Hi Korang! 2 hari lepas Kak Bell cuti, so tak berjalan ke mana pun. Cuma
uruskan hal anak-anak bulus sahajalah bawa pergi ke vet. Maklumlah baru
gaji, dah gaji barulah bawak si anak kecik, Dexter ke klinik sebab ada luka
kat atas leher dan batuk manja. Memula, lukanya kecil sebab bergaduh dengan
bapaknya. Dah letak iodin, sapu minyak gamat tak juga baik-baik sebab si
kecik ni asyik garu luka tu. Bila dah kering, terus berdarah semula. Nanti
Kak Bell tulis entri lainlah pasal anak kucing ni. Dah lama dah tak buat
posting pasal pet. Huhu. Kebetulan cuti pula pada hari Khamis, ada pasar
malam di kawasan rumah penthouse Kak Bell ni. Kita pun cantik-cantiklah
turun walaupun hanya nak pergi membeli bawang dan ayam segar. Hehe.
Berkobar-kobar nak masak Ayam Masak Sambal Hijau sebab dah
lama tak makan masakan favourite Kak Bell ni.
Suasana pasar malam, haruslah meriah kan. Komposisi warga asing dengan orang tempatan pun dah sama banyak. Warga asing yang berniaga pun banyak jugak. Kat kedai jual ayam dan ikan ni pun warga Bangladesh. Mungkin pekerja je kot dorang ni. Jalan-jalan pun keliling dengan warga asing je. Kisah hari ni pulak, ada pulak Bangla kedai ayam ni cakap kawannya mintak nombor telepon. Adoyaiii, kenapa lah dorang ni ingat Kak Bell ni Kajol ke! Kat pasar malam ni pun jadik ye korang nak cari jodoh. Maaflah kita tak taste, kita datang nak beli ayam ajelah. Cubalah yang taste, memang kita bagi nombor tepon kita. Eh! Malas kita nak melayan sangat dorang ni then terus pergi beli bawang. Bawang pun mahal la ni ye, bawang putih lagilah mahal. Kata abang tu, lepas ni sebulan dorang tutup tak jual bawang. Pergi bercuti ke bang?
Suasana pasar malam, haruslah meriah kan. Komposisi warga asing dengan orang tempatan pun dah sama banyak. Warga asing yang berniaga pun banyak jugak. Kat kedai jual ayam dan ikan ni pun warga Bangladesh. Mungkin pekerja je kot dorang ni. Jalan-jalan pun keliling dengan warga asing je. Kisah hari ni pulak, ada pulak Bangla kedai ayam ni cakap kawannya mintak nombor telepon. Adoyaiii, kenapa lah dorang ni ingat Kak Bell ni Kajol ke! Kat pasar malam ni pun jadik ye korang nak cari jodoh. Maaflah kita tak taste, kita datang nak beli ayam ajelah. Cubalah yang taste, memang kita bagi nombor tepon kita. Eh! Malas kita nak melayan sangat dorang ni then terus pergi beli bawang. Bawang pun mahal la ni ye, bawang putih lagilah mahal. Kata abang tu, lepas ni sebulan dorang tutup tak jual bawang. Pergi bercuti ke bang?
Okayy. Sebelum ni Kak Bell dah pernah post pasal resepi Ayam Masak Sambal
Hijau ni. Kalau korang nak tahu resepi ni merupakan penyumbang pageviews
blog Kak Bell yang paling banyak. Kira-kira dah 54K views sampai ke hari ni.
Tak sangka pulak paling tinggi di carian Google. Kak Bell happy. Kalau
korang pun mesti rasa happy kan kalau post korang meletop! Kiranya, harini
Kak Bell repeat lah balik. Skill dan cara masak sama sahaja, cuma Kak Bell
tak guna halia. Then, kualiti gambar pun cantiklah sikit dari post sebelum
ni. Mestilah upgrade sikit kan.
Kisahnya malam tadi tengah sedang elok memasak, sesambil blogwalking, gas
memasak petronas ni habis lah pulak! Tak sah kalau gas tak habis kan masa
Kak Bell memasak, memang jenis tak cek gas dah nak habis ke tak! Haha.
Actually 2 minggu lepas dah terlintas dalam fikiran yang gas ni dah
lama ni tak habis-habis, nak pergi ceklah kalu dah ringan boleh angkat
sebelah tangan tu maksudnya paham-pahamlah. Akhirnya, habis jugak malam
tadi. Nasib la 1st round ayam dah siap gorang masak. Tetibe je 2nd round
kuali jadi krik krik. Nak cari gas dah malam, kedai tutup. Cash pula
ngam-ngam nak buat bayar laundry malam ni, jadi terpaksalah habiskan memasak
pakai rice cooker! Nak beli harini, Maulidur Rasul dan hari Jumaat kedai
bukak lepas solat Jumaat. Kak Bell pula kerja petang, sebab itulah teruskan
juga memasak pakai rice cooker. Lepas ni nak cari Induction Cooker lah,
lama-lama rosak pulak periuk nasi aku kan! Resepi ni Kak Bell copy paste je
balik resepi lama, edit sikit-sikit bahannya.
Bahan A
6-10 ketul ayam *bahagian kecil
2 batang serai *diketuk
1 labu bawang besar *hiris kasar
Minyak masak
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Bahan B (bahan kisar/tumbuk)
7 biji cili hijau
7 biji cili api hijau
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1) Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak atau
separuh masak.
2) Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga wangi dan pecah
minyak. Pastikan bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak supaya tak
sakit perut!
3) Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air.
4) Masukkan ayam dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
5) Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.
6) Masukkan bawang besar, hirisan lada dan kacau rata.
7) Bila dah layu bolehlah padamkan api.
TIPS!
- Kunyit tu cukup sekadar nak kunyitkan ayam sebelum goreng
- Boleh juga nak letak halia, perahkan asam limau
- Kurangkan cili padi jika tak suka pedas
Walaupun pakai rice cooker tetap menjadi kan? 7 biji cili api ni pedas jugak. Bolehlah korang kurangkan sikit, but bagi Kak Bell ok sahaja. Walaupun pedas, tetap makan bertambah. Sedih tau makan sorang-sorang. Anak-anak je teman sibuk nak makan jugak ayam kan! Kay Bye.
resepi ayam lado cili hijau, resepi rendang ayam cili hijau, resepi ayam
ungkep cili hijau, resepi nasi ayam cili hijau, resepi ayam kampung cili
hijau, resepi ayam masak hijau che nom, ayam masak hijau khairul aming, resepi
ayam sambal hijau azie kitchen, resepi ayam masak hijau padang, resepi ayam
sambal hijau simple, ayam masak hijau bersantan, ayam masak hijau berkuah,