
Bagi Kak Bell memang best dan memang tak puas tengok Bleach 2018. Dalam filem ni memang tak
adalah bankai tu, yang ada cuma Abarai beraksi dengan Zabimaru. Pitamlah
nak tunggu sekuel dia. Disebabkan dah tahu banyak juga episod Bleach ni,
Kak Bell repeat tgk balik dari episod 1 kat anime online. Habislah
terbengkalai kerja dibuatnya. Kalau korang nak tengok bolehlah tonton di
Netflix paling mudah search ajelah online!
Kak bell bagi 7.5/10 bintang ⭐
Kak bell bagi 7.5/10 bintang ⭐
Nak cerita banyak pun memasing dah tahu. So, tengok trailer kat bawah
ni. Released in Japan on July 20, 2018, then internationally on Netflix as an original film on September 14, 2018. It is based on the manga by Tite Kubo.