Selesai sudah majlis resepsi kedua-dua pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura pada Ahad lepas. Kedua-dua pasangan ini sudah mengikat tali pertunangan pada 13 November 2018 dan majlis resepsi pertama telah diadakan di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur dua minggu yang lalu. Sebelum ini, majlis resepsi pertama adalah bertemakan ‘fairytale’ dan telah diadakan pada 25 Februari 2018 khusus buat rakan dan keluarga kedua mempelai.
Bagi meraikan dan berkongsi rasa gembira sempena majlis perkahwinan mereka, pasangan Fattah Amin dan Fazura turut mengadakan majlis resepsi khas buat peminat mereka pada 11 Mac 2018 lalu bertempat di Royale Palace, Shah Alam. Bila Fazura memuat naik jemputan di laman IG beliau, terus berpusu-pusu komen fans dia melahirkan rasa kegembiraan untuk hadir ke majlis tersebut.
Untuk resepsi kedua ini, mereka menjemput seramai 5,000 orang peminat yang hadir untuk berkongsi kegembiraan dan untuk menghargai peminat yang sering menyokong Fattah dan Fazura selama ini. Tema yang dibawakan pada hari tersebut ialah tema tradisional.
Saat sampai di Royale Palace, Shah Alam, suasana di ruang masuk dewan memang meriah dan penuh sesak dengan peminat Fattah Amin dan Fazura. Sebenarnya, terdapat 2 sesi untuk resepsi kedua tersebut dan sesi kedua bermula pada jam 2.30PM. Kelihatan, kebanjiran para peminat mereka menunggu untuk masuk ke dewan, hinggakan Kak Bell sendiri berpeluh-peluh sabar menanti saat untuk masuk ke dalam dewan.
Kredit photo @king8dd
Kedua-dua majlis resepsi tersebut menggunakan sentuhan khidmat perancang majlis terkenal Reka Teemor. Patutlah peminat sayangkan mereka berdua. Walaupun hanya untuk peminat, majlis tersebut menyaksikan pelamin yang dihiasi indah dan mewah. Memang sangat grand dan respect pada Fattah Amin dan Fazura!
Cuba tengok keadaan dewan dari bahagian hadapan. Mewah dan cantik kan?
Semestinya suasana dewan gamat bila kedua mempelai masuk ke dalam dewan. Bayangkanlah bila kedua-dua peminat pasangan sensasi ni bergabung. Memang sangat cocok dan sepadan sangat mereka berdua ni. Sama cantik, sama padan kata orang. Tak berkedip mata kita tengok Fattah Amin dan Fazura dengan busana tradisional berona biru. Memang persis putera dan puteri raja. Kagum dengan mereka yang sangat sporting untuk 'selfie' dengan para peminat sepanjang walkaway tu!
Kat bawah ni korang sedikit sedutan video semasa Fattah Amin dan Fazura masuk ke dalam dewan untuk bersanding di pelamin. Memang sangat cantik dan hensem si Fazura dan Fatah. Makan hati berulam jantung tak? Hehe.
Gambar Sekitar Majlis Resepsi Ke-2 Fattzura Bertemakan Tradisional
Kredit photo @king8dd
Kredit photo @king8dd
Lovely Fazura!
Para tetamu juga dihiburkan dengan beberapa lagu daripada Bob Yusof, Khai Bhar, Syura, Fazli Zainal dan beberapa artis lain. Lama tak dengar Bob menyanyi. Memang tak perlu dipertikaikan dengan vokal Bob. Sesambil makan tu, kaki Kak Bell macam nak pergi berjoget pula bila dengar lagu asli nyanyian beliau.
Dah kebetulan duduk dengan artis-artis ni, tentulah Kak Bell tak lepaskan peluang nak bergambar. Special dapat bergambar dengan Datuk Jimmy Choo!
Sedondon pula baju dengan Khai Bahar!
Bersama Datuk Jimmy Choo
Syura Badron
Pasangan ini boleh jadi contoh kepada selebriti lain untuk sentiasa menghargai peminat. Bersama kita doakan perkahwinan Fazura dan Fattah akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Tags:
Fattah Amin
Fattzurafairytales
Hiburan
Nur Fazura
Reka Teemor
Sekitar Majlis Resepsi Ke-2 Fattzura Bertemakan Tradisional