Siti Sarah Raisuddin Duta Produk Sugardollbynn - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Siti Sarah Raisuddin Duta Produk Sugardollbynn

Trending

Siti Sarah Raisuddin Duta Produk Sugardollbynn

"Invest In Your Hair, You Wear it Everyday''
Hi Korang! Minggu lepas, Kak Bell berpeluang menghadiri satu majlis minum petang sempena memperkenalkan Siti Sarah Raisuddin sebagai duta rasmi kepada produk penjagaan rambut Sugardollbynn. Majlis berlangsung di Flora Terrace, Hampshire Park pada 5 Disember lalu. Siapa yang tak kenal Siti Sarah kan, penyanyi comel kiut miut ni. Teruja habis nak jumpa si Siti Sarah!



Selalu kita dengar, rambut merupakan mahkota wanita. Berbagai cara dilakukan untuk kita tampil sempurna dengan gaya rambut yang dimiliki. Tak dinafikan, rambut juga menjadi bahagian penting pada tubuh kita dan dapat memberi kesan istimewa bagi penampilan seseorang. Bukan sahaja wanita, lelaki juga pasti nak memiliki rambut yang sihat bersinar. Kak Bell pun tak asing dari masalah berkaitan rambut ni seperti rambut gugur dan kelemumur. Kalau salah pakai syampoo, tak sesuai memang cepatlah kelemumur naik! Pendek kata, nak dapatkan rambut yang cantik, menawan, kepuk-kepuk, mestilah kena jaga. Bukan senang ye nak cantik, lainlah kalau dah lahir-lahir terus macam Paris Hilton. Tak boleh cakap apa dah la.

Masa mula-mula sampai, Kak Bell disapa seorang wanita mesra dengan rambut yang sangat cantik. Dalam hati tertanya-tanya juga siapa ya artis ni. Rupa-rupanya, beliau ialah founder Sugardollbynn, Nabilah Nazib yang turut dikenali sebagai Bella. Patutlah rambut dia meletup! Pengasas produk rupanya! Btw, sama pulak nama kita, cuma rambut kita je tak berapa nak kepuk-kepuk. Hehe. Pelantikan Siti Sarah sebagai duta produk ni memang tepat sebab Siti Sarah memang sangat menitikberatkan penjagaan kecantikkan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Bila Siti Sarah masuk je dalam ruang cafe, terpegun sekejap Kak Bell tengok dia. Dah macam anak patung ye, kecik, miut je orangnya.

Bersama fouder Sugardollbynn, Nabilah Nazib

Menurut Bella, pelantikan Siti Sarah sebagai duta tidak terus dipersetujui, kerana Siti Sarah mempunyai pegangan yang sangat beretika dimana beliau terlebih dahulu ingin mencuba produk tersebut dan beliau tidak akan berkongsi sekiranya produk itu tidak berkesan. Setelah 5 bulan mencuba produk Sugardoll, barulah Siti Sarah bersetuju dan perjanjian dimeterai untuk menjadi duta rasmi kepada rangkaian produk Sugardollbynn selama setahun.

Sesi Q&A

Di bawah ni merupakan sedikit sedutan masa majlis tersebut. Acara dimulakan dengan ucapan dari Bella, founder Sugardoll, persembahan pembukaan dan kemunculan istimewa Siti Sarah Raisuddin. Dalam sesi tersebut turut diadakan sesi soal jawab dan Siti Sarah berkongsikan pengalamannya sepanjang menggunakan produk Sugardollbynn.


Sugardoll merupakan jenama tempatan yang telah diasaskan oleh Nabilah Nazib dan telah beroperasi dari 27hb Oktober 2016 dengan memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaik dalam 4 jenis produk iaitu :

1) Sugardoll Hair & Skin Vitamin – Mengamalkan pengambilan nutrisi yang secukupnya oleh tubuh badan akan membawa kepada banyak kebaikkan untuk tubuh badan. Dengan kandungan yang dirumus khas melalui teknolohi terkini, kombinasi vitamin dan ekstrak semulajadi di dalam tablet sugardoll. Pengguna akan mendapat kesan yang baik dari segi pertumbuhan rambut baru, mengembalikan tona kulit badan dan juga dari segi kesihatan.

