Hi korang! Lumrah dalam kehidupan kita jika diserang sakit dan menjadi
tanggungjawab kita untuk memulihkan kemerosotan kesihatan kepada kesihatan
yang lebih baik. Praktik kepada perubatan moden memang meluas, tetapi
kebergantungan yang terlalu lama kepada ubat-ubatan akan memberi kesan
kepada tubuh badan kita. Selain perubatan moden, terdapat juga
rawatan-rawatan alternatif yang masih diamalkan sehingga kini.
Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari Kementerian Kesihatan
Malaysia (BPTK KKM) telah menyenaraikan beberapa jenis perawatan alternatif
yang diiktiraf seperti amalan perubatan tradisional Melayu, perubatan
tradisional Cina, perubatan tradisional India, homeopati, kiropraktik,
osteopati dan juga amalan perubatan Islam. Pada 24 Oktober 2017 lepas, Kak
Bell berpeluang mendapatkan rawatan alternatif perubatan tradisional Cina di
JUSTTCM di Neo Damansara. Memang menarik pengalaman pertama Kak Bell
dapatkan rawatan kat sini. Jom teruskan pembacaan korang yer.
Sebelum ni, Kak Bell memang tak pernah mencuba dan jalani rawatan seperti
bekam, akupunture dan yang sewaktu dengannya. Memang pernah terfikir nak
mencuba rawatan bekam tetapi sampai kesudah tak pernah cuba! Bila
difikirkan, ada juga perasaan takut nak berbekam. Dah kalau keluar darah
bagai tu, mestilah sakit yang ada dalam fikiran kan. Kebetulan pula dapat
tawaran dari JustTCM untuk mencuba sendiri keadah rawatan semulajadi dan
terapi kecantikan tradisional Cina. Program rawatan yang ditawarkan menarik,
semestinya Kak Bell tak melepaskan peluang untuk mencuba! Yang penting dapat
peluang untuk buat pemeriksaan kesihatan diri dan mencuba method perubatan
tradisional Cina.
Hari tu, Kak Bell merupakan pelanggan pertama untuk slot pagi tersebut.
Usai register butiran diri di kaunter, terus Kak Bell diminta masuk
berjumpa dengan doktor June Ping Lim. Sebelum mulakan rawatan, sesi
konsultasi diberikan untuk pastikan program yang sesuai untuk Kak Bell.
Jadi, setelah ceritakan sedikit info tentang sejarah perubatan dan kesihatan
Kak Bell, Dr. June terus mula mengambil pulse nadi di tangan. Rasa berdebar
pulak jantung dibuatnya.
Disebabkan Kak Bell ada masalah asma, jadi Dr June memberi penekanan
terhadap punca dan penyebab asma. Bagi pesakit asma ni, faktor alahan nya
memang banyak. Kena jaga makan, emosi, tak boleh kena air-cond, tak tahan
perubahan cuaca dan sebagainya. Tambah pula, Kak Bell ada bela anak-anak
bulus kat rumah. Dr June tak sarankan Kak Bell terus membela haiwan
perliharaan sebab kesannya terhadap asma adalah serius. Tapi kita dah sayang
kat anak-anak kita tu, terpaksalah kita tabah menghadapi dugaan. Setelah cek
nadi, Dr June buat pemeriksaan ke atas lidah Kak Bell untuk diagnosis dengan
lebih lanjut masalah kesihatan Kak Bell.
Tongue Diagnosis ni merupakan salah satu kaedah rawatan Cina. Pengamal
Perubatan Tradisional Cina (TCM) bukan sahaja melalukan pemeriksaan tertumpu
pada penampilan dan kelakuan fizikal pesakit sahaja , tetapi ia juga memberi
perhatian khusus pada lidah. Lidah kita ni mempunyai pelbagai ciri yang
menunjukkan pelbagai fungsi tubuh kita. Btw, Kak Bell tak adalah nak
bercerita panjang lebar pasal method ni. Setelah pemeriksaan selesai, Dr
June bagitahu yang Kak Bell ni alami depression, stress yang agak teruk.
Katanya, di bahagian kanan dan kiri lidah ada jalur kebiruaan yang
menunjukkan Kak Bell stress! Untuk lidah jadi macam tu, mengambil masa yang
lama untuk terbentuk, kiranya susah la nak jadi macam tu. Kehidupan
mana yang tak ada stress kan! Huhu. Jadinya emosi dalam diri ni memang
memainkan peranan terhadap tahap kesihatan kita. Diakui memang Kak Bell tak
boleh nak stress-stress, nanti datang time susah nak bernapas, payah
dibuatnya. Cuma Kak Bell nak tunjukkanlah memang ada korelasi antara emosi
dengan fungsi tubuh badan kita ni.
