FAZBULOUS Memperkenalkan Koleksi Jauharah & Kerlipan Lebaran 2018 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal FAZBULOUS Memperkenalkan Koleksi Jauharah & Kerlipan Lebaran 2018

Trending

FAZBULOUS Memperkenalkan Koleksi Jauharah & Kerlipan Lebaran 2018

Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura Sharifuddin telah melancarkan koleksi Ramadan dan Raya 2018 terbaru di bawah jenama rumah fesyen miliknya Fazbulous. Koleksi-koleksi tersebut telah diperagakan di Fazbulous Fashion Show 2018 yang berlangsung di The Strand Mall, Kota Damansara, tanggal 12 Mei 2018 yang lalu.




Fazura yang tampil dengan imej bertudung dan menggayakan salah sebuah koleksinya membuka pentas dengan memberikan ucapan mengenai koleksi terbarunya. Menurut Fazura, ianya satu pilihan tepat ketika pereka sedia ada menampilkan koleksi Raya, Fazbulous mengtengahkan koleksi Ramadhan.

Koleksi Ramadhan dari Fazbulous diberi nama 'Jauharah' yang membawa maksud batu permata. Untuk koleksi ready-to-wear yang menampilkan gaya sopan, minimalis dan sederhana (modestwear), sesuai untuk digayakan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Koleksi Ramadhan Jauharah ini dijual dengan harga bermula dari RM89-RM149.





Selain koleksi Ramadhan, Fazbulous juga menampilkan Koleksi Kerlipan Lebaran 2018 untuk fesyen raya yang akan datang. Untuk koleksi raya ini, tampak menarik dengan rekaan lebih menawan. Berikut merupakan nama-nama rekaan untuk Koleksi Lebaran Fazbulous iaitu :
  • Bunga Wangi
  • Kelip Nur
  • Pelita Sakti
  • Seri Wajah
  • Yang Paling Manis
  • Putri Hati
  • Jelitanya Dia
  • Sinar Pagi
  • Cahaya Indah
  • Luhur Ayu




Terdapat 10 rekaan menggunakan material High Quality Crepe yang dijual pada harga RM299 dan 3 rekaan untuk material Brocade yang dijual pada harga RM399.




Semasa majlis berlangsung kelihatan kelibat rakan karib Fazura sepert pereka fesyen terkenal tanahair Rizman & Ruzaini, Sarah McWilson dan juga Elle Rahman yang datang memberikan sokongan. Majlis juga dimeriahkan dengan penampilan penyanyi baru Danies Suffian yang turut membawakan 3 buah lagu semasa sesi break peragaan fesyen tersebut.




Acara dikendalikan oleh pengacara Fiza Sabjahan dan Sonic, juruhebah KL FM.


Bagi yang mahu mendapatkan koleksi Jauharah dan Kerlipan Lebaran 2018 ini, bolehlah mengunjungi butik FAZBULOUS yang terletak di Strand Mall, Kota Damansara atau membeli secara atas talian melalui laman web Fazbulous.

Fazbulous
36G Ground Floor Strand Mall, 
Jalan PJU5/22, Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya, Selangor



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post