Siapa tidak kenal dengan selebriti Datuk Rosyam Nor kan? Baru-baru ini, Datuk Rosyam Nor baru sahaja membuka sebuah Pasaraya di bawah jenama ST Rosyam Mart. Walaupun telah dikatakan berjaya di dalam bidang lakonan, beliau yang sukakan cabaran telah mencabar dirinya menceburi bidang pertanian.
Pada 29 Ogos lalu, Datuk Rosyam Nor telah melancarkan produk berasaskan durian belanda iaitu Adraa di Hotel Royal Chulan, Damansara. ADRAA dalam bahasa Arab dan juga Greek bermaksud Dara atau Perawan. Nama Adraa dipilih bersempena dgn nama cucu Rosyam Nor dan merujuk pada penggunaan dan pengeluaran pohon Durian Belanda menggunakan teknologi tinggi yang masih lagi baru di Malaysia. Beliau bercita-cita untuk menjadi Ikon Pertanian dan sekaligus memberikan motivasi kepada golongan muda bahawa industri pertanian juga mampu meraih pendapatan lumayan.
Dengan kerjasama Teknologi Park Malaysia (TPM) untuk bahagian penyelidikan tentang khasiat durian belanda dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi menjamin mutu dan khasiat produk yang dihasilkan. Datuk Rosyam yang kini mempunyai tanah pertanian seluas 175 ekar di Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang, Pahang nekad menanam pohon Durian Belanda di samping pokok Nangka Madu.
Datuk Rosyam pada awalnya menanam 3,000 batang pohon Durian Belanda. Pada awalnya hanya 200 pohon yang menjadi dan selebihnya mati kerana pelbagai faktor. Namun itu tidak mematahkan semangatnya malah beliau terus menanam semula dan kini mempunyai lebih dari 10,000 pohon yang mula mengeluarkan hasil.
Setelah 5 tahun menanam dan 3 tahun membuat penyelidikan melalui Suhan Biotech Sdn Bhd, kini, Datuk Rosyam Nor dengan bangganya melancarkan 3 produk ADRAA yang berasaskan Durian Belanda iaitu Teh Daun Durian Belanda, Pati Buah dan Ekstrak Daun Graviola Gold (GG) dan Jus Minuman Durian Belanda.
.
Melihat kepada gaya hidup masyarakat yang serba sibuk hari ini dan terlalu disogok dengan pelbagai jenis makanan yang diproses, serta pencemaran radikal bebas terhadap tubuh, maka agen antioksida yang tinggi diperlukan bagi meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Usia yang meningkat juga memerlukan antioksida yang tinggi untuk terus kekal sihat. Dan kandungan antioksida yang tinggi ini terdapat dalam pohon ajaib iaitu Durian Belanda atau nama saintifiknya Graviola atau Annona Muricata. Pohon ajaib ini turut dikenali dengan nama Sirsak (Indonesia), Nangka Belanda (Sabah).
“Ini merupakan hadiah saya buat para peminat yang selama ini menyokong kerjaya saya. Didorong oleh kasih sayang dan sokongan pelanggan serta peminat, saya sentiasa berusaha untuk mencapai pertumbuhan berterusan untuk memenangi reputasi sebagai sumber herbal yang terkemuka di Malaysia. Saya berjanji sentiasa memajukan perkhidmatan kami, mempelbagaikan rangkaian produk, dan menyediakan kemudahan terbaik untuk melayani pelanggan,” ujar Datuk Rosyam Nor.
Adraa adalah makanan tambahan yang kaya dengan antioksida, Vitamin B dan C bagi meningkatkan imunisasi tubuh badan dan membantu meningkatkan kualiti hidup pengguna di samping rawatan sedia ada. Ladang penanamannya telah dianugerahkan sijil MyGAP dan kilang yang menghasilkan produk Adraa juga bertaraf GMP (Amalan Pengilangan Baik) serta mengikut piawaian antarabangsa. Malah setiap produk mereka mempunyai sijil HALAL.
Sebagai informasi, Teh Daun Durian Belanda mendapat kelulusan KKM sejak setahun lalu manakala Pati Buah dan Ekstrak Daun GG disenaraikan di bawah klasifikasi makanan. Para pelanggan juga boleh mencuba Jus Minuman Durian Belanda yang tinggi dengan peratusan kandungan buah.
Sekotak Teh Daun Durian Belanda yang terdiri dari 100% daun Durian Belanda mengandungi 20 sachets dijual dengan harga RM85, Pati Buah dan Ekstrak Daun GG yang dibotolkan dengan isian 500 ml dijual dengan harga RM168, sementara jus minuman Durian Belanda dengan isian 350 ml berharga sekitar RM5.
Pada majlis pelancaran tersebut, Datuk Rosyam Nor telah memberi penerangan tentang produk Adraa by Rosyam serta menyampaikan perlantikan kepada stokis-stokis Adraa seluruh Malaysia. Segala pelan pemasaran telah disediakan bagi memudahkan para stokis dan ejen untuk menjual produk Adraa ini. Bagi yang berminat untuk menjadi ejen, boleh menghubungi stokis berkenaan untuk keterangan lanjut. Senarai stokis boleh di dapati di www.rosyam.com
Untuk info tentang produk, promosi, senarai stokis dan maklumat lanjut Adraa by Rosyam, bolehlah menyemak laman web dan media sosial Adraa.
Tags:
Adraa
Adraa:Produk Berasaskan Durian Belanda Dilancarkan
Durian Belanda
Event & Review
Graviola Gold
Rosyam Nor