GOOBNE Chicken, Ayam Panggang Ketuhar No. 1 Korea Kini Di Kuala Lumpur - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal GOOBNE Chicken, Ayam Panggang Ketuhar No. 1 Korea Kini Di Kuala Lumpur

Trending

GOOBNE Chicken, Ayam Panggang Ketuhar No. 1 Korea Kini Di Kuala Lumpur

Annyeonghaseyo, Malaysia!
Goobne Chicken, yang dikenali sebagai Ayam Panggang Ketuhar No. 1 di Korea telah membuka cawangan pertama mereka di Malaysia pada 31 Julai 2018 yang lalu. Jumaat lepas Kak Bell berkesempatan menikmati beberapa menu ayam panggang Korea di Goobne Chicken yang terletak di Aras 3, MyTOWN Shopping Centre, Cheras Kuala Lumpur. 


Goobne Chicken merupakan salah satu jenama masakan ayam panggang ketuhar paling popular di Korea sejak diperkenalkan pada tahun 2005. Mempunyai lebih daripada 1000 cawangan di Korea dan luar negara termasuk Hong Kong, Macau, China, Jepun dan Indonesia. Goobne membawa konsep K-Food yang lebih sihat dan lazat melalui hidangan ayam panggang ketuhar mereka. Kini peminat hidangan ayam di Malaysia sudah boleh menikmati menu 'oven-roasted chicken' terkenal Korea di outlet pertama mereka di MyTOWN Shopping Centre.

Konsep lebih sihat 'always H.O.T', iaitu Healthy, Original dan Trendy diterjemahkan oleh mereka dalam setiap menu hidangan ayam panggang di sini. Goobne Chicken juga turut berkerjasama dengan artis-artis popular Korea seperti Girl's Generation, EXO, Seo Gang Jun, Gang So Ra sebagai duta. Buat masa ini, Seo Hyun-jin dilantik sebagai brand ambassador bermula dari tahun 2017.


Perkataan GOOBNE (disebut Goob-Ne) di dalam bahasa Korea membawa maksud 'Ketuhar Panggang'. Hidangan ayam disini akan dipanggang di dalam oven selama 13 minit pada suhu 195°C tanpa menggunakan minyak untuk memelihara rasa asli ayam. Selain itu, ayam yang digunakan juga tidak disuntik dengan hormon tumbesaran. Oleh itu, ayam Goobne mereka mengandungi kurang kalori, kurang kolesterol, kurang natrium (garam) dan lemak trans. Sememangnya menu ayam yang sihat untuk dinikmati. Walaupun dipanggang, masakan ayam disini masih rangup di bahagian luar, kenyal dengan isi yang juicy!


Terdapat pelbagai menu dengan pelbagai citarasa pilihan ayam ada di Goobne Malaysia bagi memenuhi citarasa setiap pengunjung. Pengunjung juga boleh memilih untuk mencuba hidangan seekor ayam, separuh dan juga kepak ayam (8 atau 14) untuk setiap citarasa ayam panggang pilihan.

Bagi peminat makanan pedas, bolehlah mencuba menu utama mereka iaitu Goobne Volcano yang memberikan citarasa sensasi pedas. Menu utama ini merupakan pilihan popular pengunjung di Goobne Chicken dan memang bersesuaian dengan citarasa orang tempatan yang sukakan rasa pedas ketika menikmati makanan. Bagi yang tidak menggemari hidangan ayam yang pedas, terdapat menu Goobne Deep Cheese dan Goobne Soy Garlic yang menggunakan resepi sos soya bawang putih istimewa Goobne yang boleh dicuba oleh pengunjung.

Signature Spicy Goobne Volcano
Bagi yang sukakan sensasi pedas, memang patut mencuba Goobne Chicken Volcano! Quite spicy.

Whole:RM 54.90 / Half:RM32.90 / Wings (8 pcs):RM20.90 / Wings (14 pcs):RM32.90

Goobne Original
Salah satu ayam panggang pilihan Kak Bell, Goobne Chicken dengan rasa asli.

