Resepi Sayur Kacang Sepat Campur - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Sayur Kacang Sepat Campur

Trending

Resepi Sayur Kacang Sepat Campur

Hi Korang! Pernah dengar kacang sepat tak? Selalu Kak Bell jumpa kacang ni bila ke pasar malam tapi tak pernah terfikir nak beli sebab tak tahu nak masak apa. Akhir-akhir ni, rajin pula nak mencuba resepi yang tak pernah dibuat atau dimakan. Haritu beli sayur Bangladesh dipanggil Potol (boleh cari Resepi Kari Ikan Dengan Kacang Potol) dan teringin pula mencuba masak sayur kacang sepat. Puas juga Kak Bell mencari apalah nama benda alah sayur ni. Macam biasa dah tanya penjual sayur, tetapi tetap tak paham. Haha. Malas la Kak Bell tanya banyak kali, annoying pula auntie penjual. Rupa bentuk kejadiannya memang macam kacang pea tapi bukan. Sempatlah Kak Bell post di facebok dan tanya kawan-kawan. Ada yang teka kacang parang, kacang buncis, kacang edamame dan yang paling lawak jawapan petai dan asam jawa. Memang boleh pergi Final Clever Girl ye jawapannya! Btw, Kak Bell tahu dorang bergurau. Ceria hati Kak Bell tau! Masing-masing pun akui selalu nampak sayur ni tetapi tak pernah pula memasaknya.


Ni ada 2 versi masakan sayur campur Kak Bell dah buat gunakan kacang sepat ni. Gambar yang di atas, Kak Bell gunakan ikan bilis tumbuk. Untuk sayuran, memang selalu guna aja apa yang ada asalkan boleh makan.


Untuk kacang sepat ni biasanya dibuat goreng atau tumis dan dimasukkan dalam masakan kari. Itu sahajalah yang Kak Bell tahu. Untuk penyediaan, bahagian urat di tepi kacang ni perlu dibuang dan pilih kacang yang muda untuk dibuat masak. Tak perlu potong pun boleh, cuma memadai buang bahagian urat di bahagain kiri dan kanan sayur. Kak Bell ni pun beli mana yang tinggal sahaja. Yang lain dah diborong oleh warga-warga internasional. Biasalah, mereka kan kalau beli stok bahan macam nak makan sebulan. Beli untuk satu rumah lah katakan. Rasa kacang ni rangup, berlemak dan sangat sesuai dibuat sayur campur.

Bahan A
Kacang sepat secukupnya
Aneka sayur (lobak, kobis bunga)
1 biji cili merah
2-3 titik minyak bijan
Sedikit air
Garam

Bahan B (bahan tumbuk/hiris)
2 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
Belacan

Cara memasak: 
1) Bersihkan dan buang urat dibahagian tepi kacang sepat.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan B sampai wangi.
3) Masukkan semua sayur dan kacau (dahulukan sayur yang lambat mask seperti lobak).
4) Tambahkan sedikit air untuk kuah.
5) Masukkan garam, minyak bijan, lada merah dan kacau sehingga sayur masak.


TIPS!
  • Boleh gunakan apa sahaja sayur lain untuk masakan.
  • Boleh gunakan sedikit udang kering atau ikan bilis tumbuk.
  • Boleh tambah sos tiram dan serbuk perasa ikut kesukaan.



Inilah rupa bentuk kacang sepat tadi. Ada yang bagi jawapan terung sebab ada terung kat belakang kacang tu kan! Haha. Suka beli berjenis-jenis sayur yang tahan untuk simpanan. Nanti senang nak masak. Yang mana ada resepi istimewa untuk kacang sepat ni bolehlah kongsikan dengan Kak Bell. Nanti Kak Bell cuba. Till then, bye.

Kacang sepat










Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post