Bento Terbaik Di Restoran Jepun Sango, Hotel Crystal Crown PJ - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Bento Terbaik Di Restoran Jepun Sango, Hotel Crystal Crown PJ

Trending

Bento Terbaik Di Restoran Jepun Sango, Hotel Crystal Crown PJ

Makanan Jepun kini semakin menambat hati masyarakat di negara ini dan telah menjadi salah satu citarasa makanan yang diminati oleh masyarakat tempatan. Dikategorikan sebagai makanan yang sihat kerana bahan-bahannya terdiri daripada makanan laut. Setiap kali mahu menikmati makanan Jepun, pastinya ramai memilih sushi dan juga Bento. Kak Bell sendiri juga memang meminati makanan Jepun terutamanya Bento.

Bentō merupakan istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa kemana-mana sahaja. Ibaratnya macam nasi bungkuslah bagi masyarakat kita. Istimewanya, sajian di dalam set bento lengkap samaada menggunakan nasi atau mi, lauk-pauk berupa ikan atau daging, sayur-sayuran dan juga penyedap rasa seperti kicap ataupun sos.


Pertama kali mencuba Bento di Restoran Jepun Sango pada 7 Januari 2018 yang lepas di Hotel Crystal Crown PJ [No Pork No Lard]. Terima kasih kepada Racheal, Founder of Foodilifecious & Drlife atas jemputan untuk mencuba hidangan bento disini. Pastinya, hidangan disini akan turut memenuhi kepuasan dan citarasa bagi semua peminat makanan Jepun. 

Restoren yang mula beroperasi pada tahun 1995, telah mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam penyediaan sajian makanan Jepun. Di bawah pengurusan baru Encik Andrew, pemilik Restoren Sango Jepun ini terus berusaha untuk meningkatkan kualiti makanan di sini dan terus bersaing di pasaran. Diketuai oleh Chef Shoimi & juga pembantunya yang berpengalaman, menjadikan restoren ini berterusan memberikan kualiti segar dan terbaik dalam penyediaan makanan mereka.


Sango’s Signature Bento

Terdapat 2 menu utama di sini iaitu Sango Bento dan Fuji Bento yang menjadi pilihan utama para pengunjung di sini.

Fuji Bento
Hidangan utama untuk Fuji Bento adalah sashimi (fresh raw meat) segar dan tempura yang pelbagai. Disajikan bersama dengan Yakitori, ayam tanpa tulang yang digoreng ranggup dan juga beras wangi di dalam set bento ini. 


Ayam rangup dan tempura

Sango Bento
Bagi Sango Bento pula, ianya dihidangkan dengan mi soba dingin atau chilled buckwheat noodle (zaru soba). Di dalam set bento ini juga disajikan bersama dengan California Maki, Salmon Teppanyaki, ayam goreng rangup dan juga sashimi segar. Zaru soba ini mempunyai aroma dan tekstur rasa yang tersendiri. Teruja masa menikmati mi soba tersebut dengan cara menyedut masuk ke dalam mulut!


Gambar ni jelas sikit untuk salmon teppanyaki dan california maki

Terdapat 10 lagi jenis bento terbaru yang diperkenalkan disini. Walaubagaimanapun, Kak Bell hanya mencuba 8 sahaja bento terbaru mereka disamping 2 bento utama tadi.


Salmon Teppan Dan Tempura Bento
Disajikan dengan Teppanyaki Salmon, pelbagai tempura, tofu dan salad. Bagi peminat Salmon, boleh menikmati keenakan ikan salmon panggang ini bersama dengan nasi. Tak dinafikan tempuranya sedap, rangup disamping tofu yang lembut bersama sos. 



Unagi Kabayaki + Age Gyoza Bento
Untuk set ini lebih menarik. Terdiri dari belut panggang (grilled unagi), telur, dumpling dan juga nasi. Bento mewah ini, memang sangat sedap! Mesti cuba telur dan dumpling yang disediakan dalam bento ini. Kak Bell suka!



Saba Teriyaki Bento
Set bento ini dihidangkan dengan ikan makerel panggang, salad dan California Maki. Kacang Edamame juga turut disajikan di dalam bento ini sebagai appetizer. Ikannya masih lembut dan memenuhi citarasa walaupun dipanggang. Rasa edamame yang lemak masin turut memberi kepuasan dalam hidangan ini.


Yaki Udon Bento
Bento ni pula disajikan dengan Yaki Udon. Bagi yang tidak mahu mengambil nasi, boleh cuba bento Yaki Udon. Udon yang dimasak sedikit masam dihidangkan dengan California Maki, Tamago dan Edamame. Yakitori juga ada, dan terdiri dari yakitori daging lembu yang lembut dan telur puyuh. Menarik bukan?


Yasai Kakiage Bento
Bagi penggemar sayur, bolehlah cuba bento ini yang dihidangkan dengan sayur goreng tempura, Yakitori, tofu dan juga Edamame. Untuk Yakitori, ianya merupakan sayur bendi dan kentang manis yang dipanggang segar. Bendi yang dipanggang juga sedap dan diluar jangkaan. Tidak berlendir seperti yang biasa dimakan.


Yakiniku Bento
Bagi penggemar daging pula, bolehlah mencuba daging lembu panggang yang dihidangkan bersama dengan telur, salad dan Agedashi Tofu. Istimewanya bento ini, ianya turut dimasak dengan gabungan gaya masakan tempatan. Rasa pedas cili pada daging panggang tadi, memang menambah selera! Ianya tidak terlalu pedas, cukup sekadar memberi rasa cili. Korang patut cuba! Sangat memenuhi citarasa tempatan.




Sashimi & Sushi Bento
Disajikan dengan pelbagai ikan segar, sushi, tofu, dumpling dan juga salad. Bagi peminat total makanan rasa Jepun, bolehlah cuba bento ini.


Yakitori Bento
Set ini disajikan dengan pelbagai tempura, yakitori, dumpling dan salad. Memang enak menikmati tempura yang ranggup dengan sos yang disediakan. Bagi yang tidak sukakan ikan mahupun daging, patut cuba bento Yakitori!


Kesemua bento yang disediakan memang sangat sedap dan memuaskan. Kebetulan dah lama tak merasai makanan Jepun. Pujian patut diberikan kerana menu hidangan mereka yang diolah semula dengan memasukkan elemen dan gaya masakan tempatan. Bagi peminat bento, Kak Bell syorkan mencuba hidangan bento di sini. Memang tidak mengecewakan dan pasti akan memenuhi citarasa korang! Jadi, bento mana yang menjadi pilihan?

Boleh jadi model Sango Restaurant tak?


Sango Japanese Restaurant
Tingkat 2, Crystal Crown Hotel Petaling Jaya,
Lorong Utara A, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Opening Hours: Mon – Sun 12pm-230pm 6pm-1030pm
Contact: +603 7958 5228
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post