Sebelum ini, diakui tidak ada restoren ayam panggang lain melainkan Nando atau Kenny Rogers di negara kita. Kini, anda semua boleh menikmati citarasa 'Bold African Flavor' buat pertama kali di Malaysia. Galito’s diantara salah satu daripada jenama ayam panggang popular di Afrika Selatan. Galito’s yang berasal dari negara yang sama dengan Nando telah membuka restoren pertama mereka yang terletak di e-Curve Mutiara Damansara pada 12 Disember 2017 yang lepas. Dengan menu yang hampir sama dengan Nandos, konsep dengan sos peri-peri, namun tetap terdapat perbezaan dari segi rasa, herba dan rempah ratus yang digunakan pada ayam panggang Galito's. Sekarang kedua-dua jenama ayam panggang terkenal di Afrika sudah berada di Malaysia, adakah anda lebih sukakan ayam panggang Nando's atau Galito's?
Galito’s diperkenalkan oleh pengasasnya, Louis Germishuys pada tahun 1996 dan kini telah mempunyai 150 rangkaian restoran di 15 buah negara dan meliputi 4 buah benua dalam memperkenalkan ayam panggang rasa Afrika Selatan di seluruh dunia. Pembukaan Galito’s di Malaysia merupakan yang pertama di Asia Tenggara dan Ri-yaz Global Food merupakan pemegang francais induk bagi Galito’s Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Ayam panggang yang diperam 24 jam bersama herba dan rempah ratus pilihan menjadikan ayam panggang dari Galito’s lain dari lain. Menu sampingan Galito’s bertemakan rasa Afrika seperti Galibowl, Liver and Roll, Chili Beans dan Sweet Potato chips, pasti akan memenangi hati ramai rakyat Malaysia dengan pilihan hidangan yang lebih murah dan berpatutan untuk menu ayam panggang yang enak!
"Kami mengekalkan tradisi Galito's dalam menyediakan hidangan Afrika yang unik dan berkualiti demi untuk kepuasan pelanggan kami. Kami berusaha untuk bukan sahaja menjamu pelanggan dengan hidangan yang lazat tetapi juga menyediakan perkhidmatan yang lengkap dan sempurna melebihi jangkaan pelanggan. Kami pasti Flame grill chicken Galito's dengan harganya yang mampu milik juga akan menjadi kegemaran ramai di Malaysia" kata Germishuys.
Pada hari pelancaran, Galito's telah mengadakan tawaran Doze On Doze Promo pada harga promosi RM12.12 untuk menu hidangan Galito's Chicken Drumstick Nasi Lemak dan Galito's Chicken Strips with Spice Rice beserta 1 menu sampingan salad dan dessert of the day. Walau bagaimanapun, harga promosi tersebut hanya bersempena dengan hari pelancaran outlet tersebut yang bersamaan dengan tarikh pelancaran 12-12-2017. Setelah ketibaan wakil dari konsulat Afrika di Malaysia, acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dato' Shaheen Shah, Pengarah Urusan Kumpulan Ri-Yaz.
"Kami melihat peluang yang luar biasa untuk Galito Malaysia. Kami sedar bahawa rakyat Malaysia sukakan hidangan ayam dan juga sukakan rasa yang baharu membuatkan kami mengambil keputusan dengan memperkenalkan Galito's. Di Galito's pengunjung akan ditawarkan pilihan menu yang pelbagai disamping menikmati hidangan makanan yang enak, berpatutan dan memuaskan. Rakyat Malaysia juga dengan yakin bahawa mereka dapat menikmati rasa sebenar Africa Selatan di Galito's" kata Dato' Shaheen Shah.
Sementara menunggu hidangan utama ayam panggang Galito's, kami dihidangkan terlebih dahulu dengan pembuka selera (appetizer) Liver and Roll. Hidangan hati ayam tersebut disajikan dengan roti yang baru dibakar bersama dengan mentega. Rasanya seakan-akan masakan kari yang biasa kita makan. Agak berbeza menu hati ayam ni kan? Bagi peminat hati ayam bolehlah mencuba menu ini nanti.
Liver & Port Roll (RM9.90)
Appetizer hati ayam dan kiub ayam dengan salad, tomato dan timun
Burger dada ayam panggang tanpa tulang disajikan dengan roti panggang, mayo-dip, tomato dan salad juga tidak kurang enaknya. Fries di Galito's menggunakan kentang manis dan menjadi pilihan hidangan mesti cuba oleh rakyat Malaysia dan Kak Bell sukakan kentang manis disini. Memang enak dimakan ketika masih panas!