Di bawah program Body Regulation, proses perawatan akan bergantung dan
fokus kepada badan pesakit. Orang yang berbeza, mungkin akan dapat jenis
rawatan yang berbeza berdasarkan isu kesihatan masing-masing. Untuk kes Kak
Bell, adalah proses melegakan tekanan dengan detoksifikasi (stress relieving
with detoxify) melalui rawatan akupunture dan bekam (cupping). Pentingnya
untuk kita menangani tekanan sebab perasaan dalaman adalah berkait rapat
dengan kesihatan manusia dari segi mental, fizikal dan juga sistem dalaman
tubuh badan. Kak Bell akan cuba stay positif dan lebih sayangi diri sendiri.
Apa yang kami bincangkan, sedikit sebanyak buat Kak Bell tersedar. Tersentap
dari lamunan terus! Perlunya mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi
masalah berkaitan tekanan perasaan agar dapat mengurangkan risiko tekanan
darah tinggi, sakit jantung dan hilang akal fikiran. Konsultasi dan nasihat dari Dr June memang baik dan bagus. Patutlah dia awet muda, shining je muka kan.
- Perawatan sesuai dengan keadaan kondisi badan
- Menyelesaikan masalah kesihatan am wanita seperti: gangguan haid, ketidakselesaan, menopaus dan sebagainya.
- Melegakan tekanan (stress)/keletihan (fatigue)
- Melegakan sakit otot/sakit belakang & sakit leher
- Mengimbangi yin & yang badan
- Meningkatkan metabolisme untuk mencegah penuaan
- Mengurangkan lemak badan berlebihan
Kat bawah ni adalah gambar dalam bilik rawatan Kak Bell pada hari tersebut. Pesakit yang datang buat rawatan kat sini akan ditempatkan dalam bilik-bilik khas dan berasingan.
Akupunktur ni adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan
jarum-jarum halus pada titik-titik tertentu badan yang dikenali sebagai
‘Acupuncture Point’. Terdapat lebih daripada 350 titik akupunktur pada tubuh
manusia dan akupunktur dipercayai membantu keseimbangan antara Yin dan Yang,
dengan membolehkan aliran normal tenaga "Qi" di seluruh badan dan memulihkan
kesihatan kepada minda dan badan. Pertama kali dalam hidup Kak Bell buat
akupunture ni. Nasib baiklah tak de rasa sakit sangat pun. Masa proses tu
Kak Bell rilex dan tenang je. Tak taulah kalau korang macam mana. Hehe. Btw,
tak perlu risau sebab jarum akupunture tu tidak mendatangkan apa-apa
kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus, lembut dan
tajam. Lagi halus dari rambut! Semasa proses ni, kita perlu bertenang dan
kosongkan fikiran. Tak boleh fikirkan apa-apa dalam minda. Lagi baik kalau
tidur. Kak Bell terlelap sekejap sahaja dan proses akupunture ni ambil masa
30 minit. Walaupun ni merupakan kali pertama buat akupunture, Dr June
beritahu yang aliran darah Kak Bell lancar dan tiada masalah.
Jarum akupunture
Kelebihan Akupunktur- Merangsang atau mengaktifkan saraf
- Menstabilkan dan melancarkan pengaliran darah
- Merangsang tenaga Chi
- Melegakan masalah sakit kepala
- Mengatasi kemurungan dan merawat stress
- Meningkatkan kecerdasan
Selepas selesai akupunture, barulah proses bekam (cupping) dibuat. Pengamal
TCM akan memanaskan cawan/bekas menggunakan bola kapas atau bahan mudah
terbakar yang kemudian diletakkan di dalam cawan untuk mengeluarkan semua
oksigen dan kemudian cup akan diletakkan pada kulit. Udara di dalam cawan
yang menyejuk, akan menghasilkan tekanan yang lebih rendah di dalam cawan,
membuat keadaan vakum dan membenarkan cawan untuk melekat pada kulit. Okay,
masa buat cupping ni sakit sedikitla. Memang tertarik la isi badan dalam
bekas tu. Jenis bekam yang Kak Bell buat ialah jenis Fire Cupping iaitu
bekam angin. Fungsinya untuk melegakan kesakitan tanpa melukakan kulit. Bagi
yang takut tengok darah, bolehlah gunakan kaedah ni. Bekam jenis ini akan
kelihatan merah san sepatutnya hilang dalam masa seminggu. Kadar kemerahan
bekam bergantung kepada keseriusan atau keterukkan penyakit pada bahagian
berkenaan. Proses natural healing ni bergantung kepada metabolisma badan.
