Potboy Groceries Rintis Jualan Online To Offline (O2O) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Potboy Groceries Rintis Jualan Online To Offline (O2O)

Trending

Potboy Groceries Rintis Jualan Online To Offline (O2O)

Terdapat pelbagai penyedia perkhidmatan jualan barangan runcit telah melancarkan medium penjualan atas talian bagi memudahkan para pelanggan mereka. Pelanggan hanya perlu membuat pesanan dan barang akan dihantar terus ke depan pintu rumah! Memang mudah bukan?

Pada minggu lepas, Kak Bell berpeluang ke Acara Jualan O2O yang dibawa oleh Potboy Groceries di pusat membeli-belah Jaya One, Petaling Jaya. Potboy Groceries, penyedia perkhidmatan jualan barangan runcit tempatan telah menganjurkan jualan runcit secara dalam sehingga luar talian (O2O) yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan membolehkan pelanggan dalam talian membeli di luar platform tersebut.


Acara Jualan Potboy O2O
Acara O2O berlangsung selama tiga hari bermula 6-8 Julai 2018, mulai dari 10 pagi sehingga 10 malam yang dibawakan oleh PotBoy Groceries dengan kerjasama platform pembayaran mudah alih, FavePay. Acara ini bertujuan untuk membawa para pelanggan dalam talian untuk membeli barangan runcit di luar talian pada acara tersebut. Pelbagai aktiviti telah disediakan kepada para pengunjung di antaranya Wo(Men) Vs Food Challenge Maggi Pedas Giler Tom Yummz, Hottest Rice Challenge (BonChili Challenge), Coolest Drink Challenge (Barbican Drink Challenge), Coke Tower Challenge dan demo memasak oleh Chef Dolly Khaw dari Jasmine. Sambutan juga amat menggalakkan dari para pengunjung dan juga dari rakan-rakan blogger dan sosial media influencer yang turut serta memeriahkan acara yang dianjurkan.

Sesi jualan super murah oleh hos Potboy O2O

Kak Bell sempat berkunjung pada hari terakhir (hari ketiga) acara tersebut untuk segmen FB LIVE Potboy O2O Sales bersama dengan 2 orang lagi rakan blogger. Untuk segmen live, kami dibawa melawat ke booth jualan yang terlibat untuk mencuba dan memberi pandangan terhadap produk baru yang telah dijual di pasaran. Terdapat pelbagai jenis produk terbaru diperkenalkan oleh jenama-jenama terkenal. Antara produk yang dijual adalah Coca-Cola, Jasmine, Homesoy, Nescafe, Hersheys, Kopi Kapal Api, Red Chef, 100 Plus, Mamy Poko, Milo, Maggi, Kao Attack, Laurier, Alicafe, Dettol dan lain-lain lagi.



Penawaran harga pada hari jualan tersebut memang lebih murah dan lebih mudah bila menggunakan e-wallet dari aplikasi FavePay. Jenama terkenal yang mengambil bahagian dalam acara ini, menawarkan diskaun sehingga 75%.  Memang rugi jika tidak membeli-belah pada waktu itu sebab pulangan yang amat hebat. Pelanggan yang membuat pembelian RM20 akan menerima 1 token dan token yang terkumpul boleh ditukar kepada hadiah-hadiah yang menarik semasa akhir siri jualan. Kak Bell juga turut membeli belah menggunakan aplikasi e-wallet dari FavePay ini. Untuk 3 belian pertama, rebat sebanyak RM2 bagi setiap pembelian. Jadi, dapat penjimatan rebat sebanyak RM6.


Banyak barangan baru dgn rasa baru seperti Maggi Soto Ayam, Maggi Sup Tulang Berempah, 100 plus Blackcurrent, 100 Plus 33% reduced sugar dan lain-lain lagi. Untuk minuman Barbican drink pula, telah diinovasi dengan penutup  jenis Twist yang boleh dibuka tanpa pembuka botol. Pengguna boleh menutup semula botol minuman dengan mudah!


Potboy Groceries
Ditubuhkan di Malaysia pada 2016, Potboy Groceries dimiliki dan dikendalikan oleh PB Grocery Group, dan kini berpangkalan di Lembah Klang. Pengasas bersama PB Grocery Group Sdn Bhd, menjangkakan 18,000 pengunjung dalam dan luar talian akan menyertai acara O2O dan mampu menjana jualan sehingga RM2 juta. Potboy memperkenalkan transaksi pembelian yang mesra pengguna melalui portal belian mereka.


Paling menarik, pelanggan tidak perlu risau untuk membawa semua barangan yang dibeli ke kereta kerana Potboy Groceries juga menyediakan Penghantaran PERCUMA ke rumah dan paling menarik ianya tanpa minimum order! Dengan hanya satu KLIK, pengguna boleh membuat pembelian dengan mudah.


Pelanggan juga boleh menyemak kod kawasan di pautan > http://potboy.com.my/free-delivery untuk menyemak samaada servis penghantaran merangkumi kawasan tempat tinggal anda.


Pembayaran secara e-wallet yang diperkenalkan adalah bertujuan untuk memperkenalkan transaksi tanpa tunai dan menggunakan e-pembayaran sebagai alternatif kaedah pembayaran. Memandangkan kesemua dari kita mempunyai telefon pintar, pastinya kaedah pembayaran ini lebih memudahkan tanpa perlu membawa tunai.


Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sosial PotBoy Groceries dibawah.



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post