Hi Korang! Lamanya tak update entri resepi. Tak berkesempatan sekarang nak masak menu-menu yang spesial untuk diri sendiri. Rasa tak cukup je masa nak masak. Hehe. Dah masuk minggu terakhir Ramadhan ni pun, menu pun cuma masak menu ulangan ajelah. Untuk resepi Pucuk Paku Masak Lemak Kuning ni merupakan diantara top 10 popular post dalam carian blog Kak Bell. Harini, Kak Bell nak kongsikan sekali lagi resepi Pucuk Paku Masak Lemak Kuning tetapi gunakan bahan lain iaitu tempe dan ikan masin talang. Ok kan kombinasi bahan kali ni? Peminat tempe mesti kena angkat tangan! Let's lah tengok resepinya.
Bahan A
1 ikat Pucuk Paku
6 ikan talang kering
2 buku tempe
Garam secukupnya
1-2 cawan santan
Minyak untuk menumis
Air
Bahan B (bahan kisar)
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
6-10 biji cili api
Segenggam ikan bilis/udang kering
Cara memasak:
1) Bersihkan pucuk paku. Ambil bahagian daun dan batang yang lembut.
2) Tumbuk halus atau kisar semua bahan B.
3) Panaskan 2-3 sudu minyak, tumis semua Bahan B hingga wangi.
4) Masukkan tulang ikan talang, kacau seketika.
5) Masukkan air, tempe dan biarkan mendidih. Tunggu hingga tempe hampir masak.
6) Kemudian masukan santan dan masukkan pucuk paku.
7) Tambahkan garam atau perasa secukupnya.
8) Kacau dan angkat bila sayur dah layu dan lembut.
Sama sahaja step nya. Cuma tambahkan tempe dan ikan masin ikan talang tu. Sedapnya ya amat. Cuba la masak, kompem sedap. Jika nak tengok resepi sebelum ni, bolehlah cari resepi Pucuk Paku Masak Lemak Kuning.