Jika metabolisma kuat, cepatlah surut dan hilang kesan bekam tersebut.
Cupping cup
Nampak ke tidak daging tu kena sedut
Seriously, lepas proses ni memang badan rasa sakit. Memang bonjol-bonjol la
sikit. Dalam tempoh masa ni, memang tak pakai dress la jawabnya. Lepas
beberapa hari rawatan, cuma masih ada sedikit rasa sakit pada bahagian
belakang sebab pernah ada sakit back pain sebelum ni. So far, badan Kak Bell
dah rasa ringan dan ok. Emosi pun agak stabil dan kena sentiasa kekalkan
tenaga positif dalam diri supaya sihat. Btw, untuk rawatan begini mesti ada
buat rawatan susulan. Habis dah sesi rawatan untuk hari tersebut.
Bagi yang berminat nak mencuba rawatan kat sini, berikut adalah harga semasa yang ditawarkan. Recommended korang datang buat kat sini.
Bagi yang berminat nak mencuba rawatan kat sini, berikut adalah harga semasa yang ditawarkan. Recommended korang datang buat kat sini.
Sebelum balik, pihak JustTCM telah sediakan produk herba rendaman kaki
iaitu Ai Foothbath untuk digunakan nanti. Cara nak gunakan Ai FootBath ni,
masukkan 1 pek herba Mugwort (mugwort tea) ni dalam air suam dan rendamkan
kaki dalam masa 20-30 minit waktu air masih suam. Untuk paras air, adalah
lebih bagus rendam kaki sehingga paras lutut untuk lebih berkesan. Jika nak
gunakan untuk mandi, gunakan 2 paket dan rendamkan dalam tab mandi.
Amaran!
- Tidak sesuai digunakan 30 minit sebelum dan selepas makan atau pengambilan alkohol.
- Untuk kegunaan luaran dan jauhi dari untuk kanak-kanak.
- Tak sesuai digunakan jika terdapat luka pada kaki.
- Lakukan 2-3 kali dalam seminggu untuk kesan yang lebih optimum.
Untuk pengetahuan, Ai FootBath ni juga boleh digunakan oleh wanita mengandung dan bayi untuk mandian. Bahan ni chemical-free dan menggunakan daun Mugwort asli yang dikisar menjadi serbuk. Sebagai pemerhatian, boleh pastikan serbuk tersebut larut dalam air rendaman dengan bau semulajadi. Jika terdapat bahan pengawetnya atau bahan kimia digunakan dalam pek tersebut, ia akan larut secara tidak sekata. Diantara kelebihan herba rendaman kaki ni pula adalah seperti berikut:
1) Expel wind, cold, dampness
2) Warm womb
3) Detox & beauty purpose
4) Relieve stress & tiredness
5) Improve sleeping qualitu
6) Reduce water retention
7) Improve Qi & blood flow
8) Health improvement
Kak Bell tak sempat lagi nak cuba footbath ni. Kena pastikan betul-betul
free sebab bila dah rendam kaki, seeloknnya terus tidur untuk elakkan kaki
kena semula air. Nanti bila Kak Bell dah cuba, iols inform kay. Tak salah
pun kita mencuba dan ikhtiar pelbagai cara lain untuk menjaga kesihatan
tubuh badan kita. Pengalaman lakukan rawatan akupunture dan cupping ni,
memang menarik. Kak Bell pasti akan datang lagi kat sini untuk sesi follow
up yang akan datang. Mungkin rawatan ni dapat bantu dan sembuhkan sakit kita
kalau serasi kan? Bagi korang yang ingin mencuba sendiri rawatan perubatan
tradisional Cina, bolehlah berkunjung ke JustTCM. Untuk maklumat lanjut dan
alamat boleh semak kat bawah ni kay.
Just TCM
Unit A-1-06, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1,
Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya, Malaysia
03-7732 9022
Tags:
Ai FootBath
Akupunture
Bekam
Chinese Medicine
Cupping
Event & Review
Herba Rendaman Kaki
JUSTTCM
Terapi Perubatan Alternatif Di JustTCM