Terima kasih kepada Pacific West kerana bermurah hati bagi Kak Bell mencuba produk sejuk beku mereka, terutamanya Cheezy Fish Fillets yang terbaru! Selain Cheezy Fish Fillets, dalam bungkusan yang Kak Bell terima termasuklah Spicy Garlic Calamari Rings, Tempura Fish Fillets dan juga Oven Baked FishFillets. Kepada peminat keju, pastinya teruja untuk mencuba keju di dalam filet ikan keluaran terbaru Pacific West ini.
Cheezy Fish Fillets yang terbaru!
Pacific West merupakan syarikat Malaysia yang berdaya saing di arena global dalam memasarkan produk sejuk beku makanan laut. Produk Pacific West kini boleh didapati di lebih 20 negara di seluruh dunia, dan juga telah memasuki pasaran di Paris, Hong Kong dan Shanghai. Memang tidak dinafikan produk mereka amat berkualiti dan juga mampu bersaing dengan produk keluaran antarabangsa yang lain.
Kak Bell selalunya jarang membeli produk makanan sejuk beku. Sekali-sekala cuma beli nuget atau wedges kentang. Sangat tak disangka bahawa produk sejuk beku ni tak perlu dinyahbeku. Boleh dimasak terus tanpa nyahbeku! Memang sangat memudahkan dan menjimatkan masa untuk memasak. Terus-terang, bahagian menyahbeku makanan sebelum dimasak memang agak leceh. Ianya menjadi salah satu kemudahan untuk memasak pada masa kini, semuanya perlu cepat dan mudah.
Produk Pacific West ni boleh dimasak dengan cara menggoreng (deep fry), menggunakan ketuhar oven atau air fryer. Jika menggunakan kaedah menggoreng biasa, suhu api ialah 180C dan pre-heat oven pada 220C dan 200C bagi air fryer. Di bahagian belakang packaging turut ada disertakan cara untuk memasak. Untuk kesemua produk tadi Kak Bell hanya goreng seperti biasa. Setelah panaskan minyak, goreng hingga warna bertukar kuning keemasan. Mudah sahaja bukan?
Spicy Garlic Calamari Rings
Tempura Fish Fillets
Cheezy Fish Fillets
Bagi menyedapkan lagi hidangan, bolehlah dimakan dengan sos kegemaran seperti sos Thousand Island, Honey Mustard, yogurt ataupun sos cili. Kesemua produk dari Pacific West ni memang sedap. Isinya lembut dan paling penting mudah untuk dimasak. Korang patut cuba!
Bersempena dengan kempen Cheezy Fish Fillets yang terbaru ini, pihak Pacific West turut menganjurkan pertandingan ‘Cheeziest Smile’ bersama dengan produk mereka. Pertandingan ini bermula dari 16 Januari 2018 hingga 28 Februari 2018. Ambil gambar senyuman paling menawan dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik!
Bagi yang nak menyertai pertandingan tersebut, boleh ikuti langkah mudah berikut:
1) Ambil foto kreatif 'senyuman cheeziest' korang dan tampilkan sekurang-kurangnya satu (1) produk atau pembungkusan Pacific West.
2) Muat naik foto tadi di Facebook atau Instagram dan hashtag #Cheeziestsmile dan #PWMY.
3) Pastikan akaun Facebook atau Instagram korang ditetapkan kepada 'Public'.
Berikut diantara hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan untuk 'Cheeziest Smile' Photo Contest.
1) Weekly Contest – RM20 AEON Vouchers + 1 PW Tumbler (40 pemenang)
Apa lagi, jom sertai pertandingan ni. Try your luck and say cheese!
Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.pacificwestfoods.com.my/contest/cheeziestsmilecontest.html
#Cheeziestsmile #PWMY
Tags:
Cheezy Fish Fillets
Cheezy Fish Fillets Terbaru Dari Pacific West & 'Cheeziest Smile' Photo Contest!
Event & Review
Oven Baked FishFillets
Pacific West
Spicy Garlic Calamari Rings
Tempura Fish Fillets