Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Frasa yang biasa kita dengar. Siapa
yang tdak sukakan benda yang cantik bukan? Bohonglah jika tidak berasa iri
bila melihat orang yang cantik. Walaupun tidak persis seorang model,
pastinya kita mahu penampilan yang menarik dan sedap mata memandang. Zaman
sekarang, lelaki yang handsome mengalahkan perempuan pun ada dalam
bab menjaga hal kecantikan. Jangan cakap kecantikan luaran itu tidak
penting. Walau apapun, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting. Elok
budi pekerti dan cantik pula, siapa yang tidak berkenan?
Bercerita tentang kecantikan, pastinya korang pernah dengar tentang
rawatan estetik (aesthetic treatment) bagi meningkatkan
penampilan kosmetik. Terdapat pelbagai jenis rawatan estetik seperti rawatan
terhadap kesan parut, keletihan kulit, kedutan, lemak yang berlebihan,
selulit dan sebagainya. Semua prosedur rawatan ini menjadi rawatan yang
semakin popular bagi mengatasi permasalah kosmetik. Paling penting, perlunya
kita memastikan setiap rawatan yang bakal dilakukan adalah selamat, berkesan
dan haruslah mendapatkan perkhidmatan estetik daripada klinik yang berlesen
dan bertauliah.
Gambar bersama Dr. Foo Wing Jian
Baru-baru ini, Kak Bell telah mendapatkan rawatan
PRP (Platelet Rich Plasma) di
Premier Clinic
cawangan TTDI. Klinik Premier ini menyediakan pelbagai prosedur estetik
tanpa pembedahan dan rawatan laser canggih dan merupakan di antara 3
klinik kecantikan estetik yang terkemuka di Malaysia.
Dalam usia yang dah menginjak ke siri 40 ni (beberapa tahun sahaja
lagi), memang perlu memberi perhatian yang lebih sedikit dalam penjagaan
wajah. Masalah kedutan sana-sini, kulit dehydrated, jeragat dan
kulit kusam memang menjadi igauan ngeri bagi kita semua.
Walaubagaimanapun, Kak Bell still nampak awet muda kan? Sekali-sekala,
angkat bakul buat diri sendiri! Siapa tak suka bila orang cakap umur
macam 27 tahun kan! Kak Bell memilih untuk lakukan rawatan PRP ini bagi
mengurangkan kesan parut jerawat, masalah eye bag, kedutan wajah dan
bagi meningkatkan keremajaan wajah.
Apa Itu PRP (Platelet Rich Plasma)?
PRP adalah rawatan yang semakin 'trending' dan sangat berkesan
untuk kecantikan dan anti-penuaan. Rawatan ini amat selamat
kerana ianya menggunakan darah kita sendiri dalam proses rawatan. Tiada
bahan kimia atau sebarang bahan campuran yang lain selain daripada sel
darah platelet daripada badan kita sendiri. Facelift tanpa pembedahan
ini juga turut dikenali sebagai rawatan terapi 'Vampire' atau
'Dracula'. Terdapat 3 langkah asas dalam rawatan PRP iaitu
pengambilan darah, pengasingan plasma darah bagi mendapatkan
platelet-rich plasma (plasma prp) dan proses memasukkan semula ekstrak tersebut ke
dalam kulit.
PRP dilakukan dengan mengambil darah di bahagian lengan dan darah akan
diproses dengan menggunakan mesin centrifuge khas untuk
mengasingkan sel darah, platelet dan serum darah. Kemudian, doktor
kecantikan akan menyuntik PRP yang telah diproses ke bahagian wajah yang
perlu dirawat. Selain muka, PRP boleh dilakukan di pelbagai bahagian
badan seperti prp untuk lutut bagi merawat penyakit arthritis, kulit kepala untuk
masalah rambut, bahagian kelamin untuk merawat masalah tenaga batin dan
sebagainya.