Burger dada ayam panggang (RM13.90)
Terdapat 5 jenis sos peri-peri Galito's iaitu Lemon & Herbs, Garlic, Mild, Hot dan Premium Reserve Extra Hot Sauce memberi rasa tambah kepada hidangan ayam panggang di sini. Kak Bell sukakan rasa sos peri-peri Hot dan Extra Hot. Peri-peri sos yang manakah anda bakal suka?
Flavourful and tasty peri-peri sauces
Bagi yang mahu menikmati hidangan nasi sebagai hidangan utama, bolehlah mencuba hidangan Galibowl iaitu menu dengan nasi Opporto yang dicampur dengan kiub ayam, sayur bayam dan signature sos, Sishebo. Kak Bell pun sukakan hidangan nasi Opporto ini yang kelainan sebab dimasak bersama dengan bayam. Untuk setiap hidangan akan disertakan 'flag' untuk rasa herbs & spices yang digunakan.
Galibowl (RM15.90)
Menu utama di Galito’s ialah ayam panggang dari harga RM11.50 (quarter potion) atau RM17.90 (half potion). Ayam panggang Galito's diperap baik dan dimasak dengan sempurna, juicy dan lembut. Berikut merupakan harga bagi hidangan ayam panggang Galito’s.
1/4 chicken + 1 side - RM15.90
1/4 chicken + 2 side - RM17.90
1/2 chicken + 1 side - RM23.50
1/2 chicken + 2 side - RM25.90
Whole chicken - RM37.90
Whole chicken (RM37.90)
Selain itu, Galito’s juga menyediakan menu sampingan dada ayam panggang, roti pita, wraps dan menu kanak-kanak seperti pasta dan banyak lagi. Diantara menu sampingan yang popular di sini ialah Spinach dan Chilli Beans. Spinach, hidangan kegemaran POPEYE yang dimasak dengan bawang, bawang putih dan kentang bersama dengan sos istimewa Galitos. Bagi Chilli Beans pula, hidangannya terdiri dari 3 jenis kacang yang dimasak bersama. Kedua-dua hidangan ini dijual dengan harga RM5 bagi saiz biasa dan pada RM7 bagi saiz besar. Terdapat pelbagai menu sampingan yang boleh dicuba di Galito's dan saiz hidangan bagi side dish juga besar dan lazat.
Selain itu, Galito’s juga menyediakan menu sampingan dada ayam panggang, roti pita, wraps dan menu kanak-kanak seperti pasta dan banyak lagi. Diantara menu sampingan yang popular di sini ialah Spinach dan Chilli Beans. Spinach, hidangan kegemaran POPEYE yang dimasak dengan bawang, bawang putih dan kentang bersama dengan sos istimewa Galitos. Bagi Chilli Beans pula, hidangannya terdiri dari 3 jenis kacang yang dimasak bersama. Kedua-dua hidangan ini dijual dengan harga RM5 bagi saiz biasa dan pada RM7 bagi saiz besar. Terdapat pelbagai menu sampingan yang boleh dicuba di Galito's dan saiz hidangan bagi side dish juga besar dan lazat.
Restoren makanan ayam panggang Galito's di e-Curve ini menampilkan ruang makan di bahagian dalam dan juga luar. Ruang penyediaan makanan juga terbuka menghadap ruang makannya dan membolehkan pelanggan melihat sendiri proses penyediaan hidangan di sini tanpa ragu-ragu. Susun atur agak selesa tetapi tidak dibahagian duduk bersebelahan dinding kerana ruangannya yang agak sempit. Agak sukar untuk pengunjung untuk berjalan keluar masuk ke ruang berkenaan. Mungkin pihak outlet disini boleh menggunakan meja yang lebih sesuai dengan ruangan tersebut. Keseluruhan suasana disini selesa dan juga mempunyai dekor ringkas yang menarik.
Tidak rugi untuk anda mencuba hidangan ayam panggang citarasa Afrika di Galito's. Paling penting harganya yang jauh lebih murah dan berpatutan untuk hidangan anda semua. Kunjungi Galito’s eCurve di lokasi G02-G03 (bersebelahan pintu masuk e-Curve), dibuka setiap hari 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi laman FB Galitos Malaysia.
Senarai Outlet Galito's
Galito's Flame-Grilled Chicken
Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor
03-6211 0503
Galito's Flame-Grilled Chicken Subang Jaya
Jalan Kemajuan Subang, Ss 16, 47500 Subang Jaya, Selangor
Galito's Flame-Grilled Chicken Shah Alam
24, 4, Jalan Kartunis U1/47, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor