Rawr! Mighty Monster Character Cafe & Bar Kini Di Buka Di MyTown Shopping Centre! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Rawr! Mighty Monster Character Cafe & Bar Kini Di Buka Di MyTown Shopping Centre!

Trending

Rawr! Mighty Monster Character Cafe & Bar Kini Di Buka Di MyTown Shopping Centre!

Mighty Monster, sebuah kafe & bar yang membawa konsep karektor raksasa kini telah dibuka di MyTown Shopping Centre pada 16 Mac 2018 yang lepas. Lebih daripada 200 orang tetamu telah dijemput untuk memeriahkan acara pembukaan rasmi cafe tersebut disamping mencuba menu hidangan unik di sini. Bagi yang belum pernah ke sini, ianya terletak bersebelahan sahaja dengan IKEA Cheras. 

Rawr! Mighty Monster Character Cafe & Bar

Kafe terbaru ini menghidangkan seleksi menu 'Australian brunch' yang telah diolah dengan citarasa tempatan sejak tahun 2017 lagi. Mighty Monster, merupakan sebuah kafe pork-free yang menyajikan gabungan masakan Asia dan Barat yang menarik, merupakan sebuah kafe yang boleh dikategorikan sebagai sebuah kafe dengan pelbagai menu.

Saat tiba di kafe ini, terus tertarik dengan dekorasi dan suasana disini. Konsep yang amat berbeza dengan dinding cafe yang dibuat dari pintu-pintu lama dan dihias dengan gantungan botol di satu bahagian bumbung kafe. Mempunyai 2 bahagian ruang makan di dalamnya termasuk bahagian bar. Terdapat juga bahagian outdoor di bahagian bar.

Rawr! Mighty Monster Character Cafe & Bar

Rawr! Mighty Monster Character Cafe & Bar

Rawr! Mighty Monster Character Cafe & Bar

Rawr! Mighty Monster Character Cafe & Bar

Rawr! Mighty Monster Character Cafe & Bar

Mighty Monster adalah jenama dan personaliti yang dicipta dan dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Cobber yang diasaskan oleh Adam Ooi dan Tommy Swee sebagai pengasas bersama. Mereka berdua mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri F&B dan mengamalkan prisnsip "Forgive, Share & Always Remember Where You Began". Menu fusion istimewa di sini dicipta dan diinspirasikan oleh Ketua Chef Andrew Karmajana yang berasal dari Indonesia. Mempunyai pengalaman sebagai chef di Australia dan juga Indonesia memberi inspirasi kepada beliau untuk mencipta satu kelainan dalam menu yang dihidangkan di Mighty Monster.

Rawr! Mighty Monster Character Cafe & Bar

Berikut di antara menu hidangan yang ada di Mighty Monster. Detailing dalam English sebab lebih sedap di baca. Terus rasa macam nak makan. Hehe.

Monster Burger
Signature beef brisket patty, creamy mac, and cheese, sunny-side up egg, iceberg lettuce, fresh tomatoes, pickled jalapenos with a secret sauce in between charcoal buns and a side of rustic potatoes.

Monster Burger
RM38
Hulk Smash
Smashed avocado, confit cherry tomatoes, poached eggs, and cucumbers on multigrain tumeric toast topped with pumpkin seeds and a side of seasonal greens with balsamic glaze.

Hulk Smash
RM28

Sweet Escape 
A slice of housemade fruit bread with berry gel. mixed berries, mini pretzels, banana chips, avocado ice cream, cocunut crumbles on peanut butter sauce.

Sweet Escape

Seterusnya ni, Kak Bell letakkan semua menu yang ada pada masa hari perasmian tersebut. So, enjoy tengok gambar makanan ni semua ye!

Grandma Chicken Satay Burger
 
Grandma Chicken Satay Burger

Cured Salmon Fillet

Cured Salmon Fillet

Truffle Mac & Cheese
 
Truffle Mac & Cheese

Chicken Yakitori
 
Chicken Yakitori


Crab Croquetas
 
Crab Croquetas

BBQ Pulled Lamb Shoulder

BBQ Pulled Lamb Shoulder

Calamari & Watermelon Salad

Calamari & Watermelon Salad

Spicy Asian Scrambled Eggs
 
Spicy Asian Scrambled Eggs

Peking Duck Gyoza

Peking Duck Gyoza


Dulce De Leche Lava Cake

Dulce De Leche Lava Cake

Mighty Waffle

Mighty Waffle

Bombe Alaska

Bombe Alaska

Mighty Monster Drinks

Outlet kedua Mighty Monster akan dibuka di IPC, Kota Damansara pada June 2018 nanti. Selain itu juga, mereka akan melancarkan Monster Coffee Lab salah satu perancangan dalam Monster Project, iaitu sebuah QSR (quick service restaurant).

Semua menu yang Kak Bell rasa pada hari tersebut, memang menepati citarasa. Sangat sukakan Peking Duck Gyoza dan kuah pencicah gado-gado yang tersangatlah sedap! Lagu yang dimainkan pun pelbagai dari lagu Inggeris ke lagu Peter Pan pun ada. Tempat yang sesuai untuk bersantai sambil menikmati hidangan istimewa disini.

Mighty Monster
G-019, MyTown Shopping Centre
Kuala Lumpur
Sun-Wed : 10AM-12AM
Thu-Sat : 10AM-2AM
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post