Energizer Shop In The Dark 2018 Menawarkan Hadiah Lumayan Bernilai RM120,000! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Energizer Shop In The Dark 2018 Menawarkan Hadiah Lumayan Bernilai RM120,000!

Trending

Energizer Shop In The Dark 2018 Menawarkan Hadiah Lumayan Bernilai RM120,000!

Energizer Malaysia Sdn Bhd, salah satu daripada pengeluar bateri utama terbesar di dunia dan Pembuat Bateri Paling Tahan Lama Di Dunia telah melancarkan Energizer Shop In The Dark 2018 dengan mengembalikan pertandingan popular ini untuk tahun ke tiga berturut-turut. Pertandingan yang kini lebih besar dan lebih baik, menawarkan hadiah menarik bagi pemenang kempen Energizer Shop In The Dark tahun 2018.

One of the participants of the Energizer Shop In The Dark 2018 
virtual reality game at the roadshow

Majlis pelancaran yang diadakan pada 16 Mac 2018 bertempat di Concourse Old Wing, One Utama Shopping Centre, dirasmikan oleh Mr Alberto Ramirez-Icaza, Senior Director - Developing Markets, Energizer Holdings Inc dan Mr Aaron Abner Ang, Senior Brand Manager - Malaysia, Singapore & Indonesia, Energizer Holdings Inc. Bagi tahun ini, 10 finalis akhir akan berpeluang memenangi voucher membeli belah sehingga RM120,000 dalam kempen Energizer Shop In The Dark.


“Berikutan maklum balas mengujakan serta penyertaan yang memberangsangkan daripada orang awam bagi kempen Energizer Shop In The Dark yang telah dianjurkan sejak dua tahun lalu memberi motivasi kepada kami untuk mengembalikannya untuk tahun ketiga, tetapi dengan menjadikannya lebih mengujakan! Kami menawarkan hadiah yang lebih besar dan memperkenalkan lebih banyak cara untuk menyertai pertandingan pada tahun ini, jadi jangan lepaskan peluang anda! Kami menjadikan siri jelajah dan cabaran Realiti Maya kami di siri jelajah ini lebih mudah disertai, dengan mengadakan siri jelajah di lebih 60 lokasi di tujuh bandar sekitar Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak buat pertama kalinya,” kata Aaron Abner Ang, Pengurus Besar Kanan - Malaysia, Singapore & Indonesia, Energizer Holdings Inc.

L to R - Mr Lee Kim Chye (Energizer Business Director - Malaysia, Singapore and Indonesia) and Mr Alberto Ramirez-Icaza (Senior Director - Developing Markets, Energizer Holdings Inc)

Semasa pelancaran rasmi tersebut, pihak penganjur turut menyediakan aktiviti menarik bagi yang hadir untuk mencuba sendiri permainan cabaran Realiti Maya (VR Challenge). Buat pertama kalinya juga, Kak Bell tak melepaskan peluang untuk mencuba permainan ini. Pada mulanya agak kekok kerana tidak pernah mencuba permainan Virtual Reality (VR)! Dalam cabaran ni, peserta perlu membeli belah dalam gelap dan dapatkan senarai barangan yang dipaparkan pada skrin. Disebabkan cabaran adalah di dalam keadaan gelap, pemain perlu mengutip bateri Energizer supaya lampu kekal menyala. Terkial-kial juga Kak Bell bermain permainan tersebut disebabkan kadar gerakan terlalu laju dan tak dapat identify barangan yang diperlukan. Setelah 2 kali percubaan, cuma 3 markah sahaja yang diperolehi. Jika salah kutip barangan akan minus 1 markah. Walaupun 3 markah, Kak Bell seronok sebab dapat mencuba pengalaman baru.



Tarikh penyertaan bagi Energizer Shop In The Dark tahun ini dibuka bermula 14 Mac sehingga 31 Mei 2018. Penyertaan boleh dilakukan mulai 14 Mac dengan menyertai cabaran Realiti Maya di lokasi siri jelajah atau mulai 15 Mac dengan menghantar borang kemasukan secara online atau pos, atau bermain permainan di www.sitd2018.com.my. Pengguna boleh menyertai pertandingan ini menerusi salah satu atau kesemua tiga-tiga cara, menjadikannya lebih mudah untuk orang awam daripada negeri luar lokasi siri jelajah untuk menyertainya. Setiap penyertaan menerusi cabaran Realiti Maya dan borang penyertaan perlu menyertakan resit pembelian berjumlah RM15 dan keatas bagi produk Energizer atau Eveready.


VR Challenge Shop In The Dark

Sejumlah 10 finalis akan dipilih iaitu 6 finalis daripada cabaran Realiti Maya, 3 finalis daripada penyertaan borang pertandingan dan 1 finalis daripada penyertaan permainan dalam talian. Kesemua kesepuluh finalis ini, akan menyertai pertandingan akhir di mana peserta akan diberi masa 10 minit untuk membeli-belah barangan bernilai sehingga RM12,000 bagi setiap finalis! Menarik bukan? Pertandingan akhir ini akan diadakan di sebuah lokasi pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.


Orang awam boleh melayari microsite khas bagi Energizer Shop In The Dark 2018, bagi mengetahui informasi menyeluruh berkenaan pertandingan berkenaan dan senarai penuh lokasi siri jelajah serta cara penyertaan dan peraturan pertandingan bagi Energizer Shop In The Dark 2018. Orang awam juga boleh menghantar penyertaan secara online dan bermain permainan di microsite tersebut. Bagi peminat permainan VR dan permainan dalam talian bolehlah sertai pertandingan ini.

Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai kempen Energizer Shop In The Dark 2018, boleh layari www.sitd2018.com.my dan juga dapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti di laman Facebook Energizer.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post