Nasi Dalai : Set Makan Tengahari Terbaru Restoren Sajian d-Hidang - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Nasi Dalai : Set Makan Tengahari Terbaru Restoren Sajian d-Hidang

Trending

Nasi Dalai : Set Makan Tengahari Terbaru Restoren Sajian d-Hidang

Dalam kesibukan semasa bekerja dengan waktu makan yang terhad pasti membuatkan kita mencari solusi terbaik untuk mendapatkan makan tengah hari. Kadang kala terpaksa 'take away' kalau restoren pilihan penuh dengan pengunjung. Bagi yang sibuk dan tidak punya banyak masa untuk membuat pilihan makanan, kini Restoren Sajian d-Hidang telah memperkenalkan set makanan tengah hari pertama mereka iaitu Nasi Dalai. Kak Bell berkesempatan menghadiri jemputan dari Restoren Sajian d-Hidang pada 2 Januari 2018 yang lepas untuk mencuba set makan tengah hari tersebut.


Apakah dia NASI DALAI? 
Nasi Dalai ialah Nasi Daging Salai Masak Lemak yang merupakan gabungan hidangan ideal bagi penggemar makanan tradisi melayu asli. Menu utamanya ialah Masak Lemak Daging Salai dan juga kombinasi Kerabu Sayur, Ikan Masin Berlada dan juga Sambal Belacan. Masak lemak daging salai ni direka khas dengan rasa santan yang pekat bersama potongan daging empuk dan semestinya lebih istimewa dengan sambal belacan sebagai pemecah selera.

Idea untuk membuat Set Nasi Dalai ni bermula daripada pemerhatian pihak Sajian d-Hidang di dalam bidang penyediaan makanan (katering) dan ternyata Set Nasi Dalai paling mendapat sambutan dan merupakan set paling terbaik diantara menu-menu katering mereka sepanjang 15 tahun di dalam industri makanan dan minuman. Pengenalan set makan tengah hari ini bertujuan bagi membantu para pelanggan dalam mendapatkan makanan dengan kadar segera dan memenuhi citarasa dari segi rasa dan perkhidmatan.


Set Nasi Dalai yang didatangkan dengan Nasi + Daging Salai Masak Lemak + Kerabu Sayur + Ikan Masin Berlada + Sambal Belacan + Teh O Ais ini dijual pada harga RM9.90 setiap set. Memang sangat murah dan berbaloi untuk satu set makanan yang seimbang dan mengenyangkan!

Ikan Masin Berlada

Kerabu Sayur

Rasa masakan bagi Nasi Dalai ni memang dibuat sesuai dengan citarasa semua orang. Daging Salai Masak Lemak dimasak tidak terlalu pedas dan cukup lemak dengan kuah santannya yang pekat. Terasa kesedapan kunyit hidup yang digunakan untuk masakan ni. Dagingnya pun dimasak empuk dan tiada bau dan rasa daging salai sampai Kak Bell ingatkan ianya gunakan daging biasa. Kerabu sayur tu pula menggunakan kacang botol, taugeh dan kelapa parut. Rasa kerabu sayur juga cukup mesra dan secukup rasa, kena dengan ikan masin cili tu! Saiz hidangan pun banyak untuk sayur dan daging. Bayangkan nasi Kak Bell dah nak habis tapi lauknya masih lagi banyak! Kalau diikutkan, 2 portion nasi baru dapat habiskan semua lauk tu. Tapi kita segan la nak menambah. Haha. So, memang hidangan ni sangat mencukupi dan mengenyangkan. Memang tak rugi korang dapatkan set Nasi Dalai ni.

Harganya sangat berbaloi kan? Dengan RM9.90 dah boleh dapat satu set makanan yang lengkap dan seimbang. Bagi yang nak mencuba Nasi Dalai bolehlah datang ke Restoren Sajian d-Hidang pada 8-10 Januari yang akan datang! Mereka akan melancarkan promosi potongan harga sehingga 50% daripada harga asal kepada 100 orang pelanggan yang terawal selama 3 hari promosi tersebut. Nasi Dalai ni cuma dijual pada waktu lunch sahaja bermula jam 10.30AM ke 5PM.


Korang juga boleh mendapatkan KAD SAJIAN restoren Sajian d-Hidang untuk menikmati makanan PERCUMA! Caranya, kena kumpul kesemua 9 cop dengan pembelian RM10 dalam satu resit bagi 1 cop. Bagi yang dah kumpul kesemua cop, layak untuk dapatkan makanan percuma bernilai RM10. Btw, promosi ini tidak sah dengan promosi lain dan tertakluk kepada terma & syarat.


Banyak masakan dan hidangan menarik ada di Restoren Sajian d-Hidang. Memang semua lauk-pauknya Kak Bell suka. Masakan kampung memang jadi pilihan kalau nak makan tengah hari. Biasalah, tekak Melayu mesti nak nasi dan lauk pauk Melayu. Tambah pula kena ada sambal belacan kan.




Aneka perasa sambal

Di bawah ni diantara blogger yang hadir pada hari tersebut dan juga pemilik Restoren Sajian D-Hidang, Encik Aliff dan isteri Puan Nasyrah. Terima kasih juga atas jemputan dari pihak restoren dan Encik Halim untuk mencuba set Nasi Dalai yang enak ini. Sangat recommended untuk korang semua cuba!


Kredit photographer The90's Studio

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman Facebook restoren Sajian d-Hidang dan hubungi nombor tertera untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.

Restoren Sajian d-Hidang
No. 10, Pusat Perdagangan UMNO Bahagian Shah Alam,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Hubungi : 03 5511 4015 atau +6018 253 4773







































Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post