Ayam Goreng Sos Manis ABC - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Ayam Goreng Sos Manis ABC

Trending

Ayam Goreng Sos Manis ABC

Setiap hari Khamis kalau cuti dari bekerja Kak Bell akan singgah ke pasar malam di kawasan rumah untuk beli barang basah dan kering. Lebih suka ke pasar malam sebab boleh dapatkan barangan dengan harga lebih murah. Seronok bila berbelanja dan penuhkan peti ais. Kalau membeli ayam, biasa pergi ke NSK atau Mid Valley lah dan takkan beli ayam di kedai bawah rumah ni sebab perasan ada bau hanyir, pendek kata tak segar lah. Then selalu juga beli di pasar malam dan ayamnya pun masih fresh. Btw, minggu lepas Kak Bell beli ayam dan saiznya agak besar. Tanya pekerja tu ada yg lebih kecil katanya tak ada. So, beli sahajalah walaupun harganya RM21.Tak sempat nak pilih-pilih, pekerja terus je potong. Biasanya, bila beli di pasar malam ni memang ayam masih segar tapi hari tu lain macam pula rasanya ayam tu. Dalam hati tu sedikit bau hanyir oklah sebab boleh basuh dengan air asam atau tepung gandum. 




Kebetulan ada hal pula malam tu dan Kak Bell tak sempat nak bersihkan ayam tu dan terus simpan dalam peti. Keesokannya, bila nak basuh makin kuat pula baunya. Serba salah nak buang sebab mahal kot! Jadi Kak Bell masak la juga. So, goreng sahajalah. Masa makan tu memang rasa was-was sangat yer. Alhamdulillah lepas makan tu tak ada sakit perut atau keracunan. Means ayam tu still boleh dimakan. Lepas ni, kena check betul-betul dan pastikan ayam tu segar. 

Ok, untuk resepi ni biasanya Kak Bell gunakan sos tiram. Disebabkan tak ada sos tiram, Kak Bell guna Sos Manis ABC. Sebelum ni dah pernah kongsi resepi Ayam Goreng Sos Tiram but kali ni modified sikit.



Bahan-bahan:
8-10 ketul ayam
1 sudu kunyit
3-4 sudu sos manis ABC
1 sudu kicap manis kipas udang
1 susu madu
Lada sulah
Garam

Cara membuatnya:
1) Perapkan ayam dengan semua bahan diatas dalam 10-15 minit. 
2) Panaskan minyak dalam kuali dan bolehlah mula menggoreng sampai habis.


Rasa ayam goreng ni tak jauh beza bila gunakan sos tiram. Walaupun ada tambah madu, rasanya tidaklah manis. Just sebagai penambah rasa sahaja. Kalau tak suka, korang tak payah tambah madu pun tak apa. Walaupun hitam, rasanya tetap sedap yer. Jangan korang goreng sampai hangit sudah. So, korang suka ayam goreng sos manis ABC ke sos tiram?
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post