Pelancaran Produk Aloe Vera Terbaik AloeShafy - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pelancaran Produk Aloe Vera Terbaik AloeShafy

Trending

Pelancaran Produk Aloe Vera Terbaik AloeShafy

Umum mengetahui, daun lidah buaya atau nama botaninya 'Aloe Vera' dilabel sebagai tumbuhan ajaib. Aloe Vera telah digunakan sejak beribu tahun lalu untuk tujuan kesihatan mahupun kecantikan kerana mempunyai pelbagai khasiat meliputi dalaman dan luaran tubuh badan manusia. Seawal abad ke-20 kajian-kajian yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan Aloe Vera telah terbukti dapat mencegah kecederaan radiasi, mempercepatkan masa penyembuhan kesan kebakaran dengan sekurang-kurangnya separuh kadar, menyembuhkan penyakit ulser, dermatitis dan penyakit kulit yang disebabkan oleh parasit. 


Menyedari akan kebaikan dan khasiat Aloe Vera, PIJ Manufacturing Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan PIJ Holdings Sdn Bhd telah memperkenalkan tiga produk terbaru set penjagaan wajah, gel mandian serta jus daripada ekstrak Aloe Vera dengan jenama ALOESHAFY pada majlis Aloeshafy Lunch Tea Party pada 12 Disember 2017 yang lepas di RUANG Event Space, Shah Alam. Kak Bell turut berbesar hati diatas jemputan dari pihak Aloeshafy semasa majlis pelancaran tersebut.

Produk AloeShafy

PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. merupakan syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkkan ekstrak Aloe Vera ke pasaran tempatan dan luar negara. Pengkomersilan penanaman Aloe Vera Barbadensis Miller secara organik di ladang berstatus MyOrganic di Bio Desaru diurus oleh satu lagi anak syarikat kumpulan PIJ Holdings iaitu PPA Bio Sdn Bhd. Ladang seluas 120 ekar yang terletak di di POIC, Halal Park Pasir Gudang, Johor ini mempunyai kapasiti pengeluaran optimum sebanyak lapan tan sebulan. Seluruh rantaian bekalan industri dari penanaman ke penuaian, mengekstrak dan memproses ekstrak sehingga mengedar komoditi berkenaan ke pasaran hampir keseluruhannya menggunakan teknologi dari Belanda.

Sharifah Suziana Syed Ali, Pengarah PIJ Manufacturing Sdn. Bhd.

ALOESHAFY dipilih sebagai jenama adalah dari ilham perkataan 'Aloe' iaitu tumbuhan Aloe Vera dan 'Shafy' atau 'Shifa' yang berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud penyembuh atau penawar. Ekstrak aloe vera yang dihasilkan mempunyai peratusan kandungan komponen bioaktif polisakarida dan aloe solid yang tinggi dan terbukti lebih baik daripaada ekstrak aloe vera yang dimport ke negara kita. Ekstrak yang dihasilkan telah memenuhi spesifikasi yang digariskan oleh pihak International Aloe Science Council (IASC) iaitu sebuah organisasi khas untuk industri Aloe Vera dunia yang berpusat di Amerika Syarikat. Polisi keselamatan makanan serta kualiti produk menjadi keutamaan dan produk Aloeshafy mendapat akreditasi penting pengilangan iaitu IS0 22000: 2005, Analisis Bahaya Titik Kawal Kritikal (HACCP), Amalan Pengilangan Baik (GMP), pensijilan Halal dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). 


"PIJ Manufacturing komited dan memberikan jaminan kepada semua pelanggan bahawa produk kami mempunyai kualiti yang terbaik, harga berpatutan dan mempunyai perkhidmatan yang boleh diharapkan. Produk kami memenuhi akreditasi yang sepatutnya untuk industri ini seperti IS0 22000: 2005, HACCP, GMP dan yang paling penting Halal" kata Sharifah Suziana Syed Ali, Pengarah PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. 