2) Sugardoll Intensive Hair Tonic – Berfungsi sebagai rawatan luar yang akan memberi sokongan kepada pengambilan vitamin sugardoll. Ia akan membantu merawat kulit kepala bagi menggalakkan pertumbuhan rambut baru dari luaran, membantu menguatkan akar rambut dengan fomula yang dirumus khas dengan bahan-bahan yang terbukti berkesan.

3) Sugardoll Luxxe Hair Shampoo – Merupakan shampoo yang dirumus khas bagi tujuan membersihkan kulit kepala dengan sebaik mungkin melalui kaedah detoksifikasi menggunakan ekstrak arang buluh, mengurangkan masalah keguguran, masalah kulit kepala gatal dan berminyak.

4) Sugardoll Luxxe Hair Conditioner – Pelengkap kepada penjagaan rapi rambut Sugardoll. Berfungsi sebagai pelembab rambut serta melembabkan rambut dan merawat rambut kering dan rosak.


Rangkaian produk Sugardoll tidak perlu dipertikaikan lagi kerana telah mempunyai kelulusan KKM. Produk juga dihasilkan oleh kilang yang bertaraf gmp, halal dan dimiliki oleh bumiputra 100%Secara asasnya, produk ini merupakan produk rawatan khusus untuk menyelesaikan masalah yang rata-rata di alami oleh 90% wanita yang telah bersalin, wanita yang meningkat usia dan juga masalah kebotakan rambut bagi pada kaum lelaki. Walaupun produk ini masih baru di pasaran, Sugardolbynn turut mempunyai stokis besar di Singapura, Brunei, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak termasuk juga stokis rasmi agen yang lain di Malaysia.


Ni diantara gambar di sekitar majlis tersebut. Seronok dapat berjumpa dengan Bella dan juga Siti Sarah. Makanan pun sedap-sedap, siap suruh take away lagi. Bella memang sporting dan ramah. Team Bella kay!

Ruang Flora Terrace yang cantik!



Btw, Kak Bell tak berpeluang nak bergambar bersama dengan si Sarah. Semua orang berebut yer nak bergambar dengan dia. Jadilah Kak Bell snap gambar dia ditepian kali sajer! Sedih sangat!



Kalau korang nak rambut cantik kepuk-kepuk, haruslah kena mula dari asasnya dulu. Basic set dari Sugardollbynn ada dua item iaitu vitamin dan tonic rambut yang berfungsi untuk supply balik nutrient yang diperlukan badan untuk pertumbuhan dan kekuatan rambut. Seiring dengan usia, kandungan kolagen dalam badan kita akan semakin berkurangan, sama juga halnya dengan rambut dan folikel rambut yang memerlukan makanan tambahan. Kegunaan tonik tu pula, untuk merawat kulit kepala dari luaran untuk mempercepatkan lagi proses pertumbuhan rambut dan membantu untuk atasi masalah rambut gugur, rambut kering, dandruff dan rambut makin nipis.

Agak-agak boleh jadi model rambut terurus tak lepas ni?


Bersama rakan blogger Kak Halimah dan Kak Hanny

Kak Bell dah cuba gunakan produk Sugardoll Luxxe Hair Shampoo & Hair Conditioner dan Kak Bell sukakan bau ekstrak arang buluh tu. Shampoonya pun beri kesan sejuk pada scalp dan rambut tak busuk selepas pakai. Kadang-kadang sesetengah syampoo masa pakai tu memang wangi bukan main, lepas dah pakai lain pula bau rambut. Btw, Kak Bell kena pakai dahululah untuk dapatkan hasil yang lebih baik. Untuk dapatkan maklumat lanjut dan produk Sugardollbynn ini, bolehlah layari:

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post