Resepi Kari Ikan Dengan Sayur Potol - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Kari Ikan Dengan Sayur Potol

Trending

Resepi Kari Ikan Dengan Sayur Potol

Hi Korang! Dua tiga menjak ni, malas betul Kak Bell nak menulis. Kemalasan melanda. Dah 2,3 jam menghadap lappy barulah sebaris ayat berjaya diolah. Hujung-hujung melayan drama Korea sampai kesudah. Sampai khatam lah drama Korea Goblin, Princess Hour dan My Love From Another Star. So tiring menangis. Hehe. Dulu layan gitu-gitu ajelah cerita Korea ni. Sekarang dah jatuh hati lah pulak kat si Do Min Joon! So, sekarang baru semangat balik nak menulis entri yang tersadai. Last week, Kak Bell sempat menyinggah di pasar malam kat area rumah ni walaupun dah agak lewat. Nak beli barang basah macam ayam semua dah habis. Pekerja Bangla tu cakap ada lagi ayam kalau nak, tapi ayam kampung, masih hidup lagi ni ha. Dia angkatnya ayam tu kat Kak Bell. Jadinya, tak jadilah beli ayam so cari sayur-sayuran sahajalah. Kalau ke pasar malam, mesti akan beli sayur, ayam, bawang dan segala-galanya sebab murah.


Masa di kedai sayur, sayur pun dah banyak habis. Tengah dok melihat-lihat, ternampat satu jenis sayur yang Kak Bell tak pernah makan. Pernah nampak sebelum ni sebab warga Bagladesh memang selalu beli sayur tu. Jadinya, Kak Bell decide nak cuba masaklah sayur tu, alang-alang boleh menghapdate resepi baru kan. Kebetulan ada pulak mat Bangladesh tengah pilih sayur tu, Kak Bell pun ringankanlah mulut bertanya " Sayur apa ni?". Kedengaran macam "potor", disebabkan tidak jelas tanya pula penjual sayur, uncle berbangsa India. Tetap Kak Bell masih tak dapat nama yang tepat. Dah tengah memilih tu, boleh pulak si mat Bangladesh tu over acting pulak. Siap tanya uncle penjual, "Itu kakak orang sini ke?" Seraya uncle tu jawab, " Iyelah, dia penyanyi lah!". Kak Bell punyalah nak tergelak sebab uncle tu melawak bagi jawapan kat Bangla tu. Nak menggatal lah tuh. Tibahhh.


Bermulalah misi bertanya en Google apalah nama binatang sayur ni kan. Ada yang komen di IG dan bagitahu nama sayur tu ialah "Potol". Selain dipanggil Potol ianya juga dikenali sebagai Parval atau Parwal atau Kambupudalai bagi masyarakat Tamil. Jadinya, origin sayur ni memang dari belah-belah India sanalah. Sayur Potol ni lebih kurang sama macam timun atau squash. Untuk resepi kali ni, Kak Bell masak Kari Ikan Dengan Sayur Potol. Sebahagian dari sayur tersebut, Kak Bell gorengkan dulu dan sebahagian lagi Kak Bell masukkan sahaja dalam masakan kari sebab nak tengok ada beza tak. Korang nanti kena peel kulit luar sayur ni sebab agak keras. Kalau korang kikis je kulit potol tu, nanti akan ada macam satu kulit yang liat (macam bahagian luar tomato yang tak hancur tu) bila dah masak nanti. Sampai tak maksud Kak Bell ni ek? Btw, it is my 1st time experience masak sayur ni, apa-apa Kak Bell update la tips kat resepi akan datang yer. Jom tengok resepi.


Bahan-bahan:
5-8 biji sayur Potol
2 biji tomato
1 ekor ikan kembung
1 paket kari ikan
2 sudu serbuk cili
1 biji bawang besar
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
Santan kotak
Sedikit air
Air asam jawa
Serbuk perasa jika suka
Garam

Cara memasak:
1) Tumbuk bawang putih dan bawang besar (separuh dihiris)
2) Goreng seketika sayur potol yang dibelah dua dan asingkan.
3) Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan bawang hiris bersama rempah rempah 3 sekawan sampai naik bau.
4) Masukkan serbuk kari + serbuk cili yang dah dibancuh. Kacau sampai pecah minyak.
5) Masukkan sayur potol, air asam jawa dan sedikit air. Tunggu mendidih.
6) Masukkan ikan, tomato dan santan secukupnya.
7) Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan masak hingga sayur potol masak.


TIPS!
  • Boleh gorengkan dahulu sayur potol atau masukkan terus dalam masakan.
  • Peel kulit potol instead of kikis kulit luar.
  • Masukkan sayur awal supaya cepat masak/lembik.


Sedap jugak rasa sayur ni uols. Siap ada warga Bangladesh PM i kat IG. Katanya nanti bila dia masak dia akan bagi video memasak dia pada Kak Bell. Lepas ni bolehlah cuba resepi lain pula gunakan sayur ni. Terjawab sudah kenapa dorang memborong sayur ni. Rupa-rupanya sayur ni memang common di negara dorang. Diimport khas hokkay. Kay itu sahaja buat kali ni. Nak update entri lain pulak. Byee.




Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post