Plantur 39 Phyto-Caffeine:Syampu Rambut Dengan Kafein Bagi Mencegah Keguguran Rambut Akibat Menopaus - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Plantur 39 Phyto-Caffeine:Syampu Rambut Dengan Kafein Bagi Mencegah Keguguran Rambut Akibat Menopaus

Trending

Plantur 39 Phyto-Caffeine:Syampu Rambut Dengan Kafein Bagi Mencegah Keguguran Rambut Akibat Menopaus

Masalah keguguran rambut bukanlah masalah yang hanya sinonim dengan kaum lelaki. Ramai wanita juga turut mengalami masalah rambut menipis dan keguguran rambut pra-matang kerana kesan ketidakseimbangan hormon semasa dan selepas menopaus selain gejala seperti hot flushes, berpeluh pada waktu malam, mood swings, sukar tidur malam, kemurungan dan juga lemah nafsu seks.


Kehilangan rambut kerana menopaus, juga dikenali sebagai androgenic alopecia yang disebabkan oleh penurunan drastik estrogen di akar rambut. Hormon ini membantu melindungi akar rambut dari testosteron, yang merupakan penyebab utama keguguran rambut. Apabila bermulanya menopaus bagi wanita yang memasuki usia 40 tahun ke atas, kadar estrogen akan berkurangan dan menyebabkan ketidakseimbangan hormon di mana hormon testosteron mengambil alih estrogen di akar rambut, menyebabkan rambut gugur awal (premature).

Dr Adolf Klenk, Head of Dr. Wolff Research & Development

Setelah penyelidikan dan pembangunan selama beberapa tahun, syarikat kosmeseutikal Jerman, Dr. Wolff telah berjaya memanfaatkan sebatian yang terdapat dalam kafein dan dimasukkan ke dalam syampu. Ini membolehkan kafein tersebut diserap ke akar rambut untuk membantu mengurangkan keguguran rambut.


Peter Wong, Ketua Akademi A Cut Above mengulas: "Walaupun masalah pola kebotakkan pada lelaki adalah sebahagian dari liku kehidupan yang diterima bagi kebanyakan lelaki, isu yang sama bagi wanita juga turut terjadi. Penipisan rambut tidak boleh dianggap ringan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan diri dan kehidupan sosial yang serius, menyebabkan rasa kebimbangan yang sepatutnya tidak perlu bagi mereka yang mengalaminya."

From L-R: Audrey Chan, Dr Wolff ‘s Regional Key Account Manager; Ng Yinn Jye, Nuvanta Sdn Bhd Product Manager for Plantur 39; Dr Adolf Klenk, Head of Dr. Wolff Research & Development; Linda Siekdrees, Dr Wolff’s Head of Marketing APAC; Peter Wong, Head of A Cut Above Academy

From L-R: Wymen Chew, Assistant Marketing Manager, PR, Communication & Promotion of Watsons Malaysia; Carrol Tan, Trading Manager of Watsons Malaysia; Thoran Tan, Trading Director of Watsons Malaysia; Dr Adolf Klenk, Head of Dr. Wolff Research & Development; S.L. Ho, General Manager of Cambert (M) Sdn Bhd; Audrey Chan, Dr Wolff ‘s Regional Key Account Manager; Linda Siekdrees, Dr Wolff’s Head of Marketing APAC; Ng Yinn Jye, Nuvanta Sdn Bhd Product Manager for Plantur 39

Dr. Ruban Nathan, Ahli Dermatologi untuk Pemulihan Rambut, Pengarah Klinik Kulit & Rambut Dr Ruban berkata, "Di antara semua tuntutan dibuat oleh syampu sedia ada, satu-satunya tuntutan yang boleh dipercayai dengan sokongan saintifik ialah syampo berasaskan kafein mempunyai beberapa manfaat dalam masalah keguguran rambut berpola."

Baru-baru ini, satu kajian dibuat dengan pembaca majalah wanita di UK dan telah membuktikan keberkesanan produk. Satu panel seramai 284 orang wanita berumur antara 40-64 menguji Plantur 39 untuk 3 bulan dan menggunakan syampu kafein setiap kali mereka membasuh rambut mereka.Selepas percubaan selama tiga bulan, 87% wanita berkata keadaan rambut mereka bertambah baik selepas menggunakan Plantur 39. Lebih separuh (57%) menyedari pengurangan keguguran rambut dan/atau penipisan rambut sejak menggunakan Plantur 39 dan 70% mengakui terdapat pengurangan kehilangan rambut ketika mandi dan mensisir rambut.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana cara Plantur 39 menangani rambut menipis dan kehilangan rambut untuk wanita lebih dari 40 tahun, boleh rujuk di sini.


Siri Penjagaan Rambut Plantur 39 Phyto-Caffeine
Produk Plantur 39 Phyto-Caffeine mengandungi phyto-kafein aktif kompleks yang menghalang akar rambut daripada mengalami kelesuan pramatang akibat menopaus. Dengan rumusan galenic khas, kompleks kafein yang bertindak sebagai bahan aktif dapat mampu bergerak sepanjang ruang dalam rambut untuk mengaktifkan akar rambut dan mencegah kehilangan rambut.

Plantur 39 juga dapat meningkatkan daya tahan kulit kepala dan rambut, menggalakkan pertumbuhan semula dan melindungi akar rambut daripada kesan negatif testosteron. Untuk membekalkan rambut dengan tenaga yang mencukupi, gunakan salah satu produk yang mengandungi kafein pada setiap hari dan biarkan syampu di kulit kepala selama 2 minit sebelum dibilas.

Berikut merupakan produk penjagaan rambut Plantur 39 Phyto-Caffeine:
Plantur 39 Phyto-Caffeine Shampoo untuk rambut halus, rapuh (brittle hair) (RM49.90)
Plantur 39 Phyto-Caffeine Shampoo untuk rambut berwarna dan stressed hair (RM49.90)
Plantur 39 Conditioner untuk rambut berwarna dan stressed hair (RM39.90)
Plantur 39 Phyto-Caffeine Tonic (RM55.90)


Produk Plantur 39 Phyto-Caffeine dijual secara eksklusif di farmasi Watsons terpilih seluruh negara mulai penghujung May 2018.




Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post