Resepi Sayur Sawi Putih Goreng Dengan Tauhu - Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Sayur Sawi Putih Goreng Dengan Tauhu - Bella Jamal

Trending

Resepi Sayur Sawi Putih Goreng Dengan Tauhu - Bella Jamal

Resepi Sayur Sawi Putih Goreng Dengan Tauhu | Hi korang! Kaedahnya Kak Bell lapar malam kemarin. Buka je peti sejuk tak ada apalah pulak. Cuma ada seketol je sayur sawi. Memang dah lama sangat tak ke pasar tani membeli sayur dan barang dapur. Sebelum ni, housemate Kak Bell selalu masak sayur sawi putih tumis ni. Jadi kita pun masaklah sebab dok teringat sayur sawi dia yang sedap tu. Btw, Kak Bell guna sawi putih tau, sebab tak suka sawi hijau tu sebab pahit. Kalau masak bihun Kak Bell pakai sawi hijau ni. Masak sayur ni memang paling senang sebab basic memasak ke menggoreng semua sama sahaja. Cuma olahan bahan je ikut suka tekak korang macam mana.

Yang penting bila dah siap masak, tapi rasanya tak sesedap rasa masakan kawan Kak Bell tu. Pelik tau! Bila check resepi dia, sama je macam yang iols buat. Bukan lah kita punya tahap dewa failed dia, tapi Kak Bell lagi suka masakan dia pulak. Hehe. Ada juga yang tambahkan belacan dan boleh juga pecahkan sebiji telur bila korang masak nanti. Walaupun ianya resepi mudah, tapi Kak Bell kongsikan jugalah. Mana tau ada yang baru nak cuba masak sayur kan, bolehlah cuba Resepi Sawi Putih Goreng Dengan Tauhu. Sesuai untuk anak-anak makan sayur-sayuran. Okay, nak merapu meraban bebanyak pun just nak bagi resepi aja pun. Takkan nak cerita pasal beg Prada pulak kan? Kay Bye.



Kalau korang nak tahu, sayur-sayuran sawi mempunyai lima jenis iaitu Sawi Putih, Sawi Jepun, Sawi Hijau, Sawi Pahit dan Sawi Bunga. Banyak khasiat dari sayuran berwarna hijau untuk tubuh badan kita. Menurut satu kajian yang dijalankan pada 2016, khasiat yang ada pada sawi putih dapat menurunkan risiko penyakit jantung. Sawi juga sayuran hijau yang tinggi kalium dan dapat turunkan tekanan darah tinggi.

Bahan-bahan:
Sayur sawi putih
3/4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji lada merah/cili api merah
Sedikit ikan bilis
Garam
Air

Cara memasak:
1)Tumbuk bawang putih+bawang merah, kemudian masukkan ikan bilis & tumbuk kasar
2)Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk.
3)Masukkan batang sayur dulu, kemudian masukkan daun sawi (sawi tumis).
4)Tambahkan sedikit air dan biar mendidih.
5)Masukkan garam atau perasa dan sesuaikan rasa.


TIPS!
  • Boleh rendam dahulu ikan bilis jika guna ikan bilis yang terlalu masin.
  • Jika ikan bilis dah masin, tak perlu tambah garam (ikut kesesuaian tekak anda)
  • Boleh letak minyak bijan jika suka
  • Boleh tabur sedikit lada hitam jika suka
  • Boleh letak belacan, tambah sos tiram, tauhu atau telur




Gambar atas ni, sayur sawi putih yang housemate Kak Bell masak. Beza cuma Kak Bell letak cili api dengan tauhu je. Lupa pulak nak bagitahu, untuk masakan ni Kak Bell pakai ikan bilis Sabah yang satu pek harga RM35 tu yer. Memang agak masin sedikit. Tapi dah masuk dalam masakan memang sedap sangat. Yang penting Sawi Bok Choy lagi sedap. Bolehlah cuba nanti. Muah!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post