Hi Korang! Harini Kak Bell nak kongsikan sebuah tempat makan yang best dan cozy untuk korang lepak-lepak iaitu The Billboard, yang terletak di Sungai Penchala, KL. Tempat makan ni Kak Bell pergi pada 29 hb Mac lepas meraikan hari lahir Kak Bell dan kawan Puan Liana Klose. Kebetulan kami berdua lahir dalam zodiak sama Aries, masing-masing pada tarikh 26 dan 27 Mac. Yang penting perangai pun lebih kurang sama juga katanya! Terima kasih buat Ika Ramlee yang belanja kami pada hari tersebut. Btw, entri ini bukanlah entri berbayar, sahaja santai-santai berkongsi tempat makan yang menarik.
Masa tu, Kak Bell datang singgah pada waktu petang saat kedai baru nak beroperasi. Para pengunjung pun baru mula nak datang selepas waktu bekerja. Jika datang pada waktu malam, pasti lebih meriah sebab ada pertunjukan 'live' band. Memang sangat sukakan suasana santai begini sambil menikmati makanan sambil mendengar lagu indah untuk halwa telinga. Retis-retis pun ramai yang datang sini dan ada yang buat live show juga.
Jom lihat menu apa yang Kak Bell pilih. Untuk harga dan nama menu memang Kak Bell tak ingat sebab resit dah campak mana ntah. Tapi Kak Bell confirm korang semua terliur nak makan bila tengok hidangan kat sini. Semuanya memang sedap dan portionnya besar. Sampai tapau bawa balik!
Ketiga-tiga menu ni recommended untuk korang cuba. Mushroom sup tu pun tidak kurang hebatnya, diantara yang paling sedap Kak Bell pernah makan. Untuk minuman Kak Bell order Banana Smooties. Topping ada krim, marshmellow dan juga kismis. Smooties ni seriously awesome! Berbaloi untuk korang cuba juga.
Banana smooties
Si comel Qisya pun enterframe ye
Nak cari restoren ni pun senang. Korang akan nampak satu papan tanda iklan (billboard) yang besar di hadapan kedai ni. Cuma nak bagitahu korang, yang tempat ni akan sentiasa penuh dan kebanyakkan pengunjung memang akan suka lepak sampai berjam-jam. Peak hours lepas pukul 6PM sampai ke malam. So, faham-faham sahajalah. Bagi yang nak rasa makanan enak kat sini bolehlah cuba di sini. Next time, nak datang dating kat sinilah sesambil melayan lagu. Kay bye.
The Billboard KL
Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur,
Federal Territory of Kuala Lumpur
5:30 PM–12:00 AM