Pengambilan darah pasien
Pada hari tersebut, Kak Bell mendapatkan konsultasi dan rawatan dari
Dr. Foo Wing Jian. Segan pula rasanya bila melihat kulit wajahnya yang
sihat. Dalam sesi tersebut, Dr. Foo telah menerangkan tentang cara
rawatan dan kebaikan rawatan PRP ini. Menurut beliau, kaedah rawatan PRP
memang sangat efektif untuk atasi masalah pada kulit wajah Kak Bell.
Beliau fokuskan pada masalah lingkaran bawah mata, kedutan pada dahi,
mata, laugh line dan juga akan pada kesan parut jerawat pada muka
Kak Bell. Perasaan takut tu, memang ada sebab pertama kali menjalani
prosedur sebegini. Bercampur baur juga perasaan tapi masih kekal tenang
demi nak cantik! Dr. Foo menyakinkan bahawa prosesnya sekejap sahaja dan
Kak Bell pasti akan berpuas hati dengan hasilnya nanti. Jom teruskan
pembacaan untuk review sesi rawatan PRP.
Setelah darah diambil sebanyak 30ml-60ml (bergantung kepada kawasan
yang nak dirawat), darah akan diproses menggunakan mesin
centrifuge khas bagi mendapatkan platelet rich plasma. Seperti kita sedia maklum, tubuh badan kita mempunyai keupayaan untuk
penyembuhan sendiri. Jika tubuh badan kita luka, platelet darah akan
bertindak sebagai penutup luka dalam mekanisme pembekuan darah.
Begitulah fungsi tugas platelet untuk proses pembaikan tisu.
Walaubagaimanapun, terdapat bahagian tubuh badan kita yang lambat
sembuh disebabkan kurangnya peredaran darah untuk konstruk pembaikan
tisu tersebut. Platelet Rich Plasma yang diekstrak dalam
konsentrasi yang tinggi di atas paras normal ini, digunakan untuk
menyembuhkan dan memperbaiki tisu dengan lebih efisien bila disuntik
terus terus ke bahagian yang ingin dirawat. Platelet tersebut
merupakan protein yang mempunyai faktor pertumbuhan
(growth factors) bagi menyokong pertumbuhan sel kulit baru dan
meningkatkan penghasilan kolagen. Masa diambil hanya 9 minit untuk
mengasingkan PRP dari sampel yang diambil dari lengan Kak Bell
tadi.
Alhamdulillah dah selamat melahirkan. Hehe
Jumlah PRP yang telah diekstrak untuk rawatan
Seterusnya, terlebih dahulu muka akan dibersihkan dari sebarang cela
dan wajah akan disapu dengan numb cream untuk kebaskan muka
supaya proses suntikan platelet pada wajah tidak sakit. Proses diambil sekitar 30-40 minit pemakaian sebelum proses suntikan
dibuat. Semasa pemakaian, tidak terdapat perbezaan sensasi rasa pada
wajah, rasa normal seperti meletakkan krim muka yang biasa. Proses
lanjut, korang boleh tengok pada video yang Kak Bell akan kongsikan di
bawah nanti.
Keadaan dalam bilik rawatan
Sampai lupa nak tutup mulut! Haha
Krim kebas tadi akan dibersihkan dan proses suntikan bermula. Bermula
dengan bahagian mata dan seterusnya ke bahagian lain muka. Pembantu
doktor akan menghidupkan vibrator (seperti dalam gambar)
dan pesakit hendaklah fokus kepada vibrator tersebut bagi
mengurangkan fokus terhadap suntikan. Disebabkan pertama kali
lakukan proses ni, agak sukar juga Kak Bell hendak fokuskan kepada
vibrator tu, sekali-sekala memang terfokus kepada jarum suntikan! Masa
suntikan dilakukan, mesti dalam keadaan tenang supaya tekanan darah
kita normal. Walaupun Kak Bell nampak tenang, sejuk juga tapak kaki
dibuatnya!
