Resepi Ayam Bali Pasti Terangkat! - Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Ayam Bali Pasti Terangkat! - Bella Jamal

Trending

Resepi Ayam Bali Pasti Terangkat! - Bella Jamal

Resepi Ayam Bali Pasti Terangkat! - Bella Jamal | Hi Korang. Dah masuk sepurnama dah tak berkongsi resepi. Kononnya sibuk sangat mengejar dateline untuk kerja yang lain. So far, alhamdulillah semua dah siap sebab memang Kak Bell jenis nak bagi siap semua kerja. Sakit kepala memikirkan kalau ada kerja tertangguh. Berikutan kes kucing Kak Bell yang kena FLUTD tempohari, masih lagi dalam tempoh pengawasan untuk seminggu. Dia pun dah mula makan daminum dah melegakan hati Kak Bell. Tetapi kerisauan tu masih ada, takut perkara sama berulang. Berharap sangat dia sembuh. Perkara yang dah berlalu tu Kak Bell jadikan pengajaran dan iktibar sahajalah. Yang mana nak berkongsi rasa atau baca pengalaman bolehlah tengok di label menu My Pet ya.

Resepi Ayam Bali Pasti Terangkat!

So, cerita semalam Kak Bell cuti dari kerja dan rajinkan diri memasak. Nak keluar pun malas sebab nak jaga anak dirumah. Resepi masakan ni dah pernah cuba sebelum ni dan dah kongsikan di FB dan IG. Cuma kongsikan gambar sahaja. Tak sempat nak tulis resepinya. Kiranya, repeat order lah ni. Jadi Kak Bell kongsikan Resepi Ayam Masak Bali yang mudah dengan gambar lebih 'fresh'lah kononnya. Nak tarik minat orang lain mencuba, mestilah tunjukkan hasil yang cantik dan menarik. Selain tu, haruslah kena sedap. Nanti kena cerca pula jikalau tak sedap atau tak menjadi. InsyaAllah resepi Kak Bell ni mudah dan pasti jadi punya. Testimoni bebudak opis pun semua cakap sedap. Tak pernah lagilah cakap tak sedap. Sekali-sekala kita angkat bakul! Boleh juga kalau korang nak nak refer resepi ayam bali Che Nom. Kalau dah boring dengan resepi ayam yang hitu-hitu je, bolehlah cuba menu ayam Bali ni.



Resepi Ayam Bali
Yang ni gambar ayam sambal bali lama dengan resepi yang sama 

Cara memasak ayam masak bali viral ni sama sahaja seperti cara memasak ayam masak merah. Kelainannya adalah pada penggunaan jumlah serai yang lebih banyak dan juga daun kari yang dimasukkan semasa menumis. Pertama kali rasa masakan ni, ingatkan kena campurkan serbuk kari tetapi tidak. Rasa daun kari dan bau serai memang memberikan rasa yang berbeza pada masakan ni. Nanti kalau sedap bolehlah cuba masak untuk 1 ekor ayam ala-ala kenduri macam tu. Let's tengok resepinya.


Bahan A
10 ketul bahagian ayam
5 batang serai(dititik)
5 tangkai daun kari
2 sudu besar kicap manis
Cili kisar
Minyak masak
Serbuk kunyit
Gula melaka
Gula pasir
Garam

Bahan B (bahan kisar)
3 biji bawang besar
4 biji bawang merah
7-10 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci belacan

Resepi Ayam Bali Pasti Terangkat!


Resepi Ayam Bali Pasti Terangkat!

Cara memasak:

1) Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan gorengkan hingga separuh masak dan ketepikan.
2) Tumis serai sehingga berwarna sedikit coklat.
3) Kemudian masukkan daun kari dan tumis hingga naik bau dan garing (pastikan tak hangit).
4) Masukkan cili kisar dan kisar halus (Bahan B), masak sehingga pecah minyak.
5) Masukkan ayam, kicap manis dan masukkan gula melaka secukupnya.
6) Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa untuk kurangkan rasa pedas.
7) Tambahkkan sedikit air untuk lebihkan kuah dan kacau hingga kuah pekat.


Resepi Ayam Bali Pasti Terangkat!


TIPS!

  • Boleh gunakan lebih serai dan daun kari ikut suka hati.
  • Lebihkan minyak (anggaran yang sesuai dengan cili kisar) masa menumis supaya sambal betul-betul masak.
  • Gula pasir, gula melaka sesuaikan dengan rasa kegemaran sendiri.
  • Tambahkan kicap sekadar untuk jadikan warna sambal lebih menarik.

Yeay! siap dah masakan Ayam Masak Bali. Memang rasanya mengancam. Masa makan malam tu sempat juga masak baby sawi. Kak Bell kalau makan mesti nak kena ada sayur, then ada yang berkuah sikit. Baru selera nak makan. Tetiba pula Kak Bell rasa lapar pagi-pagi buta ni. Huhuhu. Nak makan ke tak?? Selamat mencuba dan menahan nafsu makan ya. Kay Bye!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post