Whole:RM47.90 / Half:RM26.90 / Wings (8 pcs):RM16.90/ Wings (14 pcs):RM28.90

Goobne Deep Cheese

Whole:RM54.90 / Half:RM 32.90 / Wings (8 pcs):RM 20.90/ Wings (14 pcs):RM32.90

Goobne Soy Garlic
Sukakan juga perasa sos sos soya bawang putih. Diantara top pick!

Whole:RM54.90 / Half:RM 32.90 / Wings (8 pcs):RM20.90 / Wings (14 pcs) :RM32.90

Goobne Korean Spicy Galbi Sauce


Kesemua menu hidangan ayam Goobne sangat menepati citarasa dan sedap. Walaubagaimanapun Kak Bell tidak berapa menggemari menu utama Spicy Goobne Volcano. Bagi Kak Bell ianya agak pedas, tetapi masih boleh dimakan dengan tahap kepedasannya. Untuk menu pilihan Kak Bell ialah Goobne Soy Garlic dan Goobne Original.


Goobne juga turut menyajikan menu nasi dan mi bagi mereka yang sukakan menu tinggi karbohidrat. Diantara menu yang ada seperti nasi goreng ayam dengan sos volcano atau sos soya bawang putih, Jjamppong Seafood Ramen, sup tradisional Korea; Samgyetang (sup ginseng ayam) dan nasi kukus Korea.

Jjamppong Seafood Ramen

RM21.90

Goobne Chicken Fried Rice with Volcano Sauce
Nasi goreng ini dimasak menggunakan sos pedas Volcano dan dihidangkan bersama dengan telur. Rasanya memang tak tumpah seperti nasi goreng cili tempatan.

RM18.90

Untuk hidangan sampingan turut disediakan salad, telur gulung, sup, Volcano Cheese Tteok-Bokki, Japche dan Kentang Panggang.

Volcano Cheese Tteok-Bokki
Cheese Tteok-bokki disini pun memang sangat sedap! Bayangkan sampai buat pesanan untuk kali kedua. Recommended untuk cuba menu ini.

RM32.90

Flying Cheese Egg Roll

RM18.90

Cheese Fondue Chicken
Bagi peminat keju seharusnya mencuba menu ini. Menu ini menggunakan 2 jenis keju dan ayam panggang Volcano. Setelah keju dipanaskan dan mencair, bolehlah balutkan ayam tanpa tulang tersebut dengan keju. Di bawah ada disertakan video untuk tatapan anda.

RM61.90





Para pengunjung juga dapat menikmati minuman istimewa seperti RITA; Goobne Special Non-alcohol Mocktail (RM19.90), minuman ringan, jus botol dan teh selain pencuci mulut ais krim Teh Hijau atau Coklat ketika berkunjung ke Goobne. Untuk pilihan minuman, Kak Bell mencuba RITA dan Mojito. RITA iaitu moktail TANPA ALKOHOL yang didatangkan dengan seekor ikan jerung dan di dalamnya diletakkan dengan sos bluberri! Ianya sebagai tambahan keseronokan yang bertindak seperti darah yang dititiskan dalam moktail biru tersebut. Mojito pula minuman daun pudina bersama dengan limau (lime). Kedua-duanya sedap dan menyegarkan!


Sebenarnya, Kak Bell bukanlah penggemar tegar hidangan Korea. Ada sebahagian jenis menu yang tidak kena dengan citarasa. Surprisingly, jatuh hati pula dengan hidangan yang ada di sini! Kesemua hidangan yang dicuba memang menepati citarasa tempatan dan memang recommended bagi peminat hidangan Korea untuk mencuba keenakan Goobne Chicken! Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman sosial mereka di bawah.

Goobne Chicken
3rd floor of MyTOWN Shopping Centre
opens Monday to Sunday
10:00 AM to 10:00 PM




Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post