Suntikan untuk eye bag dan kedutan bawah mata
Suntikan untuk acne scar
Suntikan untuk laugh line
Untuk suntikan PRP ni sebenarnya agak sakit. Tipulah kalau tak sakit
bila kena jarum suntikan. Untuk rawatan kesan parut jerawat, suntikan
bius setempat (local anaesthetic) akan dikenakan pada bahagian
yang memerlukan suntikan secara terus PRP. Suntikan bius
setempat ini lebih sakit sedikit berbanding suntikan semasa
menyuntik PRP. Tetapi korang semua tak perlulah risau kerana skala kesakitan itu
tidaklah sesakit mana.
Setelah siap semua proses suntikan PRP, proses terakhir adalah
menggunakan LED Phototherapy bagi mengurangkan kesan bengkak,
wound healing serta mengurangkan kesan kesakitan. Lampu dalam
bilik rawatan akan ditutup dan proses mengambil masa dalam 15
minit.
LED Phototherapy
Keseluruhan proses rawatan PRP ini mengambil masa 2 jam 30 minit
bergantung kepada proses PRP yang dijalankan terhadap seseorang pesakit.
Masa dah siap tu, memang terasa muka macam bengkak sangat tetapi
sebenarnya tidak. Kesan bengkak akan ambil masa dalam 2 hingga 3 hari
untuk surut bergantung juga kepada banyak mana PRP yang telah dibuat.
Nanti akan dibekalkan krim antibiotik dan rejuveneting cream untuk di
sapu pada bahagian muka yang terlibat dengan proses suntikan. Dalam
tempoh seminggu, perlu memakai sunblock dan pelembap muka dan elakkan
dari terkena pancaran terus sinaran matahari.
Kesan optimum boleh dilihat setelah beberapa minggu dan kesannya juga
berbeza terhadap individu. Jadi, adalah penting untuk mendapatkan
nasihat doktor dahulu sebelum rawatan dijalankan ye. Untuk video rawatan
PRP bolehlah tonton di bawah. Jangan lupa like, komen dan subscribe
ye!
Kesan After Treatment PRP
Selepas sehari rawatan, kawan-kawan office ada tegur nampak
perbezaan pada muka Kak Bell selepas menjalani rawatan PRP. Memang
kulit lebih sihat dan pori-pori wajah juga kurang kelihatan.
Kulit lebih bersinar, kesan kedutan pada bahagian mata, dahi dan garis
senyum pun dah berkurangan! Kesan jerawat dalam pada wajah Kak Bell
pun dah berkurang selepas 5 hari menjalani rawatan PRP. Memang
berbaloi dan efektif kesan regerasi semula kulit pada bahagian kesan
jerawat tersebut. Suka sangat! Sangat instant!
Memang Kak Bell gembira terhadap kesan efektif PRP dalam merawat
masalah kosmetik pada wajah sendiri. Boleh nampak kesannya yang
menakjubkan. Terima kasih kepada Premier Clinic terutamanya kepada Dr.
Foo dan staff yang lain. Layanan dan servis disini sangat baik dan
pastinya Kak Bell akan kembali untuk rawatan PRP lagi.
Kepada pembaca blog Kak Bell atau sesiapa sahaja kawan korang yang
nak dapatkan rawatan di sini, bolehlah gunakan nama Bella Jamal untuk
dapatkan tawaran istimewa untuk rawatan. Sebut sahaja nama
Bella Jamal, InsyaAllah ada tawaran menarik menanti korang!
Let's cantik!
Untuk dapatkan khidmat rawatan PRP ini, atau rawatan yang lain di
Premier Clinic, bolehlah terus ke cawangan-cawangan seperti di
bawah:
TTDI:
31,Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur.
*Same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi center
BANGSAR:
40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.
*Same row as Post Office and next to Raj Banana Leaf Mamak
stall
PUCHONG:
G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100
Puchong, Selangor
* Same row as RHB Bank and Paparich Restaurant
KL CITY:
A-0-8 Megan Avenue 1 , 189 Jalan Tun Razak , 50400 Kuala Lumpur
*Opposite new China Embassy (China Visa application place)