Sebagai jenama yang berusaha untuk sentiasa berubah dan kekal relevan, Farmasi CARiNG membuktikan keupayaannya dalam dunia digital dengan memperkenalkan Program Keahlian Regular CARiNG yang baru pada Januari 2018. Dibangunkan bersama dengan Capillary Tech, Program Keahlian Regular CARiNG ini adalah aplikasi mudah alih yang bertujuan untuk berhubung serta memberi ganjaran kepada pelanggan dalam satu penyelesaian. Dengan pelancaran aplikasi ini, syarikat ini bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka di kedai fizikal dan juga secara online, sambil mengekalkan platform CEM (pengurusan pengalaman pelanggan) yang berkesan.
Selebriti undangan; 988 radio DJ dan 8TV host Cheryl Lee Xin Yi, pelakon dan Hos TV Dynas Mokhtar, En. Chong Yeow Siang, Managing Director CARiNG Pharmacy, En. Loo Jooi Leng, Marketing Director CARiNG Pharmacy dan Mr. Bean Malaysia.
Aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun secara percuma di App Store untuk peranti Apple atau Google Play untuk peranti Android. Setelah memuat turun aplikasi dan mengisi butiran asas peribadi, pengguna akan diberikan keahlian seumur hidup dan diberi 200 mata ganjaran (Welcome Points) sebagai permulaan dan kemudiannya boleh digunakan untuk menebus Baucer Tunai CARiNG.
Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG ini adalah bukan sekadar 'kad keahlian digital' sahaja. Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan terbaru dan pelbagai promosi yang ditawarkan dari Farmasi CARiNG. Di paparan skrin 'HOME' aplikasi, para pengguna dapat mengakses berita terkini mengenai kesihatan dan pemakanan yang disarankan oleh pakar-pakar kesihatan. Selain itu juga, pengguna boleh mendapatkan berita mengenai pameran bergerak CARiNG, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah dan bengkel percuma juga tersedia di skrin ini. Dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan kertas, buletin suku tahunan mereka juga boleh diakses dari skrin 'HOME' aplikasi tersebut.
Dengan lebih daripada 114 cawangan Farmasi CARiNG di seluruh negara, pengguna yang menghadapi kesukaran untuk mencari cawangan terdekat, bolehlah menekan butang 'LOKASI'. Aplikasi ini akan mencari cawangan Farmasi CARiNG yang terdekat dan pengguna boleh menyimpan lokasi cawangan kegemaran mereka untuk rujukan masa depan.
Butang 'BAUCER' dalam aplikasi akan memaparkan semua baucar dan butiran pengguna, jadi anda tidak perlu lagi untuk menyimpan dan menguruskan beberapa baucar secara fizikal pada satu masa. Tidak perlu bimbang untuk mencari baucar yang hilang atau membiarkan baucer yang disimpan tamat tempoh! Pada hari ulang tahun mereka, pengguna akan diberi ganjaran baucer hari jadi sebanyak RM5 dan juga menerima 3x mata ganjaran untuk semua pembelian.
Sebagai sebuah kad loyalti elektronik, aplikasi ini memberi lebih faedah berbanding kad keahlian yang biasa. Tidak perlu untuk membawa pelbagai jenis kad ahli di dalam tas tangan atau dompet yang membebankan pengguna. Dengan hanya menekan butang 'AHLI', pengguna dapat melihat butiran nombor keahlian pengguna, kod bar untuk pengimbasan dan mata ganjaran yang terkumpul untuk penebusan. Aplikasi CARiNG juga turut menyediakan butang 'E-STORE' untuk pengguna membeli belah secara online di Farmasi CARiNG dan mengelak dari kesesakan orang ramai dan lalu lintas, demi untuk pengalaman membeli-belah yang damai dan lebih selesa di rumah.
Diakui bahawa kebanyakan pengguna telah dibanjiri dengan pelbagai jenis kad keahlian loyalti, Pengarah Urusan Pengurusan Runcit Farmasi CARiNG Sdn Bhd, Encik Chong Yeow Siang, berkata semasa pelancaran rasmi Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG, "Apakah kegunaan kad keahlian loyalti jika ia hanya duduk di rumah bersama-sama dengan dua puluh kad keahlian yang lain? Pada zaman ini, tiada siapa yang meninggalkan rumah tanpa telefon bimbit mereka, jadi Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG kami sentiasa boleh diakses setiap masa!"
