Resepi Telur Mata Goreng Bawang Dan Cili - Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Telur Mata Goreng Bawang Dan Cili - Bella Jamal

Trending

Resepi Telur Mata Goreng Bawang Dan Cili - Bella Jamal

Hi Korang! Lama rasanya Kak Bell tak kongsi resepi. Jawapannya jarang masuk dapur sejak akhir-akhir ni jadi terciptalah Resepi Telur Mata Goreng Bawang Dan Cili ni. Harini masuk ke dapur pun buat menu ringkas sahaja sebab banyak benda nak buat. Nampak di FB ada yang post masakan telur goreng dengan bawang, jadi teringin pula nak makan. Menu ringkas dan mudah tentulah telur goreng! Kalau time tak ada selera makan, menu telur goreng dengan kicap pun dah memadai kan untuk membuka selera.

Resepi Telur Mata Goreng Bawang Dan Cili

Untuk resepi ni, Kak Bell buat untuk 2 orang makan. Nanti bolehlah adjust berapa banyak bilangan biji telur ayam dan bahan yang nak digunakan. Kita tak tambah air yer sebab bukan nak buat telur masak kicap yang berkuah. Ada yang dah siap tumis semua bahan baru letakkan kicap, ada juga yang gunakan cili padi hidup dan perahkan asam limau tanpa menumis. Kak Bell lebih suka tumiskan semua bahan dan tambahkan sos tiram untuk lebih rasa. Ikut suka nak buat kaedah mana asalkan boleh makan, tetapi untuk resepi ni pakai bawang merah dan bawang putih, tak perlu pakai. Tak sesuai untuk tumiskan bawang putih. Jom tengok bahan-bahan masakan bagi resepi ni.


Bahan-bahan:
3 biji telur ayam
1/2 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar
2 biji cili padi
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
1 sudu sos tiram
Kicap
Garam

Resepi Telur Mata Goreng Bawang Dan Cili


Resepi Telur Mata Goreng Bawang Dan Cili

Cara memasak:
1) Hiris bawang atau potong bulat dan potong cili, lada ikut kesukaan.
2) Panaskan minyak masak, pecahkan telur tu dan gorengkan telur buat telur mata kerbau (bukan telur dadar) kemudian ketepikan.
3) Goreng garing ikan bilis dan ketepikan.
4) Asingkan minyak menggoreng tadi guna secukupnya untuk tumis bawang merah, cili padi dan lada.
5) Masukkan sos tiram, kicap dan garam secukup rasa.
6) Tumis bawang besar yang dihiris, cili padi, lada sampai sedikit layu dan tutup api.
7) Campur semua bahan atas telur siap digoreng tadi.


TIPS!
  • Gunakan minyak banyak semasa menggoreng telur
  • Gunakan api perlahan, jika nak telur cantik tanpa membalikkan telur
  • Tak payah asingkan telur putih dan pastikan kuning telur masak
  • Boleh taburkan daun bawang sebagai hiasan
  • Tak perlu letak serbuk lada hitam atau lada sulah

So dah siap dah resepi ringkas lagi mudah ni. Nak hiaskan dengan salad pun boleh. Kak Bell pun makan dengan hirisan timun Jepun. Bertambah makan nasi walaupun menu telur kicap. Tambah pula ada ikan bilis goreng. Amacam menarik tak? Lepas ni nak buat sup telur dan kurma telur lah. Sedapnyaaaa!

telur mata masak cili padi, telur mata bawang, telur goreng kicap bawang, resepi telur goreng, resepi telur bawang mamak, telur mata kicap, telur mata ikan bilis, Resepi Telur Mata Goreng Bawang Dan Cili,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post