Ketua penyelidik Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), Dr Lee Ting Hun telah berjaya menjumpai 2 komponen bioaktif dalam gel aloe vera iaitu Asid Digitoxic dan Dioxybenzone. Menurut kajian, pengambilan Asid Digitoxic boleh membantu pesakit yang mempunyai fungsi ginjal yang lemah dan tidak teratur. Sementara Dioxybenzone, boleh bertindak sebagai pelindung sinar Ultra Unggu A (UVA) dan Ultra Unggu B (UVB) agar tidak merosakkan tisu kulit seperti kedutan awal dan sunburn melalui penggunaan topikal iaitu sapuan ke atas kulit.

Dari kiri; Dr Lee Ting Hun, Tuan Haji Rozan Mohd Sa'at, Lembaga Pengarah PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. & Sharifah Suziana Syed Ali, Pengarah PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. 

Tiga produk yang dilancarkan atas jenama Aloeshafy tersebut adalah jus aloe vera, gel badan aloe dan set kecantikan dan penjagaan wajah yang terdiri daripada pencuci muka, penyembur muka dan gel pelembab muka. Berikut merupakan diantara manfaat produk Aloeshafy;


Jus Aloe Vera Aloeshafy
Memberi manfaat sebagai anti oksidan, detoks, anti radang meningkatkan proses penyembuhan dan menggalakkan tahap tenaga yang sihat. 30ml jus aloe vera boleh diambil sebelum sarapan pagi dan makan malam. Walaubagaimanapun, ianya tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu serta kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Aloe Body Gel
Gel badan yang sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya membantu untuk melembap, meremajakan kulit malahan boleh digunakan untuk penjagaan kulit kepala dan rambut. Gunakan 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.

Aloeshafy Beauty Set
Terdiri daripada Beauty Cleanser, Youth Essence dan Aloe Plus Soothing Gel yang berupaya memberikan kelembapan pada kulit dan mengecilkan liang pori pada wajah. Youth Essence juga boleh digunakan sebagai make-up spray untuk menyegarkan wajah.

Aloeshafy Beauty Set

Kaedah pemasaran produk Aloeshafy adalah melalui pelantikan agen 'dropshipper' tanpa perlu menyimpan stok atau menghantar produk kepada pelanggan. Ia bertujuan menarik mereka yang baru memulakan perniagaan, usahawan kecil dan beroperasi dari rumah menggunakan platform media sosial secara aktif yang terbukti lebih cepat, mudah dan kos efektif. Produk Aloeshafy dijual menggunakan kaedah ejen atau 'dropshiper' dan laman jualan atas talian menerusi LAZADA pada harga serendah RM39.90 hingga RM160. PIJ Manufacturing telah menyasarkan untuk menembusi pasaran antarabangsa seperti Singapura dan Brunei malah berhasrat membawanya ke Timur Tengah serta mensasarkan jualan sebanyak RM2 juta menjelang akhir tahun depan.


Semasa majlis Aloeshafy Lunch Tea Party, turut dijemput artis Khai Bahar dan Amira Othman bagi menyerikan majlis. Acara pada hari terseput pula dikendalikan oleh Roslan Shah selaku host of the day. Gamat seketika suasana dengan celoteh Roslan Shah dan semestinya persembahan hebat dari Khai Bahar dan Amira Othman. Kalau nak menonton kesemua persembahan penuh mereka bolehlah follow IG atau FB page Kak Bell dan juga telah dimuat naik ke YouTube.

'Bayang' oleh Khai Bahar 

'Jaga-Jaga' oleh Amira Othman

Buat masa ini, Kak Bell sedang menggunakan kesemua produk dari Aloe Shafy dan berpuas hati dengan produk tersebut. Set penjagaan wajah Aloe Shafy yang berbau wangi dan memang dapat menghidratkan semula kulit wajah. Selain itu, Kak Bell juga sedang mencuba produk Aloe Body Gel untuk hilangkan kesan melecur pada tangan Kak Bell. Akan datang, akan dikongsikan hasilnya nanti dalam entri seterusnya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Aloe Shafy, bolehlah layari laman FB dan laman sosial Aloe Shafy.

Tak lepaskan peluang bergambar dengan Khai Bahar! Ramai betul peminat dia, 
termasuk peminat di Indonesia. Jangan jeles na.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post