En. Chong Yeow Siang, Managing Director CARiNG Pharmacy
Pada hari pelancaran tersebut di pusat membeli-belah 1 Utama, jenama seperti Tiger Balm, Allergan, Scotts, Blackmores, Dermareen, Avene, QV, Splat, Jordan, Cypress Medi, GoodMorning, Body Buddy, Hiruscar dan Brand’s telah mengambil bahagian untuk mempamerkan produk mereka dan memberi pendedahan kepada para pelanggan tentang produk mereka.
Pemeriksaan mata semasa roadshow Caring Shopper Loyalty Mobile App
Para tetamu juga disajikan dengan penampilan menghiburkan dari Mr Bean Malaysia selain juga persembahan tarian. Paling menarik, majlis pelancaran turut diserikan dengan selebriti undangan; pelakon dan pengacara TV, Dynas Mokhtar dan DJ radio 988 + pengacara 8TV, Cheryl Lee Xin Yi. Kedua-dua selebriti ini juga berkongsi pengalaman dengan menggunakan Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG.
Cheryl Lee Xin Yi dan Dynas Mokhtar berkongsi pengalaman menggunakan aplikasi Caring Shopper Loyalty Mobile App bersama William
"Sebagai seorang advokat untuk pemuliharaan alam sekitar, saya suka bahawa aplikasi ini tidak menggunakan kertas untuk newsletters, risalah promosi dan kad plastik yang berakhir di tapak pelupusan sampah. Secara keseluruhan, saya suka aplikasi ini kerana ianya mempunyai aplikasi all-in-one untuk kemas kini berita, keahlian, perbelanjaan dan pengurusan baucer terkini." kata Dynas semasa sesi interaktif dalam acara tersebut.
Bersama dengan Dynas Mokhtar
Maklum balas positif disuarakan juga oleh Cheryl, "Saya mempunyai banyak kad keahlian yang saya tidak pernah menggunakan kesemuanya kerana akhirnya saya akan menyimpannya di rumah kerana kad-kad keahlian ini secara kolektif, mengambil begitu banyak ruang dalam beg saya. Pada akhirnya, saya fikir ia tidak mendatangkan sebarang keuntungan untuk mempunyai kad keahlian yang banyak kerana saya tidak pernah menggunakannya bagi mengumpul mata atau menggunakan diskaun ahli. Malah, saya telah berhenti menyertai program kad keahlian loyalti kerana alasan ini. Tetapi dengan aplikasi ini, ianya menjadi nafas baru kerana ia menangani masalah utama dengan kad keahlian dan malah ia juga memberi saya banyak bonus!."
Bersama dengan Cheryl Lee Xin Yi
Dengan pelancaran Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG ini, kami berharap untuk menjadi lebih dekat dengan pelanggan kami dalam memberikan perkhidmatan dan produk yang lebih baik, sambil memberikan ganjaran kerana mempercayai kami dengan keperluan kesihatan dan perubatan mereka," kata Encik Chong.
Dari kiri: 988 radio DJ & hos 8TV Cheryl Lee Xin Yi, En. Chong Yeow Siang, Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy dan pelakon dan hos TV Dynas Mokhtar menerima mata ganjaran CARiNG
Semasa pelancaran itu juga, pihak CARiNG turut mengadakan pertandingan Most Creative Instagram Contest Prize Giving (3 pemenang) dan Caring Quiz Prize Giving (10 pemenang). Sangat bertuah bila Kak Bell diumum sebagai pemenang untuk kedua-dua pertandingan dan diberikan hadiah berupa 15,000 mata ganjaran untuk Most Creative Instagram Contest dan juga 30,000 mata ganjaran untuk Caring Quiz. 45,000 mata ganjaran terkumpul Kak Bell perolehi semasa hari tersebut. Bolehlah Kak Bell tebus baucer tunai ni nanti semasa membeli barangan di Farmasi CARiNG.
Pemenang Kuiz Caring bersama En. Loo Jooi Leng, Marketing Director CARiNG Pharmacy
Pemenang Most Creative Instagram
Sertai acara pelancaran Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG di pusat membeli-belah 1Utama Ground Floor Centre Court (Old Wing) dari 28 Mac - 1 April 2018 untuk tawaran yang lebih menarik sambil mengumpulkan mata untuk menebus baucar tunai.
Tags:
Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG
Event & Review
Farmasi CARiNG
Farmasi CARiNG Memperkenalkan Kad Loyalti Elektronik Sempena Program Keahlian Regular CARiNG