Shopee Birthday Bash : Shopee Turns 2! 🎂 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Shopee Birthday Bash : Shopee Turns 2! 🎂

Trending

Shopee Birthday Bash : Shopee Turns 2! 🎂

Selamat Ulangtahun ke-2 Shopee!! Shopee meraikan ulangtahunnya dengan dengan rekod perkembangan yang cemerlang tahun ini. Dalam tempoh dua tahun sahaja, Shopee telah menyaksikan pertumbuhan penting dalam semua tujuh pasaran dengan kira-kira 80 juta muat turun di rantau ini dan lebih daripada 180 juta senarai produk aktif oleh lebih daripada 4 juta usahawan. Sehingga hari ini, terdapat kira-kira 5,000 jenama dan pengedar ternama yang menyertai Shopee. Suatu pencapaian yang menarik bukan? Bersempena dengan ulangtahun ke-2 Shopee, satu 'Birthday Bash' party telah diadakan bertempat di Hilton Hotel, Petaling Jaya pada 21 November 2017 yang lepas. Semestinyalah Kak Bell pun datang nak ber'ootd' sambil meraikan hari jadi Shopee! Terima kasih atas jemputan.


Shopee yang merupakan platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan, telah mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Platform yang direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Pilihan produk pun pelbagai termasuklah dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, barangan bayi, fesyen, peralatan kecergasan dan sebagainya. Dengan sokongan lebih daripada 200,000 usahawan dan jenama, Shopee menjadi platform pilihan untuk meneroka perniagaan secara dalam talian dan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi E-dagang pilihan di rantau ini. Sejak mula dilancarkan pada 2015, jumlah tenaga kerja Shopee juga telah berkembang sehingga lebih 2,500 orang.

“Shopee telah melalui transformasi yang mendadak sejak pelancarannya, dan walaupun kami berbangga dengan pencapaian kami, ini hanyalah satu permulaan. Shopee komited terhadap keperluan dan pilihan pengguna kami dan telah berjaya mencipta satu platform yang menepati kehendak tersebut. Shopee akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna dan perniagaan di rantau ini menerusi teknologi di samping menyediakan pengalaman membeli-belah yang cepat dan mudah kepada pengguna dan platform yang boleh dipercayai dan selamat kepada jenama dan usahawan baharu,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee


2017 merupakan tahun yang mengujakan buat Shopee Malaysia dengan peningkatan bilangan pengguna yang membeli-belah secara dalam talian. Berikut antara pencapaian yang boleh dibanggakan oleh Shopee:
● Anggaran Nilai Dagangan Kasar Tahunan dicatat pada lebih USD 5 bilion
● Lebih 5 juta muat turun
● Lebih 200,000 usahawan dan jenama, termasuk Shojikiya, Pets Wonderland, OnePlus, Pureen, Lovely Lace, dan Mentholatum. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan ekonomi digital yang dijangka akan menyumbang 20% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.
● Pelancaran Shopee Mall, satu portal membeli-belah premium yang menawarkan lebih 100,000 produk secara eksklusif oleh pelbagai jenama terkemuka dan pengedar sah.

Inisiatif ini telah berjaya menarik banyak jenama terkemuka yang memilih Shopee sebagai platform untuk meningkatkan perniagaan dalam talian mereka. Kejayaan berterusan Shopee University, satu siri bengkel kemahiran yang membantu usahawan dan perniagaan tempatan untuk berjaya dalam bidang E-dagang, juga telah membimbing lebih daripada 4,000 peserta dari 10 negeri. Selain itu juga, syarikat-syarikat terkenal di Malaysia seperti MYDIN Malaysia, DiGi dan MR. DIY turut memberikan komen-komen yang positif dalam usahasama mereka dengan Shopee sebagai rakan E-Dagang telah membolehkan dan meluaskan kehadiran mereka dalam talian dan mendekati jumlah pelanggan yang lebih besar. 

“Sejajar dengan usaha kami untuk memuaskan kehendak pengguna alaf baharu yang mencari kemudahan dan nilai tambah dalam pembelian mereka, kami telah meningkatkan inovasi dalam perniagaan kami dan meneroka segmen E-dagang. Sehingga kini, Shopee merupakan platform E-dagang pertama yang dilantik menjadi rakan kami atas kekuatan mereka yang mempunyai daya tarikan yang kuat dalam pasaran tempatan, ditambah dengan perkhidmatan tambah nilai dan kempen inovatif,” kata Aadrin Azly, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit, PETRONAS Dagangan Berhad.

From left to right:
1. Lee Jing Huan, Senior Promotion Executive - Pureen Malaysia 
2. Elie Lim Thiam Hui, E-commerce Manager - Mentholatum
3. Elaine Tan, Commercial Manager - Yadah Malaysia 
4. Syaful Izwan Mohamed, Head, Fuel Marketing, Marketing Department, Retail Business Division - Petronas
5. Mr. Ian Ho, Mr. Shopee & Regional Managing Director
6. Tay Gim Soon, Group Chief Operating Officer - PayNet
7. How Lih Ren, Head iTelco - Digi
8. William Tan, Sales Director  - Brightstar Distribution (OnePlus)
9. Ameer Shahzman, Executive, Partners Management - B Infinite
10. Andy Chin, Head of Marketing - MR D.I.Y. Malaysia

“Tahun 2017 merupakan tahun yang cemerlang untuk Shopee dan kami berterima kasih kepada sema pengguna, usahawan dan rakan niaga atas sokongan berterusan mereka. Pada masa akan datang, kami akan terus memfokuskan untuk meningkatkan inovasi atas platform kami dan mempelbagaikan pilihan produk yang ada. Kami akan terus komited untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berkembang dan merentas sempadan eDagang untuk menjadi destinasi membeli-belah dalam talian pilihan di rantau ini,” kata Ho, mengakhiri kenyataan beliau.

Sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut, Shopee akan melancarkan jualan murah sempena ulangtahunnya dari 1 hingga 14 Disember, menawarkan pelbagai promosi hebat atas lebih 6 juta produk. Akan diadakan jualan kilat Shocking Sale, Kemuncak Berganda Shopee Mall, Tawaran Mega 12.12 dan banyak lagi. Hadiah menarik juga boleh dimenangi termasuk baucar Beat the Clock yang bernilai lebih RM500,000; percutian untuk 2 orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM15,000 dan iPhone X bernilai RM5,500. Jenama rasmi seperti Mydin, MR.DIY, PETRONAS, Digi, Maxis and B Infinite turut menyertai sambutan ini dengan promosi eksklusif tersendiri untuk pengguna Shopee. Nanti Kak Bell akan terangkan lagi tentang promosi tersebut.


Semasa majlis tersebut, para jemputan juga berpeluang untuk mencuba produk YADAH di booth Glam Pick, self-making cupcake, mencuba nasib di Shoppe Wheels dan juga promosi menarik dari Photobook Malaysia.  

Self-making cupcake


Putaran Kak Bell tak ada 'luck'

Photobook Malaysia. Tak sabar nak buat photobook Kak Bell yang cantik ni. Haha

Paling menarik, juga terdapat booth untuk rakamkan video 180 darjah sempena dengan Shoppe's Birthday Bash. Dah macam patung lilin Madame Tussauds dah Kak Bell kan! Majlis malam tu juga turut diserikan dengan gelak -tawa penonton yang menyaksikan gelagat 'the most funniest person in the world' iaitu Harith Iskandar. Memang best sangat persembahan beliau. Very entertaining, rasa tak cukup je masa persembahan tu!


Performance by the most funniest person in the world

YADAH products


Macam patung tak uolss?

Berikutan kejayaan Jualan Murah Super Shopee 11.11 yang merekodkan jumlah tempahan 2.5 juta dan jualan kira-kira 7 juta produk, kini Shopee telah bawakan pula jualan murah sempena hari lahir ke-2 dengan pelbagai promosi dan tawaran menarik yang menjanjikan pengalaman membeli-belah akhir tahun yang lebih menyeronokkan dan mengujakan. Iklan televisyen pertama Shopee Malaysia juga telah dilancarkan dan Shopee Malaysia berharap supaya rakyat Malaysia dari pelusuk negara akan menyertai sambutan mega sempena hari lahir ini.

Promosi Hari Lahir Untuk Semua
Dari 1 hingga 12 Disember, pelanggan pasti ternanti-nanti akan jualan kilat Shocking Sale dengan harga produk serendah RM12 yang akan berlangsung 5 kali sehari, Kemuncak Shopee Mall Berganda, Tawaran Mega 12.12 dengan harga bermula RM12, Baucar Beat the Clock bernilai lebih RM500,000 untuk dimenangi dan pelbagai lagi promosi yang mengujakan.


Rakan rasmi termasuk Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Ambank, Citibank, Petronas, Digi, Maxis, B Infinite, FPX, and Photobook akan menyertai sambutan tersebut dengan promosi eksklusif tersendiri untuk pengguna Shopee. Promosi kemuncak termasuklah baucar aksesori Digi bernilai RM50 yang terhad dijual pada RM12 dan cabutan bertuah yang membolehkan 121 pembeli bertuah memenangi 1,212 B Points daripada B Infinite.


Pelbagai hadiah menarik juga menanti termasuk percutian untuk 2 orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500 yang ditaja oleh FPX. Pengguna hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 bagi setiap transaksi menerusi pembayaran dalam talian (FPX) sepanjang bulan Disember untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini.

Pertandingan Media Sosial
Untuk merancakkan lagi jualan sempena Ulangtahun Shopee, Shopee akan melancarkan Pertandingan Bingkai Gambar Facebook Hari Lahir dari 21 November hingga 12 DisemberPengguna berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah iPad mini 4 bernilai RM1,899 dan 500,000 Shopee Coin dengan memuat naik Bingkai Gambar Facebook Shopee di akaun Facebook masing-masing. Selain itu, Shopee turut menawarkan hadiah mingguan wang tunai bernilai RM500 untuk pemenang pertandingan Snap & Win dari 21 November hingga 22 Disember 2017. Pengguna boleh mengambil dan berkongsi gambar dari pembelian yang dilakukan di Shopee di Instagram mereka dan seorang pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu.


Jangan lepaskan peluang tau membeli belah di Shopee semasa promosi ni nanti. Memang berbaloi dan mana tahu korang bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut kan. Untuk maklumat lanjut pertandingan, bolahlah layari www.shopee.com.my/birthday dan muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.



































Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post