Memanfaatkan Keperibadian Diri Dengan Schwarzkopf #createyourstyle - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Memanfaatkan Keperibadian Diri Dengan Schwarzkopf #createyourstyle

Trending

Memanfaatkan Keperibadian Diri Dengan Schwarzkopf #createyourstyle

Umum mengetahui frasa 'rambut sebagai mahkota seseorang' baik bagi wanita mahupun lelaki. Kak Bell sendiri juga teringin nak menggayakan pelbagai jenis gaya rambut untuk nampak lebih 'trendy'. Buat masa ni, lebih selesa dengan gaya rambut kerinting. Penampilan trend dan gaya rambut yang baru tentunya meningkatkan rasa percaya dan keyakinan diri. Berpeluang menghadiri pelancaran kempen #createyourstyle oleh Schwarzkopf baru-baru ini di Talent Lounge disamping pelancaran produk penjagaan Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen.


Selama 120 tahun, Schwarzkopf adalah nama yang sinonim dengan kualiti, kebolehpercayaan, kepakaran dan inovasi dalam industri penjagaan rambut, warna dan gaya. Landasan Schwarzkopf sentiasa menjadi permulaan untuk kebanyakan trend gaya untuk sepanjang tahun. Tahun ini, jenama ini mengambil langkah lebih jauh daripada kecantikan konvensional yang stereotaip dan mempromosikan kepelbagaian dan ekspresi gaya individu, fesyen dan kecantikan di dalam kempen terbarunya.


Kempen #createyourstyle merangkumi gaya individu dan menggesa pengguna untuk memiliki keyakinan untuk menggayakan gaya kegemaran pilihan masing-masing dengan cara yang terbaik. Dalam konteks ini, Schwarzkopf memperkenalkan Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen untuk kepala rambut yang bersih dan sihat.



Pada majlis pelancaran yang diadakan di Talent Lounge, 3 top influencer Malaysia telah mempamerkan gaya kegemaran mereka dan berkongsi pengalaman peribadi tentang pilihan gaya rambut mereka.

Sharifah Eleen Al-Baity suka mengayakan rambutnya dengan ciri santai dan riang yang mudah digayakan dan mencerminkan semangat yang bebas.

Social media influencer Sharifah Eleen being styled by Kelvin Koh, Schwarzkopf Professional Ambassador

Selebriti tempatan, Mawar Rashid, adalah penggemar gaya rambut yang lebih simple dan elegan. "Gaya rambut yang sentiasa kelihatan cantik di setiap sudut, sesuai di sepanjang masa dan sempurna untuk seseorang yang perlu untuk bergambar pada bila-bila masa, " kata Mawar Rashid.



Emma Shazleen, ibu kepada tiga anak lelaki adalah peminat gaya rambut bun yang tinggi. Wanita yang bertubuh kecil mengaku dirinya menggermari gaya itu kerana ia lebih praktikal, dan sentiasa esklusif. Tambahan pula, ia dapat menambah beberapa ketinggiannya kerana beliau hanya berketinggian 5 kaki!

Social media influencer Emma Shazleen being styled by Kelvin Koh, Schwarzkopf Professional Ambassador

Dengan bantuan penjagaan rambut dan produk penjagaan rambut Schwarzkopf, wanita-wanita ini dapat mencapai gaya rambut kegemaran mereka dalam versi yang terbaik.

Hair care brand Schwarzkopf ropes in influencers for #createyourstyle campaign. (L to R) They are Celebrity Actress Mawar Rashid, Social media influencer Sharifah Eleen, Social media influencer Emma Shazleen

Celebrity Actress Mawar Rashid, Social media influencer Sharifah Eleen , Social media influencer Emma Shazleen with the Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen range

"Dengan penjagaan rambut yang baik, adalah lebih mudah untuk menggayakan gaya rambut yang anda mahu. Kami berbesar hati untuk memperkenalkan produk yang dipercayai dan kualiti yang sinonim dengan jenama Schwarzkopf yang boleh dinikmati semua. Extra Care Hydro Collagen kami mempunyai kompleks Hyaluronic Acid dan Collagen yang menyerap kelembapan jauh ke dalam rambut dan mampu kekalkan kelembapan dengan lebih lama, supaya rambut kelihatan lebih berkilau dan lebih lembut dalam apa jua gaya yang anda pilih!" kata Encik Sam Wong, Pengurus Besar Vast Diversified, pengedar eksklusif untuk Schwarzkopf Hair Care Malaysia.

Sam Wong, General Manager of Vast Diversified, exclusive distributor for Schwarzkopf Hair Care Malaysia

(L to R) Carrol Tan, Watsons Merchandise Manager, Sam Wong, General Manager of Vast Diversified, exclusive distributor for Schwarzkopf Hair Care Malaysia, Anna Hull, Guardian Merchandising Director, Julia Wong, Managing Director of of Vast Diversified, exclusive distributor for Schwarzkopf Hair Care Malaysia, Celebrity Actress Mawar Rashid, Social media influencer Emma Shazleen, Social media influencer Sharifah Eleen and Kelvin Koh, Schwarzkopf Professional Ambassador

Rangkaian Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen terdiri daripada 3 produk iaitu:

  • Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Shampoo
  • Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Conditioner
  • Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Express Repair Spray

Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Shampoo and Conditioner

Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen 
Syampu boleh digunakan untuk kegunaan harian untuk rambut normal, kering dan kasar. Ianya akan mengembalikan keseimbangan kelembapan dengan optimum, menghasilkan rambut yang sihat yang bersinar. Dengan skala pH 4-5 bersama kandungan Marine Collagen & Hyaluronic Acid mengoptimumkan penyerapan dan pengekalan kelembapan, menjadikan rambut kelihatan lebih licin dan berkilau (200ml dengan harga RM 18 dan 400ml dengan harga RM 28).

Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Conditioner
Memberikan semula penghidratan yang seimbang untuk rambut normal atau kering dan kasar. Penghidratan lebih tahan lama dan memberikan kesan lebih licin dan berkilau selama 72 jam (400ml dengan harga RM 29).

Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Express Repair Spray
Leave-on Kondisioner yang memberikan kelembapan intensif untuk memperbaiki struktur rambut dan melicinkan permukaan rambut dan mudah untuk disikat (150ml dengan harga RM35).


Rangkaian produk penjagaan rambut Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen ini boleh didapati di farmasi Guardian dan Watsons yang terpilih di seluruh negara. Harga runcit bermula dari RM18 hingga RM35.

| Schwarzkopf Malaysia | Watsons |


#CREATEYOURSTYLE #CREATEYOURFIERCE #SCHWARZKOPFMY #SK120





Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post