Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Trending

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Bagi penggemar hidangan makanan laut pasti tidak jemu mencari lokasi baru dan menarik untuk menikmati keenakan makanan laut. Makanan laut dengan jelaslah termasuk ikan dan kerangan termasuk pelbagai spesis moluska dan krustasea! Maksud Kak Bell hidupan laut seperti ketam, udang, tiram, kepah dan semuanyalah. Baiklah, untuk sesi makan-makan kali ni, Kak Bell hendak bercerita tentang lokasi makanan seafood yang terletak di Sunway Giza Mall, Kota Damansara iaitu Restoren JUST SEAFOOD.

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Restoren JUST SEAFOOD ini memang terkenal dengan aneka jenis hidangan seafood dan tidaklah terhad kepada ketam dan udang sahaja. Telah mula beroperasi sejak tahun 2014 lagi dan restoren ini dimiliki oleh Mr Terence Ham. Jika bercakap tentang makanan laut, pastinya sudah sinonim dengan konsep ala Shell-out! Makanan laut di sini turut dihidangkan menggunakan konsep Shell-out dimana hidangan dilambakkan sahaja di atas meja. Restoran yang berkonsepkan 'open air' ini turut mempunyai beberapa pilihan tempat makan, samada di bahagian beranda luar, bahagian dalam dan juga di bahagian atas. Tak salah Kak Bell, bahagian atas adalah untuk reservasi jumlah pax yang besar.

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Untuk ruang makan di tingkat atas ni juga berkonsep open air. Bolehlah rasa angin sepoi bahasa semasa makan di sini. Walaupun konsep terbuka, tetapi tidaklah dibenarkan merokok kerana masih di dalam kawasan membeli-belah Sunway Giza.

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall
Ruang makan di tingkat atas

Bahan-bahan makanan laut di JUST SEAFOOD disediakan segar setiap hari untuk para pelanggan dan bahkan ada yang di import dari Australia. Restoran yang mengutamakan aspek kebersihan & menggunakan bahan yang HALAL demi menarik lebih ramai pengunjung melayu yang gemar akan konsep shell Out untuk datang ke sini.


Pada tengahari Sabtu lalu, meriah dengan kehadiran rakan blogger dan influencer yang datang untuk menikmati makan tengahari di sini. Turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti yang sememangnya tidak asing asing lagi, Maria Tunku Sabri yang sebelum ini mengendalikan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM).

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall
Bersama selebriti Maria Tunku Sabri

Jom tengok menu apa yang ada pada hari tersebut.

Nasi Lemak Cajun
Menu yang mendapat sambutan yang hangat di sini. Sebelum ni hanya disediakan pada hari tertentu sahaja sebab sentiasa sold out! Kini, pihak Just Seafood telah menyediakan menu ini setiap hari kerana sambutan yang amat menggalakkan. Nasi lemaknya tidaklah terlalu berlemak dan dihidang dengan Louisiana Cajun Sauce

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Dalam set Nasi Lemak Cajun ini terdiri dari ketam, udang, sotong, kupang, kerang dan juga sayuran lobak, kentang dan jagung. Kacang tanah dan ikan bilis goreng juga ditabur diatasnya. Rasa rempah cajun ni memang sedap dan tidak terlalu pedas. Selain itu, anda juga boleh mencuba Nasi Lemak Lobster di sini!

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Golden Salted Egg Sauce Seafood
Sos telur masin ini memang sedap dimakan dengan ketam, udang, dan juga kupang! Anda juga boleh memesan Deep Fried Man Tou, iaitu roti yang digoreng rangup untuk dimakan dengan sos Golden Salted Egg ini. Diantara sos yang Kak Bell suka dan recommended untuk dicuba!

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Creamy Durian Sauce Seafood
Bermula 15 April 2018, pihak Just Seafood telah memperkenalkan sos terbaru berperisa durian. Mesti anda semua akan rasa skeptikal bila durian digunakan untuk sos ini. Walaubagaimanapun, sangkaan Kak Bell pun meleset kerana keenakan sosnya yang diolah memenuhi citarasa. Confirm tak menyesal jika anda mencubanya.

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Original Cajun Sauce
Specialities sos cajun ni menggunakan mentega dan bawang putih yang banyak. Untuk bahan-bahan, semuanya sama seperti set yang lain.

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Berikut merupakan sedikit video semasa sesi makan tengah hari tersebut. Rasa nak cuba tak?



Coconut Ice Cream
Untuk dessert, Kak Bell cuba Ais Krim Kelapa. Kehadiran biskut kelapa kering memang menambah kesedapan bila menikmati ais krim ni. Isi kelapa juga turut ada di bahagian dasar ais krim. Berbaloi untuk anda cuba juga disini.

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Untuk harga, bolehlah semak di daftar menu di bawah. Telah dinyatakan harga dan juga jenis makanan laut termasuk jumlah gram dalam set tersebut dan semua set dilengkapi dengan kentang, lobak dan nasi tambah. Pesanan juga tidak akan dikenakan 10% servis caj, hanya 6% GST sahaja akan dikenakan.

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Terus terang memang sangat puas menikmati hidangan makanan laut di sini. Kak Bell paling menggemari sos Creamy Durian dan Golden Salted Egg. Bagi pencinta makanan laut dan penggemar konsep shell-out, memang tak rugi datang kesini.

A-9-G, Sunway Giza Mall, 
Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, 
Kota Damansara, 47810, 
Petaling Jaya, Malaysia.

Waktu operasi: 12PM-10.30PM setiap hari
Tel: 012-229 0855 / 03-6144 6366 (reservation)

FacebookInstagram

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post