Hokkaido Miso Japanese Ramen Tasteful? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Hokkaido Miso Japanese Ramen Tasteful?

Trending

Hokkaido Miso Japanese Ramen Tasteful?

Teman baik masa makan tengah malam dan ketika hujan, tentunyalah mi segera kan! Kalau dah datang malas nak memasak, otak jammed nak masak apa, jawapannya masak instant noodle. Tak dinafikan memang mi segera sangat popular di seluruh dunia sebab murah, tahan lama, mudah disediakan dan ada pelbagai perisa. Tambah pula bila tengah under bajet kan. Memang mi segeralah kita capai. Sebenarnya ianya kurang sihat sekiranya mi segera dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Jadi, pepandai sendirilah ye. Sekali-sekala makan oklah.

Hokkaido Miso Japanese Ramen

Cerita balik kerja semalam, Kak Bell cuba masak mi segera ramen keluaran NISSIN Singapore. Ramen Jepun keluaran NISSIN ni ada sijil HALAL dan boleh juga didapati di supermarket di Malaysia. Ada 3 jenis ramen ni iaitu Hokkaido Miso, Kyushu Black dan Tokyo Shoyu. Yang Kak Bell masak ni Hokkaido Miso Japanese Ramen. Kalau di Jepun, tekstur dan rasa ramen ni pelbagai dan berbeza mengikut tempat. So, ramen yang Kak Bell cuba ni adalah rasa ramen Hokkaido. Hokkaido Miso ni gunakan Miso powder untuk beri rasa Miso pada sup, ada rumpai laut Wakame dan juga seasoning oil. Miso ni kalau korang nak tahu diperbuat dari kacang soya yg diperam dengan garam dan sejenis fungus yang dikenali sebagai kōji. Miso ni juga ada macam-macam rasa bergantung kepada tempoh ianya diperam. 


Kalau Tokyo Shoyu ramen pula, ada rasa Umami dan rumpai laut Nori dan Kyushu Black gunakan minyak bawang putih hitam yang wangi dan cuka balsamik (Balsamic vinegar). Harganya boleh tahan juga yer. Kalau Maggie biasa tu baru rm6.90. Sesekali nak merasa kann.


Pertama kali cuma ramen segera ni dan rasanya not bad juga! Kak Bell tak lalu makan, kalau mi segera rebus biasa, so Kak Bell tumis dululah dengan bawang putih dan bawang merah. Then, campak lah sayuran yang ada. Biasanya, ramen miso ni dimakan dengan telur rebus. Disebabkan dah balik kerja pun masa embun dah turun, Kak Bell campakkan sahaja sebijik telur. Tak koserlah nak rebus telur bagai kan! Rasa miso tu ringan je, taklah macam rasa sup miso yang terlalu kuat tu. Just nice for an instant ramen noodles. Nanti nak cuba Tokyo Shoyu & Kyushu Black Japanese Ramen pula. Yummy!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post