Cool Sculpting - Rawatan Pembekuan Lemak Di Clique Clinic - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Cool Sculpting - Rawatan Pembekuan Lemak Di Clique Clinic

Trending

Cool Sculpting - Rawatan Pembekuan Lemak Di Clique Clinic

Setiap dari kita lahir dengan pelbagai bentuk tubuh yang berbeza-beza. Ada bentuk tubuh berciri buah pir, ciri buah epal dan paling menarik tentunya yang memiliki bentuk tubuh jam pasir! Gambaran bentuk tubuh ideal yang selalu diinginkan lelaki dan wanita ternyata tidak jauh berbeza dari imej model yang selalu dipaparkan dimajalah dan poster selebriti. Agak-agaknya apakah bentuk ciri tubuh badan korang? Pernah tak dalam diri korang berasa kurang yakin dengan tubuh sendiri dan ingin 'mengubahsuai' bahagian-bahagian tertentu pada badan? Kadang-kala ada diantara kita yang gigih bersenam, diet melampau tetapi masih tidak dapat hasil yang diinginkan. Stress bukan?


Pada 3 April 2018 yang lepas, Kak Bell telah berpeluang ke Clique Clinic untuk mencuba kaedah rawatan CoolSculpting untuk menghapuskan lemak sasaran yang tidak diingini bagi membentuk kontur tubuh badan. Sebelum Kak Bell bercerita dengan lebih lanjut, kaedah Cool Sculpting ini bukanlah satu program penurunan berat badan. Ianya merupakan kaedah tanpa pembedahan untuk membentuk kontur badan. Semasa kunjungan Kak Bell ke sana, Kak Bell telah mendapatkan rundingan dari Dr. Josh Chua, Body Contouring Specialist & Director dan dibantu oleh Dr. Wendy Ding yang juga merupakan Body Contouring Specialist di sini.


Untuk sesi pertama rundingan, satu penilaian terhadap tubuh badan akan dibuat. BMI badan akan diambil dan dinilai sama ada bersesuai atau tidak untuk menjalani rawatan ini. Jadi, BMI yang sesuai adalah di bawah BMI 30. Jika lebih, perlulah menjalani rawatan untuk pengurusan berat badan. Disebabkan tidak banyak kawasan pada tubuh Kak Bell yang boleh menjalani rawatan Cool Sculpting ini, Dr. Josh Chua menyarankan rawatan dibuat pada pada bahagian sayap 'flank' bagi mendapatkan bentuk tubuh 'hourglass' untuk Kak Bell. Memang sangat terujalah sebab tahu badan sendiri tidak cantik dan ideal!


Dalam sesi pertama tersebut, telah diterangkan tentang faedah dan kesan sampingan menjalani rawatan Cool Sculpting. Beliau juga turut berkongsi tentang terdapatnya pusat-pusat rawatan kecantikan yang menggunakan kaedah seumpanya tetapi tidak mempunyai lesen atau tidak 'certified' dan menggunakan mesin rawatan tiruan untuk kaedah rawatan ini. Kaedah rawatan yang tidak mendapat pengiktirafan dan penggunaan mesin tiruan berpotensi menyebabkan kerosakan serius kepada seseorang seperti reputan fros (frosbite) dan kesan terbakar yang akan memberi kesan sampingan untuk jangka masa panjang. Oleh itu, kepada yang ingin mencuba Cool Sculpting, hendaklah memastikan alat yang digunakan adalah dari jenama Cool Sculpting bagi mengelak dari kejadian yang tidak diingini.



CoolSculpting® CoolAdvantage™
Sesetengah lemak yang degil pada tubuh kita tidak akan hilang sama sekali walaupun kitab bersenam atau diet seperti bahagian perut, pinggang, pinggul, paha dan bawah lengan. Dengan teknologi ini, lemak degil tersebut boleh dihapuskan dengan CoolAdvantage yang mengambil masa yang lebih singkat, rawatan yang lebih selesa dan lebih banyak tisu badan yang boleh dirawat. Rawatan ini adalah tanpa pembedahan dengan menyejukkan lemak yang tidak diingini dan sel lemak yang telah mati akan disingkirkan secara semulajadi dari badan. Untuk pengetahuan, Clique® Clinic merupakan klinik estetik pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan rawatan CoolSculpting® CoolAdvantage.


Aplikator CoolSculpting ini datang dalam pelbagai saiz untuk memenuhi bahagian badan yang berbeza setiap individu. Sebagai contoh, CoolAdvantage Petite sesuai digunakan untuk kawasan lebih kecil dan CoolCore Advantage digunakan untuk kawasan yang lebih besar seperti perut. Clique® Clinic merupakan klinik tunggal yang mempunyai aplikator CoolAdvantage Petite di Malaysia setakat ini.


Rawatan Cool Sculpting ini menggunakan aplikator CoolAdvantage yang terkini dalam proses penyejukan lemak pada suhu serendah 4 darjah selsius. Selain itu, masa rawatan juga dikurangkan sehingga 35 minit daripada tempoh 60 minit jika menggunakan applikator standard. Masa rawatan yang lebih pendek dan kawasan rawatan yang lebih optimum dapat dilakukan dengan aplikator jenis CoolAdvantage selain kesan selepas rawatan yang minimal.

Bagaimana CoolSculpting Bertindak?



Rawatan Cool Sculpting ini dapat menyerlahkan bentuk tubuh wanita kepada ciri tubuh jam pasir dan bentuk badan V-shape bagi badan lelaki. Setelah sesi rundingan selesai, temujanji seterusnya adalah untuk menjalani proses rawatan Cool Sculpting. Nantikan entri seterusnya untuk proses rawatan dan hasilnya kay!

Clique® Clinic
4, Jalan 19/36, Seksyen 19,
46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Operating Hours: Open Daily: 9AM-7PM
Closed on Public Holidays
Hubungi : 6037960 1211




Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post