Penantian menantikan konsert
Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Kharisma LIVE In Kuala
Lumpur
pasti meninggalkan satu pengalaman menarik bagi mereka yang berkesempatan
menghadirinya. Kak Bell juga, turut berkesempatan menghadiri konsert
tersebut yang telah berlangsung dengan jayanya pada tanggal 28 April 2018
(Sabtu) yang lalu di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
(KLCC).
Saat sampai, ruang legar dewan telah dipenuhi dengan para peminat-peminat
ketiga-tiga artis ini yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert. Kelihatan
juga artis-artis dan selebriti Malaysia yang turut memberi sokongan pada
malam tersebut. Kolaborasi istimewa dalam sebuah konsert antara dua negara
iaitu Malaysia dan Indonesia ini dibawakan oleh DTA Fashion Art Performance
Sdn. Bhd. dalam konsert yang berjudul
"Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Kharisma LIVE In Concert". Ketiga-tiga artis ternama ini telah berkongsi pentas buat kali pertama
dalam konsert LIVE di Kuala Lumpur.
Setelah mengambil tempat di tempat duduk di ruang GOLD, konsert dimulakan
dahulu dengan montaj pembukaan daripada pihak penganjur seperti FATIMÉ, YES,
Forest City, Naza TTDI dan DTA Fashion. Pada malam itu, pembukaan konsert
dan persembahan pertama digegarkan oleh Bunga Citra Lestari (BCL), penyanyi
pop Indonesia yang juga merupakan seorang pelakon terkenal yang baru sahaja
habis konsert solo pertamanya di Indonesia. Konsert bermula dengan teriakan
BCL, “Apa Khabar Kuala Lumpur!”
dengan lantang dan disambut dengan sorak dari penonton. Pada hari tersebut,
telah menyaksikan kemunculan perdana BCL dalam skala konsert di Malaysia dan
telah membawakan sebanyak 11 buah lagu iaitu:
1. lngkar
2. Pernah Muda
3. Sunny
4. Karena Kucinta Kau
5. Jangan Gila
6. Jera
7. Cinta Sejati
8. Aku Wanita
9. Aku dan Dirimu
10. Legenda
11. Wanita Terbahagia
Persembahan Bunga Citra Lestari sangat bertenaga, non-stop BCL menyanyikan
11 buah lagu! BCL juga telah mengundang penyanyi baru, Daniesh Suffian yang
menyanyikan lagu “Aku dan Dirimu” melalui penyertaan video untuk
berkolaborasi dengan BCL. Dalam konsert itu juga, BCL telah membawakan lagu
popular Dato Sheila Majid iaitu "Lagenda" dimana beliau telah diberi hak
untuk merakam semula lagu ini. BCL menutup persembahan sesi pertama dengan
lagu hitnya “Wanita Terbahagia”.
Sesi rehat pertama diisi dengan pelancaran koleksi busana Raya oleh FATIMÉ
dengan tema ‘Flower Fantasy’. Pertunjukan fesyen ini adalah yang pertama
diselitkan dalam sebuah konsert yang tidak pernah dibuat selama ini. Untuk
entri FATIMÉ. Rangkaian busana raya FATIME ini sudah pun boleh didapati di
www.fatime.my
Bagi segmen kedua, diteruskan oleh Yuka Kharisma, penyanyi yang semakin
meningkat namanya. Mula dikenali dengan lagu Hati Berbisik yang merupakan
lagu runut bunyi bagi filem "Love Supermoon" dan telah membawakan 5 buah
lagu dari album pertamanya yang berjudul #1 iaitu:
1. Baby Santai
2. Mati Rasa
3. Warna
4. Ku Bersedia
5. Jampi
6. Pulang
Busana yang digayakan Yuka turut menarik perhatian. Walaupun duduk agak
jauh tapi masih nampak gemerlap busana kuning beliau di atas pentas.
Nyanyian Yuka menarik perhatian seluruh penonton dewan. Masing-masing teruja
dengan kekuatan vokal Yuka menyanyi secara Live. Kak Bell juga lebih sukakan
versi live berbanding versi album. Memang berpuas hati dengan persembahan
Yuka pada malam tersebut dan boleh dikatakan paling menyerlah.
Flawless!
Segmen ketiga dan yang terkahir, merupakan segmen yang dinanti-nantikan
buat peminat penyanyi hebat Anuar Zain. Anuar Zain, nama yang tidak perlu
diperkenalkan lagi dalam industri muzik telah membawakan lagu-lagu hitsnya
dalam alunan vokalnya yang cukup mempesona dan menggetarkan jiwa. Anuar Zain
cuma mendendangkan sebanyak 5 buah lagu iaitu:
1. Kau Bunga Cintaku
2. Andainya Takdir (Part 1)
3. Cinta Takkan Berakhir (Part 2)
4. Sedetik Lebih
5. Lelaki Ini
Sebagai main attraction untuk konsert ini, pastinya semua penonton memberi
tepukan dan sorakan gemuruh buat Anuar. Semasa menyanyikan lagu terakhirnya
"Lelaki Ini", Anuar sempat turun dari pentas sambil menyanyi bersama
penonton. Malangnya, tak sampai ke bahagian penonton di kawasan GOLD. Anuar
Zain yang sebelum ini mengalami masalah vokal, telah membawakan lagunya
dengan baik. Btw, terasa tidak puas dan sedikit terkilan tak dapat mendengar
nada tinggi yang sinonim dengan Anuar.
Segmen terakhir konsert mempersembahkan gabungan Anuar Zain, Bunga Citra
Lestari dan Yuka Kharisma dengan membawa lagu Kaulah Segalanya dan Belaian
Jiwa. Alunan vokal dan paduan suara penyanyi Malaysia dan Indonesia ini
cukup mempersona dan menutup tirai konsert Anuar Zain, Bunga Citra Lestari
& Yuka Kharisma LIVE IN KL 2018.
Dalam sidang media telah diadakan sejurus konsert, Anuar Zain mempunyai
alasan tersendiri apabila sekadar menyanyikan 5 buah lagu ketika mengadakan
konsert 'Bunga Citra Lestari, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In
Concert'. Menurut Anuar, perkara itu dilakukan atas persetujuan yang dibuat
bersama pihak penganjur konsert tersebut. Anuar Zain juga menafikan jika
beliau hanya menyampaikan lima buah lagu kerana keadaan vokalnya sebelum ini
itu tidak benar.
"Sebagai seorang penghibur saya lebih pentingkan kualiti persembahan
itu sendiri berbanding kuantiti lagu yang disampaikan."
Namun Anuar akui lagu Lelaki Ini saya tidak nyanyian seperti selalu. "Faktor usia menjadi sebab untuk saya berasa selesa dengan cara
penyampaian saya kini,”
katanya yang kini menukar komposisi lagu popularnya itu untuk menyesuaikan
dengan vokal. Jika diberikan peluang mengadakan konsert lebih besar
mungkin beliau dapat menyanyikan lebih banyak lagu lagi.
Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Kharisma LIVE In Kuala Lumpur
ini dianjurkan oleh DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd. Berikut merupakan
senarai sponsor yang terlibat;
Co-Sponsor: Fatime
Gold Sponsor: YES, Forest CitySilver
Sponsor: Naza TTDI
Radio Rasmi: HotFM, KoolFM
Media Partner: RedBox & GreenBoxSkyBkuebMedia
Ticket Partner: Boost