Masih teringat kepuasan menikmati hidangan Steamed Sea Bass Lime Sauce di Streat Thai pada minggu lepas. Tidak dinafikan, memang terdapat banyak restoren bahkan gerai biasa yang menyajikan hidangan Thai, tetapi rasa hidangan yang disajikan adakalanya tidak menepati standard hidangan Thai. Kebetulan pula sudah lama tidak merasa sajian asli Thai, Kak Bell berkunjung ke Streat Thai, Jaya One untuk mencuba 'Thai Street Food'.
Masakan Thai memang cukup terkenal hampir di seluruh dunia, bahkan masakan ini juga cukup dekat dan sentiasa menjadi pilihan masyarakat di Malaysia. Hidangan Thai kebiasaannya dikenali dengan keseimbangan 5 perisa asas dalam setiap hidangan mereka iaitu pedas, masam, manis, masin dan pahit serta hidangan yang mempunyai aroma kuat dari bahan yang digunakan. Kombinasa rasa masam dan pedas ini memang sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia.
Streat Thai Jaya One telah beroperasi sejak 2 tahun lalu dan merupakan sebuah restoren berkonsep santai dan terbuka. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis gerai khas untuk setiap hidangan Thai yang dipesan. Restoren yang menyediakan 'Thai Street Food' ini dimasak oleh tukang masak yang berasal dari Thailand dan pekerja disini juga kebanyakannya datang dari Thailand. Di setiap gerai, tukang masak akan menyediakan masakan yang khusus di gerai tersendiri yang terdiri dari gerai Thai BBQ, Thai Stir Fry, Thai Noodles, Thai Salad dan Thai Dessert. Streat Thai membawa tema "True to Our Food & True to You" dimana setiap hidangan yang disajikan dengan rasa asli Thai. Bahan-bahan masakan yang digunakan juga khas dibawa dari Thailand dan tiada babi dihidangkan (pork free, no lard). Paling penting makanan di sini dijual pada harga yang sangat berpatutan.
Gerai makanan Streat Thai
Ruang makan di sini luas dan boleh menampung sehingga 150 orang pengunjung dalam satu-satu masa. Para pengunjung boleh memilih untuk duduk di bahagian luar atau dalam dan turut juga disediakan kawasan makan bagi mereka yang merokok. Suasananya yang santai, menjadikan restoren ini sentiasa penuh dan pengunjung juga terlebih dahulu perlu menanti meja makan kosong. Tambahan pula pada waktu hujung minggu.
Untuk hidangan pengunjung boleh memilih tahap kepedasan kesukaan iaitu Mild (1 cili), Medium (2 cili) dan Hot (3 cili). Beberapa menu telah dicuba dengan tahap kepedasan 2 cili dan 3 cili. Untuk kepedasan biasa, bolehlah memilih hidangan dengan rasa pedas yang Medium. Jom lihat diantara menu yang ada di sini.
Tom Yam Wow! Super
Tidak sah kalau tidak mencuba menu Tom Yam jika berkunjung ke restoren Thai. Terdapat 4 jenis Tom Yam yang boleh dicuba iaitu Tom Yam Wow! Super (RM42.90), Tom Yam Wow! Pia Tod (RM32.90), Tom Yam Wow! Gai Tod (RM28.90) dan Tom Yam Wow! Lok Chin Gai (RM26.90). Kelainan dari jenis tom yam ini adalah dari segi bahan dalam menu tersebut iaitu ayam goreng ranggup. Telur separuh masak yang digunakan kelihatan agak pelik tetapi rasanya agak sedap.
Tom Yam Wow! Super (RM42.90)
Steamed Sea Bass Lime Sauce
Untuk hidangan ikan, pengunjung boleh memilih samaada ikan Talapia Merah (RM42.90) atau Sea Bass (RM44.90). Menu masakan untuk ikan ialah BBQ Fish with Thai Herbs & Vegetable, Deep Fried Fish with Fish Sauce, Steamed Fiah with Lime Sauce dan Deep Fried Fish with Tamarind Sauce. Tidak kira jenis masakan mana, harganya adalah sama dan bergantung kepada ikan yang dipilih. Untuk ikan stim ini, memang secukup rasa dan paling sedap. Rasa nam pla (sos ikan) dan masam dalam hidangan ini memang sangat sedap dan penuh aroma! Memang akan rasa puas ketika menghirup kuahnya. Menu ini merupakan Top Pick Kak Bell. Menu patut cuba!
Steamed Sea Bass Lime Sauce (RM44.90)
Thai Papaya Salad
Diantara menu popular Thai, sudah semestinya kerabu Thai. Terdapat 5 jenis kerabu Thai di sini iaitu Thai Papaya Salad (RM7.90), Papaya Salad with Salted Egg (RM9.90), Korat Papaya Salad (RM7.90), Thai Papaya Salad (RM7.90), Papaya Salad with Fried Ikan Bilis (RM8.90) dan Papaya Salad with Anchovy Sauce (RM7.90).
