Resepi Sup Ketam Untuk Denggi - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Sup Ketam Untuk Denggi

Trending

Resepi Sup Ketam Untuk Denggi

Hi Korang! Beberapa hari lepas, tekak Kak Bell teringin sangat nak makan kerang. Kebetulan cuti 2 hari dari bekerja, kegigihan datang hendak memasak. Turun ke kedai, kerangnya pula tidak dijual berikutan harga mahal. Kalau ada pun hanya dibeli jika ada tempahan. Jadi berfikir sejenak nak masak apa. Teringat pula di kantor bercerita tentang officemate yang terkena denggi. Kisahnya sup ketam la kan buat pesakit denggi. Jom lihat cara nak sediakan sup ketam yang mudah.

Ketam Nipah

Sup Ketam Penawar Kanser Dan Denggi

Buat masa ni, Kak Bell belum membaca lagi tentang penjelasan saintifik kesan pengambilan sup ketam untuk merawat denggi. Walaubagaimanapun banyak kes denggi menunjukkan kesan yang positif selepas mengambil sup ketam. Petikan dari akhbar Sinar Harian, sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yakin dapat menemui penawar kanser dan denggi, hasil kajian terhadap ketam nipah. Penemuan penyelidik berkenaan berjaya membuktikan bahawa amalan memakan sup ketam nipah oleh pesakit denggi adalah satu inisiatif berkesan disebabkan terdapat nano partikel perak di dalam darah haiwan tersebut. Perincian spesifik daripada pelbagai aspek termasuk pengaruh saiz, lokasi, jantina atau habitat pemakanan yang membolehkan nano partikel perak itu dijadikan ubat denggi dan kanser masih dalam penyelidikan. Apa pun tak salah mencuba untuk penawar penyakit denggi kan. Lagipun memang ramai yang sembuh dari denggi dengan memakan sup ketam.


Cara Bezakan Ketam Untuk Sup Ketam Banyak Isi

Tahu tak cara nak bezakan antara ketam jantan dan betina? Kalau nak bezakan dengan warna agak sukar sebab warna ketam nipah selalu warna coklat. Jadi nak tentukan, kena tengok bahagian bawah iaitu abdomen ketam. Tak kisahlah ketam bunga atau ketam nipah, bahagian abdomen ketam betina lebih bulat (rounded shorter abdominal) dan ketam jantan berbentuk segitiga (triangular abdominal).

Ketam Nipah Jantan
Ketam jantan

Berbalik kepada resepi sup ketam, terdapat banyak cara penyediaan. Ada yang gunakan rempah tumis 3 beradik atau gunakan sup bunjut. Kak Bell tak gunakan semua rempah tersebut dan hanya tumis biasa sahaja. Tak hanyir ke? Jawapannya kena cuci lah ketam dengan bersih dan pilih ketam segar.

Bahan A
2 ekor ketam (nipah/bunga)
2 biji kentang
Lada putih/lada sulah
2 biji cili padi
Daun sup
Garam
Minyak


Bahan B (bahan tumbuk)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan Sup Ketam

Cara memasak sup ketam:
1) Tumbuk semua bahan B.
2) Tumis semua bahan B sampai naik bau.
3) Masukkan air dan kentang. Masak sampai kentang empuk.
4) Masukkan ketam dan cili padi (jika suka pedas). Masak api perlahan.
5) Perasakan dengan garam dan lada sulah.
6) Bila dah masak, taburkan daun sup.


TIPS!
  • Boleh tumis dengan rempah atau guna sup bunjut.
  • Masak dengan api perlahan, supaya isi ketam mesra dengan kuah.
  • Boleh tambah air untuk kuah (paras ketam tenggelam).
  • Boleh tambahkan lobak merah atau daun saderi.

Tumbuk Halus Bahan Sup Ketam

Kentang Digunakan Dalam Sup Ketam

TIPS Memilih Ketam

  • Pilih ketam yang bertelur, isi lebih banyak
  • Beli semasa bulan mengambang diantara 13-16hb bulan Islam. Masa ni isi ketam padat dan penuh.
  • Pilih ketam betina.

Walaupun dah bagi tips macam-macam, termasuklah Tips Memilih Ketam, Kak Bell tetap beli ketam yang kurang isi. Hahaha. Maklumlah bukan masa bulan mengambang. Dah hujung bulan uolsss! Apapun kami puas sebab ketam kami cantik. So mudah sahaja kan Resepi Sup Ketam ni? Kay Bye.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post