Menjelang bulan suci Ramadhan yang semakin menghampiri, pasti ramai diantara kita telah mula mencari dan merancang tempat untuk menikmati buffet Ramadhan nanti. Kalau dah dengar Yusof Taiyobb mula berbisik, petanda dah dekat sangatlah nak puasa tu. Pertama kali pada 20 April 2018 yang lepas, Kak Bell telah dijemput ke Restoren Verandah, Cyberview Resort & Spa Cyberjaya untuk sesi preview buffet Ramadhan bersama dengan rakan media dan blogger di sini.
Buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa untuk tahun 2018 bermula dari 20 May 2018 - 13 Jun 2018. Sekiranya korang sedang mencari suasana berbuka puasa dalam latar belakang taman tropika yang tenang, Cyberview Resort & Spa boleh dijadikan salah satu tempat pilihan yang ideal. Apa yang menarik disini, pihak Cyberview Resort menyediakan 26 gerai yang menawarkan hidangan dari pelbagai budaya. Gerai-gerai tersebut menawarkan pelbagai menu hidangan dari hidangan masakan Melayu, Cina, Korea, Jepun, Itali, Sepanyol, Mexico dan juga makanan kegemaran tempatan. Memang banyak sangat hidangannya sampai tidak mampu nak mencuba kesemuanya.
Ruang makan Restoren Verandah ini dapat memuatkan sehingga 220 tempat duduk di ruang makan utama dan tambahan 40 di bilik peribadi. Ruang makannya yang mewah dan luas turut memberikan keselesaan ketika menikmati juadah di sini.
Ruang makan Restoren Verandah ini dapat memuatkan sehingga 220 tempat duduk di ruang makan utama dan tambahan 40 di bilik peribadi. Ruang makannya yang mewah dan luas turut memberikan keselesaan ketika menikmati juadah di sini.
Seperti biasa, pihak Cyberview masih mengekalkan konsep 'seafood live-on-the-wok', dimana para pengunjung boleh memilih sendiri makanan laut pilihan dan dimasak on the spot, secara 'live' mengikut citarasa masing-masing. Diketuai oleh Chef Imran, selaku Chef Eksekutif, beliau dan pasukannya akan memastikan setiap hidangan memenuhi citarasa pengunjung!
Berikut ini, adalah diantara gerai-gerai konsep yang berada di bahagian luar ruang makan utama. Diantaranya Lamb Shin Jian Station, Paela & Pasta Station, Wokfried Seafood Station, Kudap-Kudapan Station, Kopi Tarik & Teh Tarik Stall dan banyak lagi.
Terdapat lebih 300 jenis menu yang ditawarkan disini, termasuklah dari 20 jenis dessert, 15 jenis pelbagai kuih melayu, 10 jenis kuih tradisi, 11 jenis kerabu, 8 jenis jeruk dan sebagainya. Bagi menu masakan kampung, menunya akan ditukar setiap hari secara bergilir. Diantara salah satu menu yang patut dicuba di sini ialah masak lemak gulai kawah daging, ayam, itik, ikan salai dan juga siput sedut.
Di station Nasi Kukus, makanan yang disediakan ialah Nasi Pelangi, Nasi Putih, Gulai Ayam, Sotong Masak Kicap, Masak Lemak Daging Salai Rebung, Sambal Udang Petai dan Kambing Kurma. Walaupun hanya menu kebiasaan yang selalu dimakan oleh kita, tetapi rasanya sangatlah sedap. Semuanya Kak Bell dah cuba dan mempunyai citarasa yang amat baik. Peminat menu masakan kampung, pastinya tak berasa ralat mencuba hidangan ni nanti.
Gulai Ayam
Sotong Masak Kicap
Sambal Udang Petai
Jika dah namanya tekak Melayu, memang tidak sah jika tiada penambah selera seperti sambal belacan atau cencaluk. Terdapat 8 pilihan penambah selera di sini disamping hidangan ikan masin! Apa lagi kalau digandingkan bersama kari ikan dan dilengkapkan lagi dengan ulam dan sambal belacan. Sedap lagi terangkat bukan?
Aneka Ikan Masin
Sos penambah selera
Gerai konsep yang paling menarik disini, sudah tentunya gerai Kambing Panggang Golek dan Gerai Asam Pedas & Masak Tempoyak. Paling menarik, pengunjung boleh memilih ikan segar seperti patin, salmon, tilapia untuk dimasak asam pedas atau masak tempoyak. Kedua-duanya merupakan menu masakan paling digemari dan popular! Untuk masakan tempoyaknya boleh tahan, tapi masih tak sampai 'benchmark' bagi Kak Bell yang dah terbiasa dengan masakan Tempoyak negeri Pahang.
Menu paling digemari dan dicari semasa buffet Ramadhan, sudah tentunya Kambing Golek. Kambing Panggang Golek Station ini menyediakan Roasted Marinated Whole Lamb, Garlic Nasi Arab, Raita Yoghurt, Salsa Arab Sos dan 3 jenis sos yang lain. Kambing golek kat sini memang 'recommended'! Kak Bell cuma dapat cakap rasanya memang cukup lazat sampai 2 kali ulang makan.
