#MencontengArangDiMuka
Memiliki kulit wajah yang cantik, licin, gebu memang menjadi idaman setiap orang, terutamanya bagi golongan wanita. Selain menggunakan pelbagai jenis produk yang berkualiti, cara penjagaan kulit wajah yang betul juga penting. Tentunya mesti ada pencuci muka, toner, pelembap muka, skrub dan juga mask muka. Sesetengah orang, tidak perlu menggunakan keseluruhan rejim penjagaan lengkap tersebut tetap memiliki wajah cantik menawan. Jadi untuk entri kali ini, Kak Bell nak kongsikan tentang kepentingan skrub wajah.
Skrub berfungsi untuk menyingkirkan sel kulit mati pada wajah. Jika tidak menggunakan skrub, produk wajah yang digunakan tidak dapat meresap ke dalam kulit dengan sempurna dan menyebabkan kulit kelihatan kusam dan gelap. Penggunaan skrub juga membantu untuk mengelakkan pori wajah daripada tersumbat yang akan menyebabkan jerawat. Baru-baru ini, Kak Bell telah mencuba satu produk skrub dari Akar.co iaitu Skin Polisher Arang 2-In-1. Jom teruskan pembacaan untuk perkongsian produk ini.
Skin Polisher Arang 2-In-1 merupakan produk dwi-fungsi yang boleh bertindak sebagai skrub dan juga mask untuk kulit wajah dan badan. Produk dari Akar.Co ini menggunakan arang aktif (activated charcoal) sebagai bahan utama bagi menyingkirkan toksin daripada kulit, mencerahkan kulit, mengatasi masalah jerawat serta menjadikan tona kulit wajah sekata. Produk ini juga selamat digunakan kerana ia tidak mengandungi paraben, merkuri, hydroquione dan bahan-bahan kimia yang lain dan hanya menggunakan bahan semulajadi yang tidak memudaratkan kulit. Paling penting ianya HALAL dan turut mendapat kelulusan dari KKM (NOT 171101075K).
Diantara bahan-bahan yang digunakan dalam Skin Polisher Arang 2-In-1 seperti berikut;
- Arang Aktif
- Minyak Jojoba
- Minyak Pudina (peppermint oil)
- Minyak Kelapa
- Minyak Argan
- Aloe Vera
Actived charcoal tadi dapat membantu membersihkan kulit dari kotoran yang melekat dan pori. Jojoba oil akan memberikan lembapan pada kulit dan mempunyai vitamin, antioksidan dan mineral yang bagus untuk kulit. Aloe Vera memang dah tak asing lagi pelbagai faedah dan cara boleh digunakan pada kulit. Penggunaan secara berterusan, dapat membantu menjadikan kulit lebih licin, warna tona sekata dan lebih lembut.
Berikut diantara kelebihan Skin Polisher dari Akar.co;
- Merawat jerawat
- Detoxifies skin
- Mencerahkan wajah
- Mengimbangi kulit berminyak
- Menanggalkan sel kulit mati
- Menyingkirkan bintik hitam
- Memudarkan parut dan jeragat
- Anti penuaan
My Verdict
Produk ini datang dalam bekas bulat dengan warna hitam putih yang minimal. Pertama kali menggunakan produk skrub berasaskan dari arang dan Kak Bell sukakan bau peppermint segar tersebut. Tekstur skrub ini tidak terlalu kasar dan sangat sesuai untuk dijadikan skrub penjagaan wajah. Cara nak guna pun senang sahaja. Sapukan rata produk dan tunggu 2 hingga 3 minit sebagai mask dan kemudian urutkan dengan perlahan untuk dijadikan sebagai scrub pula. Produk ini juga senang dibersihkan dari kulit wajah dengan air selepas penggunaan. Selepas penggunaan, memang terasa kulit lebih licin, lembut dan nampak kulit wajah sedikit cerah! So far, skrub dari Akar.co ini menepati ciri sebagai skrub kerana terdapat sesetengah produk yang hanya mempunyai sedikit bahan kasar dalam skrub. Jadi, terasa puas bila digunakan pada kulit wajah. Scrub sesuai untuk diamalkan 1 hingga 2 kali sahaja dalam seminggu. Jika berlebihan ia akan menyebabkan kulit menjadi nipis dan rosak. Jadi elakkan menggunakan scrub secara berlebihan. Untuk produk ni, Kak Bell recommend untuk dicuba. Pasti best!
Skin Polisher Akar.co ni bukan sahaja boleh digunakan pada kulit muka sahaja tapi boleh guna pada badan juga. Harga untuk Skin Polisher Arang 2 in 1 adalah RM85 untuk 100gm isian. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sosial berikut:
Akar.co
Tingkat 10, Plaza Azalea, Seksyen 14,
40000, Shah Alam, Selangor.
+60165666013
hello.akarco@gmail.com
Tags:
Akar.Co Skin Polisher Arang 2-In-1
Event & Review
Mask Muka
Skrub
Tanpa Hydroquione
Tanpa Paraben