Pakej Perkahwinan Menarik AMBASSADOR PUTRAJAYA Dari HANANA GROUP Sdn. Bhd - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pakej Perkahwinan Menarik AMBASSADOR PUTRAJAYA Dari HANANA GROUP Sdn. Bhd

Trending

Pakej Perkahwinan Menarik AMBASSADOR PUTRAJAYA Dari HANANA GROUP Sdn. Bhd

Dari mana punai melayang? Dari pagar turun ke padi
Dari mana datangnya sayang? Dari mata turun ke hati
Keluar asap berbunga-bunga, Itu petanda nak pendek usia
Cincin dijari memang ada yang punya, Tapi biarlah dulu jadi rahsia

Zaman sekarang, masing-masing berlumba mahukan hari bahagia yang gah, maklum sahajalah jadi raja sehari kan! Pastinya semua mahukan yang terbaik di hari majlis. Bila bercerita tentang hal majlis perkahwinan, hal kewangan menjadi keutamaan. Nak fikirkan pemilihan dewan, pelamin, katering, jurugambar dan sebagainya. Jika tidak diurus dengan hemat, pastinya kos akan meningkat, silap-silap boleh dibebani hutang setelah majlis berakhir. Jika semuanya datang dalam satu pakej lengkap, pastinya lebih mudah kan?


Sekarang ni, kebanyakan vendor perkahwinan datang dalam satu pakej lengkap bagi memudahkan majlis berlangsung. Bagi bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan di sekitar Putrajaya, terdapat Pakej Perkahwinan Lengkap disediakan oleh Ambassador Putrajaya, anak syarikat Hanana Group Sdn. Bhd. Ambassador Putrajaya yang terletak di Presint 15 Putrajaya, merupakan lokasi yang strategik untuk meraikan majlis istimewa terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan Putrajaya. Selain pakej perkahwinan, turut ditawarkan pakej untuk majlis-majlis istimewa lain seperti sambutan hari jadi, majlis makan malam, sambutan ulangtahun perkahwinan, majlis akikah, majlis graduasi, peragaan fesyen dan sebagainya.



Pakej lengkap perkahwinan yang ditawarkan oleh Ambassador Putrajaya diantara ialah:
  • Dewan perkahwinan + dekorasi dewan
  • Set persalinan lelaki & perempuan
  • Pelamin
  • Andaman
  • Jurufoto (termasuk photoshoot, album gambar dll)
  • Katering (1000 pax)
  • Meja makan utama (10 pax)
  • Tea corner
  • DJ & sistem PA

Dewan utama yang mampu menampung seramai 1000 tetamu untuk hidangan bufet dan 300 tetamu dalam satu masa berada di tingkat bawah, manakala dewan kedua pula berada di tingkat 3. Ruang dewan memang sangat selesa, ditambah pula dengan dekorasi dewan yang cantik. Tempat penginapan juga ada disediakan di tingkat 2 bagi memudahkan pelanggan yang datang dari jauh untuk menginap.


Ruang dewan utama

Ruang dewan di tingkat 3

Pemilihan pelamin adalah bergantung kepada pakej yang diambil. Walau apa-pun semuanya boleh dirunding dan disesuaikan dengan pakej dan tema majlis tersebut. Berikut diantara bentuk pelamin yang disediakan oleh Ambassador Putrajaya. Semuanya menarik dan classy!






Untuk hidangan katering juga bergantung kepada pakej. Sekiranya mahukan menu atau hidangan tambahan bolehlah berbincang dengan pihak katering. 'Food Testing' juga disediakan oleh pihak katering nanti.



Butik pengantin turut berada bersebelahan sahaja dengan dewan di tingkat 3 ini. Pengantin boleh memilih baju atau menempah busana perkahwinan mengikut tema, warna dan rekaan pilihan mereka sendiri. Untuk 'custom made' busana kahwin, harganya boleh dirunding mengikut bajet. Janganlah pula dengan budget tak munasabah, korang nak baju pengantin ala-ala yang tak masuk akal kan!

Tanjak

Koleksi busana perempuan

Semua busana kahwin di sini memang cantik sangat. Cakap sahaja nak tema apa, semua boleh. Nak tema garden, tema jawa, tradisonal, songket, peplum, ala-ala fairy tale semua ada. Paling best, bila Kak Bell diberi peluang menggayakan design terbaru mereka. Kedua-dua baju ni memang cantik sangat dan Kak Bell suka! Berangan sekejap jadi princess!
            
Ada ke Tuan Putera nak Cinderella ni? Haha


Kak Adza dengan busana Songket

Atie Hilmi menggayakan busana batik Jawa

Ellie Toh menggayakan baju Peplum

Jueliza Zamani dengan busana Songket Tenun

Siapa bini muda ni? Haha

Untuk pakej perkahwinan yang lengkap ini menawarkan harga yang sangat berpatutan bermula dari RM25,000 hingga RM48,000. Maklumat lanjut tentang pakej dan lauk-pauk katering, korang boleh rujuk pakej berikut.




Pengarah Urusan Hanana Group iaitu Puan Norfazlin Abd Ghafar atau lebih dikenali sebagai Lin mempunyai pengalaman lebih 8 tahun dalam bidang ini dan terlebih dahulu mula dengan bidang katering. Butik asal terdahulu terletak di Bangi dan kini berpindah lokasi di Putrajaya yang lebih strategik dan selesa untuk sebarang majlis dan acara. Setiap perkara yang berkaitan memang sangat dititik-beratkan untuk kepuasan pelanggan.

Rakan blogger yang hadir bersama dengan Pengarah Urusan Hanana Group,
Puan Norfazlin Abd Ghafar

Bagi bakal pengantin yang masih tercari-cari pakej perkahwinan yang lengkap dan menarik bolehlah dapatkan khidmat dari hujung kaki hingga ke hujung rambut dengan Ambassador Putrajaya. Sempena dengan promosi pembukaan Hanana Group di Putrajaya, terdapat diskaun sebanyak RM10,000 bagi beberapa pakej perkahwinan. Tawaran ini adalah terbuka sehingga kuota telah dipenuhi. Kak Bell pun tengah tunggu tepak sireh ni, sampai sekarang tak kunjung tiba. Mana tuan Putera kita ni ya?

Macam Kak Bell pula yang naik pelamin kan?

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh hubungi:

AMBASSADOR PUTRAJAYA
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post