Bagi mereka yang gemar masakan Cina dan Jepun, korang juga boleh mendapatkan makanan ini di Buffet Ramadhan Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa. Terdapat menu ramen & saba, sushi & shashimi dan termasuklah ikan dan udang segar. Bagi peminat udang, jangan lupa untuk serbu Prawn Counter yang terletak disebelah belakang gerai makanan Jepun ini.
Fresh Oyster
Tidak ketinggalan juga buat para peminat laksa, boleh cuba pelbagai jenis laksa di Laksa Station. Korang boleh cuba Laksa Sarawak, Laksa Penang, Kari Laksa, Laksa Johor dan juga Laksa Kelantan.
Paling menarik perhatian ialah kaunter Jeruk Buah-buahan ini. Dah lama sangat Kak Bell tak rasa pelbagai jenis jeruk. Terdapat 8 jenis jeruk iaitu Jeruk Betik, Jeruk Kodondong, Jeruk Cermai, Jeruk Anggur, Jeruk Sengkuang, Jeruk Manga, Asam Kelubi dan juga Buah Pala. Yang mana mengidam, nak masam-masam tu bolehlah rasa semua ni. Cakap aje nak jeruk apa! Disebabkan Kak Bell tak boleh nak makan jeruk, jadi cuma dpat tengok sahajalah. Mahunya semput tak bernapas pula nanti.
Walaupun terdapat pelbagai jenis makanan dan hidangan dari pelbagai negara, pastinya menu masakan kampung dan tradisi yang jadi pilihan Kak Bell. Berikut adalah diantara beberapa jenis kerabu yang disediakan oleh pihak Verandah, Cyberview Resort & Spa. Terdapat 11 jenis kesemuanya termasuk Kerabu Kacang Panjang dan Udang, Kerabu Cendawan, Kerabu Ayam Panggang, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Taugeh & Perut, Kerabu Kerang, Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Mangga, Kerabu Betik dan Kerabu Jawa.
Kerabu Kacang Botol
Kerabu Kacang Panjang dan Udang
Kerabu Mangga
Kerabu Ayam Panggang
Kerabu Kaki Ayam
Kerabu Betik Muda
Untuk makanan utama kita dah tengok, sekarang kita untuk dessert dan kuih-muih. Terdapat 2 jenis dessert yang 'rare' untuk Buffet Ranadhan Verandah Restaurant iaitu "Deepfried Homemade Crispy Musang King Durian Roll" dan Aiskrim Rendang Ayam. Menarik kan? 2 dessert ni memang korang kena cubalah bila datang ke sini. Disebabkan terlalu kekenyangan, Kak Bell tak sempat merasa kedua-duanya. Walaubagaimanapun, menurut rakan blogger yang sudah cuba, rasanya boleh tahan untuk ais krim rendang ayam. Ada rasa bawang, halia dan tentunya rasa ayam. Rasa pedasnya muncul kemudiannya, nama pun rendang kan. Untuk rasa yang sebenar tu, insyaAllah kalau ada peluang Kak Bell akan datang lagi ke sini nanti untuk rasai sendiri sensasi ais krim rendang ayam ni.
Assorted falvour apam balik
Pihak Restoren Verandah juga turut menyediakan Kid Zone untuk kanak-kanak. Di bahagian ini, kanak-kanak boleh menikmati Choclate Fountain, marshmellow, jeli dan gula-gula, bertih jagung, cup cake dan juga muffin. Untuk keselesaan para ibu bapa menikmati juadah berbuka sambil dihiburkan dengan muzik Ghazal, bilik permainan kanak-kanak ada disediakan yang dilengkapi dengan barang permainan dan hiburan kartun bagi kanak-kanak.
Untuk melihat suasana ruang makan dan buffet Ramadhan di Restoren Verandah, bolehlah ikuti video ini.
Berikut merupakan harga dan tempahan awal baucar untuk 'Rasai Iftar Ke-20' Cyberview Resort & Spa
Harga untuk walk-in:
RM149 nett untuk dewasa
RM75 nett untuk kanak- kanak
RM100 nett untuk warga tua
Earlybird voucher (while stock last)
Bagi mereka yang menempah lebih awal, harga adalah seperti berikut:
RM120 nett untuk dewasa
RM60 nett untuk kanak2
Sempena ulangtahun ke-20, pihak Cyberview Resort & Spa akan memberikan 40% diskaun pada 20 May 2018 nanti. Selain itu juga terdapat 20% diskaun untuk semua kredit kad dan untuk booking melebihi 150 pax Iftar akan disediakan 2 pax complimentary hot air balloon sunrise ride.
Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa
Persiaran Multimedia, Cyber 7,
63000 Cyberjaya, Selangor
Tags:
Buffet Ramadhan
Cyberjaya
Cyberview Resort & Spa
Food Review
Iftar
Makan Place
Rasai Iftar Ke-20 Di Verandah