Pembukaan Restoren SiHAF Arabic Cuisine Shah Alam - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pembukaan Restoren SiHAF Arabic Cuisine Shah Alam

Trending

Pembukaan Restoren SiHAF Arabic Cuisine Shah Alam

Bagi peminat masakan Timur Tengah, pastinya arif tentang restoren popular yang menyajikan pelbagai masakan Timur Tengah yang sedap dan berbaloi. Sudah tentunya restoren masakan Arab di kawasan Shah Alam, Bangi mahupun di Cyberjaya menjadi pilihan. Pada 16 Disember 2017 yang lepas, Kak Bell bersama rakan berkesempatan ke majlis pembukaan rasmi Restoran SiHAF Arabic Cuisine di Seksyen 14, Shah Alam baru-baru ini. Restoren SiHAF merupakan restoren makanan Arab pertama yang seumpamanya dalam memberi penghormatan kepada konsep-konsep Islam dan juga budaya Islam dalam visi perniagaannya.


Restoran SiHAF dinamakan bersempena dengan konsep yang disebutkan di dalam Al-Quran, yang bermaksud pinggan emas seperti potongan ayat yang dipetik dari surah Az-Zukhruf, Ayat 71

"Kepada mereka diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas, dan di dalam surga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal di dalamnya"


Logo yang dipilih untuk restoran ini juga merujuk kepada namanya. Ia mengandungi 3 segitiga melengkung kerana nombor 3 adalah antara nombor ganjil yang selalu disebut dalam Sunnah dan juga merujuk kepada jumlah hidangan dalam sehari seperti yang biasa masyarakat amalkan. Selain itu juga, corak tradisional yang menghiasi segitiga melengkung ini melambangkan budaya Islam dan warna yang digunakan juga mencerminkan negara-negara Islam. Dengan nama pilihan SiHAF dan logo yang dipilih, ianya seperti satu penghormatan kepada konsep-konsep Islam dan mengundang rahmat kepada pelanggan-pelanggan mereka. Restoran SiHAF juga turut komited dalam memperkenalkan hidangan Arab di Malaysia.


Hiasan dan dekorasi restoren ini juga amat menarik dan cantik. Terdapat juga alatan yang berwarna emas seperti konsep piring-piring dan gelas-gelas dari emas yang dinyatakan tadi. Warna, hiasan dan perabot amat bertepatan dengan konsep yang dipilih oleh Restoren SiHAF. 





Memang ramai pengunjung yang hadir semasa majlis pembukaan Restoren SiHAF seperti menghadiri majlis kenduri kahwin. Dikatakan lebih 200 orang jemputan telah hadir bagi memeriahkan majlis pembukaan restoran ini termasuk dari pihak media dan rakan blogger. Majlis pada hari tersebut dihoskan oleh Richie Rachman yang sememangnya terkenal di Malaysia. Selesai ucapan aluan daripada pengasas restoran, majlis diteruskan dengan persembahan nasyid (Arabic Islamic Nasheed) sementara tetamu menikmati hidangan yang disediakan. Turut diadakan juga acara memotong Shawerma Terpanjang di Malaysia. 

Klik SINI untuk tengok kambing golek! 

Klik SINI untuk acara pemotongan Shawerma

Tidak sempat nak merasa kesemua hidangan sebab kekenyangan makan pelbagai jenis makanan. Sudah tentunya puas dapat makan kambing golek sesuka hati. Sampai naik pening kepala dibuatnya! Turut juga disediakan manisan Arab Baklava dan Basbousa. Rasanya manis dan Kak Bell sukakan manisan ni. Pertama kali merasai manisan Arab! Untuk pengetahuan, menu istimewa bagi Restoren SiHAF ialah Nasi Beriani Buluh (Bamboo Beriyani Rice). Nanti bolehlah korang rasa menu ini yang hanya boleh didapati di Restoren SiHAF. Berikut di antara menu yang dihidangkan semasa hari tersebt.

Isi kebab 'Shawerma'

Kebab 'Shawerma'


Bamboo Beriyani Rice


Kepada yang memang peminat bagi masakan dan hidangan Arab, bolehlah kunjungi Restoran SiHAF Arabic Cuisine untuk merasai sendiri rasa hidangan mereka. 

Sihaf Arabic Restaurant
B-LG-1, Shop Lot Vista Alam,
Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, Shah Alam,
40000 Selangor Darul Ehsan
011-1111 0500


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post