Thai Papaya Salad (RM7.90)
Papaya Salad with Anchovy Sauce & Rice Noodles
Bagi yang sukakan kerabu dimakan bersama dengan mi, juga terdapat 5 variasi menu. Diantaranya ialah Papaya Salad with Anchovy Sauce & Rice Noodles (RM9.90), Fried Egg Salad (RM6.90), Glass Noodles Salad Chicken (RM7.90), Glass Noodles Salad Seafood (RM7.90) dan Som Tam Timun (RM6.90). Kak Bell lebih menggemari menu salad biasa tanpa mi.
Papaya Salad with Anchovy Sauce & Rice Noodles (RM9.90)
Fried Chicken Wings
Hidangan kepak ayam goreng ini memang sedap dan ranggup! Walaupun rangup di bahagian luar, isi ayamnya masih lembut dihidang bersama dengan sos pencicah. Terdapat 2 set yang boleh dipilih iaitu set 6 ketul (RM19.90) dan 3 ketul (RM10.90). Diantara menu yang Kak Bell recommend untuk dicuba!
Fried Chicken Wings (RM19.90)
Fish Cake
Bagi yang menggemari hidangan goreng bolehlah mencuba Fish Cake (RM10.90), Fried Squid (RM12.90), Prawn Cake (RM13.90), Fried Chicken Chop atau Grilled Chicken Skewer (RM8.90). Ikan yang digunakan untuk Fish Cake ini merupakan ikan segar dan ianya dibuat pada setiap hari. Rasa dan isi ikannya memang padat dan salah satu menu kegemaran Kak Bell.
Fish Cake 5 pcs (RM10.90)
Hidangan nasi dan mi juga turut disediakan dan pelbagai termasuk juga Pad Thai. Harga bergantung kepada saiz hidangan yang dipesan, samaada Medium atau Large. Untuk hidangan nasi, Kak Bell mencuba Tom Yam Fried Rice With Prawn (L:RM34.90) dan Pineapple Fried Rice with Chicken (L:RM29.90).
Tom Yam Fried Rice With Prawn Large
Pineapple Fried Rice with Chicken
Untuk minuman dan pencuci mulut, Kak Bell telah mencuba 6 jenis smoothie dan 2 menu hidangan pencuci mulut. Diantara smoothie berikut ialah Fresh Coconut Smoothie (RM8.90), Taro Smoothie (RM6.50), Thai Milk Tea (RM5.90), Thai Green Milk Tea (RM6.90), Pan Lemongrass (RM4.90) dan H. Lemon JasTea (RM5.90). Bagi dessert, Mango Sticky Rice (RM9.90) dan Thai Shave Ice (RM8.90).
Kak Bell cadangkan untuk mencuba Fresh Coconut Smoothie dan Taro Smoothie. 2 jenis smoothie ni paling sedap. Bagi pencuci mulut pun tidak kurang enaknya. Thai Shave Ice disini pun ada kelainan rasa berbanding ABC yang biasa dimakan. Ada sedikit sourness dan tidak terlalu manis. Dihidangkan juga dengan potongan buah segar. Selepas ini teringin nak mencuba Red Ruby with Coconut Milk di Streat Thai.
Mango Sticky Rice
Mango Sticky Rice (RM9.90)
Thai Shave Ice
Thai Shave Ice (RM8.90)
Streat Thai memang patut ada dalam senarai pilihan tempat makan makanan Thai yang patut dicuba. Sangat recomended dengan harga yang affordable! Untuk makluman, 10% caj perkhidmatan akan dikenakan. Pada setiap hari Jumaat & Sabtu bermula dari 7.30PM hingga 10.30PM, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan dari LIVE band. Tempat yang luas dan selesa di sini, sangat sesuai dijadikan tempat untuk pelbagai acara sambil menikmati hidangan.
Buat masa ini terdapat 2 buah outlet Streat Thai dan yang terbaru berada di Tesco Kepong. Untuk outlet Kepong, mereka tampil dengan konsep berbeza. Tak sabar hendak mencuba menu di sana nanti.
Streat Thai juga turut menerima tempahan, penghantaran makanan dan menyediakan kad diskaun koporat buat peminat makanan Thai di sini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sosial rasmi di bawah.
Streat Thai
100-G.001 The School
No 72A, Jalan Universiti Petaling Jaya
46200 Selangor, Malaysia
Contact : 03-74961297 / 012-9073581
Masa Operasi
Isnin - Khamis : 11.30AM - 10.00PM
Jumaat & Sabtu : 11.30AM - 11.00PM